CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11084|Reply: 95

[Tempatan] Penjawat awam di cekup berkhalwat dengan pak guard

  [Copy link]
Post time 11-11-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Noda rindu

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALASAN bertemu kerana rindu menyebabkan sepasang kekasih bertindak menyewa bilik hotel di Sungai Petani, sebelum mereka dicekup berkhalwat, semalam.

Wanita berusia 30-an yang juga penjawat awam itu dicekup bersama lelaki berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dalam operasi sekitar 12 tengah malam.

Wanita itu ditemui hanya berselimut di atas katil, manakala pasangannya hanya berseluar tanpa baju oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Mereka adalah antara sembilan pasangan yang dicekup berkhalwat di beberapa hotel di sekitar daerah ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, operasi tertumpu di sekitar kawasan yang dipercayai menjadi tumpuan pasangan melakukan maksiat.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan dua saman mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

“Dalam operasi ini juga, kita menahan sembilan pasangan dalam pemeriksaan di beberapa hotel bajet di daerah ini.

“Semua yang ditahan berusia 20-an hingga 40-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Radzi berkata, dalam pada itu, seorang lelaki dicekup berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam di satu daripada hotel yang diperiksa.

Beliau berkata, operasi disertai seramai 36 anggota termasuk dari JAIK, Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM), Pejabat Agama Daerah Yan (PADY) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).

“Hasil pemeriksaan mendapati semua pasangan yang ditahan itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri yang menimbulkan syak melakukan maksiat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Radzi berkata, operasi dilakukan berikutan banyak aduan awam yang diterima berkaitan gejala maksiat di daerah ini menyebabkan anggotanya melakukan operasi bersepadu itu semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 10:27 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 11:21 AM | Show all posts
penjawat awam gred berapa tu
senang2 kena ayat ngan pak guard..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau penjawat awam gred tinggi sure cari hotel 5 bintang..x mungkin pak guard..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 11:42 AM | Show all posts
hebat yea kakak n abang
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat pak guard cekup penjawat awam Dan pasangan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak pulak dana nak support pasukan cekup ni.

Kenapa tak cari org miskin org susah. ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2019 12:11 PM | Show all posts
Untung pak  guard
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:12 PM | Show all posts
semoga till jannah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 12:16 PM | Show all posts
munchkin replied at 11-11-2019 12:09 PM
Banyak pulak dana nak support pasukan cekup ni.

Kenapa tak cari org miskin org susah. ?



menarik perspektif munchkin. saya pon tak pernah terpikir.

betapa jauh nilai resources jika digunakan utk kenalpasti dan bantu mrk yg memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:20 PM | Show all posts
wanita tu andartu junior...bagi la can nak rasa cota...

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kondom ke Tak tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 11-11-2019 12:16 PM
menarik perspektif munchkin. saya pon tak pernah terpikir.

betapa jauh nilai resources jika ...

Cari org susah. Yg betul2 memerlukan. Yg takde makan.

Nanti bila kita ckp, depa smash balik kata kita sokong. Tak da sapa sokong pun.

Cuma dana dan resources lebih baik buat benda yg "lebih memerlukan".

Ni nak harap orang miskin takde duit pi panjat cari mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:39 PM | Show all posts
Ghegheeghuuughengheeeeghughaaaaggkhaakhukkkkgezezesgegege
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 11-11-2019 12:34 PM
Cari org susah. Yg betul2 memerlukan. Yg takde makan.

Nanti bila kita ckp, depa smash balik ka ...

Saya rasa pernah terbaca kat forum ni jugak, deme kerja ikut unit jabatan dan pengkhususan. Deme ada target, dlm setahun kena buat berapa operasi, kena ada berapa jumlah penerima bantuan baru dan target2 lain.

Penerima bantuan sentiasa melepasi target. Yang tu, dah tercapai. Tapi, operasi cegah ni, unit lain pulak punya target. Walaupun, jabatan sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2019 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 11-11-2019 12:39 PM
Ghegheeghuuughengheeeeghughaaaaggkhaakhukkkkgezezesgegege

Lain mcm panjang kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
guard kat tempet keje sheols ke?iols terbayang sheols nak masuk keje awal, guard buka gate sambil tonggek maut, lalu terliur si perempuan lantas dibawa check in teruskan teruskan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai,  rajinnya nak berasmara d luar, pesal la tak kawin je.

Tak rasa berdosa ke seumur hidup buat gini?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.. Tetibe terfikir.. Adakah ini berpunca daripada masalah hendak berkahwin tetapi ditentang keluarga lantaran tidak sekufu? Kotla penjawat awam gaji tinggi berdegree ka.. Ala2 kekasihku di menara manakala pak guard is gagak di rimba.. Hantaran mahai bak hang.. Walaupun itu jua bukan alasan memadu asmara tanpa ikatan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 11-11-2019 12:09 PM
Banyak pulak dana nak support pasukan cekup ni.

Kenapa tak cari org miskin org susah. ?

Entahnya. Sibuk mengintip dosa org. Pastu amik gmbr plak tu. Dasar babi
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pya alasan bertemu kerana rindu kah3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.241963 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list