CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3378|Reply: 29

[Tempatan] Boleh Minum Arak di kawasan Awam , Hanya di Selangor

  [Copy link]
Post time 11-11-2019 12:24 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menetapkan tiada larangan untuk mana-mana individu meminum arak di kawasan awam.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, berkata perkara itu selaras dengan ketetapan Undang-Undang Kecil Taman (2005).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, individu yang meminum arak hingga mendatangkan kekecohan akan dikenakan tindakan tegas.

“Polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peminum arak itu sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengambil langkah menjalankan rondaan pemantauan di lokasi awam dan jika berlaku kacau ganggu akibat mabuk, mereka akan melaporkan terus kepada polis,” katanya ketika sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.



Terdahulu, Chua Wei Kiat (PKR-Rawang) meminta penerangan berhubung tindakan kerajaan Selangor dalam mengatasi kekecohan yang dilakukan peminum arak di kawasan awam.

Sze Han berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan pihak PBT mengambil inisiatif memasang papan tanda peringatan bagi melarang meminum minuman keras di kawasan awam bagi menjaga keselesaan dan ketenteraman pengunjung.

“Kerajaan juga menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual arak kepada pembeli di bawah 18 tahun.

“Kerajaan Selangor turut menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid , tokong, kuil, pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan,” katanya.


~~~~~~~~

Ujar machai PH...
ok la tu, kilang arak zaman BN buat...besarrrrrrrrrrr...
ok la tu, ini Malaysia...tak pernah g oversea ka tengok minum arak terbuka..
ujar chai PH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 12:28 PM | Show all posts
takper..dia minum secara berdisiplin..


phuiikk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2019 12:29 PM | Show all posts
LEPAS ni, kalau ada orang tapau arak minum kat khulafa bistro...ok la...asalkan x mabuk dan bikin havoc...
phuikkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dh buat kacau baru ko nak pi tangkap...napa tak nak fikir cegah sebelum ada kekecohan berlaku.......#areyoustupidorsomethingforestgump.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblm ni pun minum kat restoran..tempat awam la tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
B E B A L.

Pegi tgk sendiri la Kat taman/playground perumahan berhampiran kwasan PPr di negeri engkau tu.

Terpekik terlolong tgh malam buta sbb minum arak.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
La selama ni tak boleh minum arak merata2 ke?
Zaman I sekolah dulu, ada sekejap pakcik tua ni siang berniaga nasi beriyani, lepas tutup kedai buka meja minum arak sambil awal pagi...

Katanya sedap nasi beriyani dia tapi bila orang tau kerja dia setiap malam minum arak, makin kurang orang membeli dan akhirnya tutup kedai..

Tapi pakcik tu tetap juga melepak kat port situ sambil minum arak juga..
Ingat lagi pakcik tu, tua berjanggut rambut panjang paras bahu..

It was puluh tahun dulu masa I form 4 or 5...
Lama dah, tak ingat pulak ada polis ke org pej agama ke yang datang tangkap/denda...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:56 PM | Show all posts
Terlalu mabuk hingga tidak sedar sedang berbogel
November 10, 2019 22:26 MYT

KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu mabuk, seorang lelaki tidak sedar dirinya sedang berjalan dalam keadaan bogel di Jalan Kinabalu, di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berkenaan berjaya dihentikan anggota polis yang berada di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah kejadian berlaku kira-kira jam 3.27 petang selepas pihaknya menerima maklumat terdapat seorang lelaki sedang berjalan dalam keadaan bogel di hadapan bangunan Daya Bumi.

Bertindak atas maklumat, sebuah kereta peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota polis berjaya memujuk lelaki tersebut untuk masuk ke dalam kereta peronda tanpa sebarang kelakuan agresif.

Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit tidak mempunyai masalah mental sebaliknya mengakui mengambil minuman keras akibat tidak dapat mengawal tekanan perasaannya ekoran masalah peribadi.

Tindakan berbogel di khalayak ramai juga dikatakan tidak disedarinya kerana terlalu mabuk.

Anggota polis berkenaan juga telah membelikannya pakaian dari kedai pakaian terpakai dan memberikan wang saku untuk dijadikan tambang pulang ke rumahnya di Brickfields.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 02:03 PM | Show all posts
Menambah keje polis je, pastu kutuk polis bla bla bla...pegi la tangkap sdiri org mabuk, dah gatal sgt nak bebas minum arak merata. Bongok menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 02:21 PM | Show all posts
Sangatlah low class kalau minum arak merata-rata ni. Patutnya minum di pub sambil dengar lagu jazz.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 03:28 PM | Show all posts
Belum lg cerita minum arak, pastu gi langgar org sampai mati, pastu ngaku OKU...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 03:39 PM | Show all posts
Kalau hadek alif aziz nak minom takpe, meh minom depan opis mama. Please, yang. Sssss essss seesss
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau Open Container Law? Peminum todi kat murica sana pun x bole minum todi terang terangan di tempat awam. Ni nak acah2 kokesen kunun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:36 PM | Show all posts
memang kilang arak jaman BN ... tapi anak sapo pulaaa?  gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak gila ahhh.. setahu aku, di UK negara kristian anglican, liberal pun tak bagi minum arak di public. Malaysia baruA haramjadah boleh pula luluskan..

Celaka!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 11-11-2019 01:43 PM
La selama ni tak boleh minum arak merata2 ke?
Zaman I sekolah dulu, ada sekejap pakcik tua ni siang ...

Boleh minum, tapi mesti hanya dlm premis berlesen atau dirumah sahaja.. Not in public area..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 11-11-2019 05:06 PM
Boleh minum, tapi mesti hanya dlm premis berlesen atau dirumah sahaja.. Not in public area..

Oh okay....
Tapi dlm cerita yg I tulis tadi, confirm premis tu tak berlesen jual alkohol...
Siangnya berniaga nasi beriyani, tak mungkin ada lesen jual alkohol...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana punya agama la apek ni anut.. sial betul..
islam, kristian, hindu, buddha semua kata tak boleh minum arak.
Baik kau legalize je ketum tu.. sah2 tak de lagi orang mengetum langgar orang smpai mati.
Yg minum ketum bunuh orang tu, bukan ketum puncanya. Tapi moyon syabu.. bila syabu slowly dissipated , dilanggahnya ketum.. last2, ketum gak disalahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Minum Sake dalam kedai Sushi....lagi best.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079646 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list