CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1309|Reply: 6

[Tempatan] Nasib MB Perak lepas cuit isu Cina DAP. Majlis Presiden PH didesak siasat cubaan

[Copy link]
Post time 11-11-2019 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Majlis Presiden PH didesak siasat cubaan singkir MB
10 November 2019

IPOH - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) didesak menyiasat dakwaan cubaan menggugat kestabilan kerajaan PH Perak.

Ketua-ketua Bersatu Bahagian di Perak dalam satu kenyataan bersama hari ini meminta titah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa yang menyentuh spekulasi cubaan sebelum ini untuk menyingkirkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan Menteri Besar Perak perlu diberi perhatian serius oleh kepimpinan tertinggi PH.

Menurut mereka, tindakan tegas wajib diambil ke atas mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau pemimpin parti komponen PH di Perak yang bersikap seperti duri dalam daging.

"Biarpun kita meraikan perbezaan pandangan dan pendapat, kepimpinan tertinggi PH perlu mengambil serius perbuatan yang bersikap gunting dalam lipatan sehingga boleh menggugat kestabilan Kerajaan PH Perak.

"Kami menyokong penuh titah Raja Muda bahawa sebarang cubaan menggugat ketidakstabilan pentadbiran kerajaan negeri hingga membawa kepada spekulasi akan berlaku pilihan raya negeri adalah perkara yang membuang masa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai mengulas titah Raja Jaafar yang memuji Ahmad Faizal bersikap tenang serta tidak mudah melatah berdepan pelbagai kritikan.

Sementara itu, mereka berpendapat sewajarnya Ahmad Faizal dan pentadbiran kerajaan negeri diberi ruang untuk memberi perhatian kepada agenda pembangunan negeri dan menggerakkan usaha mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 seperti yang dititahkan Raja Jaafar.

Menurut kenyataan itu, kepimpinan Bahagian-Bahagian Bersatu di Perak mahu pihak dalam komponen PH negeri berhenti bermain politik dangkal yang tidak tahu membezakan urusan pentadbiran kerajaan dan parti.

Mereka berkata, setiap parti komponen PH di Perak perlu memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing supaya tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri dan sekali gus mengheret menteri besar dalam kemelut dalaman mereka.

"Semua parti komponen perlu sedar hakikat tanpa gabungan kesemua komponen dalam PH dan sokongan dua ADUN Bebas, PH tidak akan mampu membentuk kerajaan negeri.

"Oleh itu, jangan sesekali ada pihak cuba mendabik dada bersikap besar kepala seolah-olah 'abang besar' dalam gabungan ini," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
bila melayu jd boneka
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wawwww permainan cina komunis! Melayu tak buka mata lg kaaa??
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:45 AM | Show all posts
Biasa lah, ini cerita politik, amcam-macam boleh jadi tetapi x jadi juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:50 AM | Show all posts
Bagaimana dengan Tun M.....dari golongan parti yg minority dlm PH seperti MB Perak....
bagi menghadapi permintaan, desakan, tekanan dari golongan parti majority dalam PH.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:57 AM | Show all posts
apa kuat sangat ka DAP ni???
cuit sikit macam dosa..
ni la hasilnya bila ada MELAYU bodoh sokong DAP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2019 04:03 PM | Show all posts
bila hati dah buta

semakin nampak padah nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053186 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list