CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 16

[Tempatan] Gedung Taobao terbesar akan buka akhir bulan ini

[Copy link]
Post time 11-11-2019 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Buka gedung Taobao akhir bulan ini

Kuala Lumpur: Alibaba Group bakal membuka gedung Taobao terbesar di Malaysia akhir bulan ini yang akan menempatkan produk dari China dan tempatan.

Gedung berkeluasan 5,000 kaki persegi itu akan dibuka di pusat beli MyTown membabitkan kerjasama dengan MyTown dan peruncit, Lumahgo New Retail Sdn Bhd.

Kedai yang akan dikenali sebagai Taobao Store by Lumahgo itu akan dibuka pada 29 November ini.

Pengurus Pemasaran Tmall World Malaysia, Jess Lew, berkata, 1,000 produk terdiri daripada pelbagai jenis kategori termasuk produk kecantikan, gaya hidup, perabot, ibu dan bayi, kediaman dan elektronik akan dijual di gedung itu.

Gedung itu juga, katanya dilengkapi dengan ruang permainan kanak-kanak dan kafe bagi memberikan pengalaman yang komprehensif kepada pelanggan.

“Saya percaya apabila pelanggan membeli produk di Taobao secara dalam talian, ada persoalan timbul seperti kualiti barangan yang dibeli.

“Kedai fizikal ini membolehkan pengguna merasai dan mencuba barangan yang ingin dibeli. Konsepnya memberi pengalaman pembelian yang lebih baik kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran sambutan global Festival Beli-Belah 11.11 di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lumahgo New Retail, Fabian Kong.

Pada majlis itu, Alibaba menyumbangkan perabot, buku, barang baharu kepada tiga rumah anak yatim di Lembah Klang iaitu Rumah Charis-Home For The Children, Rumah Sayangan dan Rumah K.I.D.S.

Kerja naik taraf akan menggunakan produk ekslusif dari platform dalam talian Taobao untuk mendirikan Sudut Harapan yang akan menambah baik suasana di rumah anak yatim yang dijangka selesai sebelum Tahun Baru Cina depan.

Sementara itu Kong berkata, penyatuan pengalaman membeli-belah secara dalam dan luar talian diharap memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pelanggan.

“Harga ditawarkan di kedai fizikal ini sama dengan harga yang dijual dalam talian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol.

Price still mark-up for retail. Online shopping still cheaper than retail. Orang bodoh saja akan pergi shop kt physical Taobao.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak pi kedai nak kena beli tiket ets lagi.. Lps tu nak kena cari grab lagi.

Baik aku beli kat shopee.. Click.. Click.. Click.. Esk or lusa.. Sambil aku goyang kaki tup2 abam poslaju antar je barang aku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:48 PM | Show all posts
kedai ni fokus kat org yg suka belek barang dulu sebelum beli
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyyy... xtiviti bln dpn...brunch kt ikea then shopping
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la ada fizikal store... blh tgk n belek dulu sblm beli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah ini semua dakyah nk menghabiskan duit aku je.

I refuse to submit to trends and viral.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 06:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Okey la tu kalau harge same dgn online punya.. Nak belek2 jugak nak beli pun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai untuk yang suka membelek barang sebelum membeli. Punyalah banyak mall sana sini, dah tak larat nak jenguk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai la utk aku ni. Tempat pn xsusah nk pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:37 AM | Show all posts
TABAO ni jual ape
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:59 AM | Show all posts

barang2 kt shopee....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:47 AM | Show all posts
penghantaran ke pelanggan shopee cepat laa selepas nie....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis la Malaysia kena jual....kata pakatan hancing suatu ketika dulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Forfoxache replied at 11-11-2019 09:00 AM
Lol.

Price still mark-up for retail. Online shopping still cheaper than retail. Orang bodoh saja ...

Mungkin ada orang yang tak sanggup tunggu sampai sebulan untuk barang sampai kat rumah

Bodoh kan orang tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Taobao ni mcm lazada gak.. Tp org cina suka beli.. Anak aku pun ada bl beg sekolah tp join pos gan cikgu tuesyen dia.. Beg sekolah rm30 dpt gift banyak.. Tunggu brg sampai dl br bayo.. Kalo ade bukak kat kl senang la.. Bl turun kl leh p beli.. Senang skt dr belk Web tulisan cina yg sendiri x faham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.132483 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list