CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 597|Reply: 3

[Tempatan] Kempen janji manis PRK Tg Piai. Ekonomi tak OK, byk kena buang kerja TETIBA PH j

[Copy link]
Post time 11-11-2019 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan akan perkenal #Malaysiakerja - Guan Eng


PONTIAN: Kerajaan akan memperkenalkan skim mencari pekerjaan #Malaysiakerja bagi mewujudkan kira-kira 350,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata inisiatif itu bagi membolehkan penganggur di negara ini mendapat peluang pekerjaan lebih luas.

“Antara program kerajaan nak buat ialah untuk berikan peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi program #Malaysiakerja yang kita akan lancarkan nanti.

“Skim ini akan mewujudkan kira-kira 350,000 peluang pekerjaan untuk golongan menganggur.

“Akan ada insentif untuk pekerja malah buat kali pertama, insentif turut diberikan kepada majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji munasabah,” katanya pada program ceramah Pakatan Harapan (PH) di Pusat Perdagangan Pontian di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya dan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kerajaan PH akan terus memastikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dikotakan.

“Kami tak pernah cakap tidak akan menunaikan janji yang diberikan. Kita akan tunaikan janji, tapi dalam keadaan yang agak tidak menentu sekarang bukannya mudah.

“Masalah ini diwarisi dari kerajaan lama dan berilah peluang kepada kami berusaha dalam tempoh lima tahun ini bagi memastikan semua janji dikotakan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun terdapat janji yang belum dilaksanakan kerajaan sejak diberi mandat pada Mei 2018, banyak pembaharuan dilaksanakan dalam tempoh hampir 18 bulan lalu.

“Janganlah lupa kita hanya kerajaan berusia 18 bulan dan berilah masa untuk kami menunaikan tanggungjawab yang dijanjikan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sesungguhnya org Islam tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dah ph menang rakyat  pasti akan sambung menyesal .lagi baik ajar ph apa dia kuasa pengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai babinya idea ni. Membazir duit rakyat 1 hal. Jobstreet tu dah ada bersepah dah, ko nak launch malaysia kerja buat apa???? Lps tu membazir lg bg insentif dgn yg kerja dgn majikan??? Bangang sebangang bangangnya!!!

Ko buat keje ko la tarik pelabur masuk!!! Bkn dgn create short term solution mcm tu setan!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.347297 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list