View: 1649|Reply: 12
|
[Tempatan]
Usaha atasi kesulitan transaksi Touch 'n Go
[Copy link]
|
|
Edited by Modngengade at 12-11-2019 01:45 AM
MENGAKUI langkah PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menamatkan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar plaza tol berkuat kuasa 5 November lalu mengundang pelbagai reaksi, pelbagai usaha sedang diambil untuk mengatasi kesulitan yang dialami pengguna lebuh raya.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, PLUS akan meningkatkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan Touch ‘n Go (TnG) untuk menyelesaikan kemusykilan yang timbul namun perkara itu akan mengambil sedikit masa.
Ia termasuk penambahbaikan pengurusan berkaitan tambah nilai TnG bagi memudahkan pengguna melakukan transaksi tambah nilai kad pembayaran elektronik mereka.
Pengguna mempunyai pilihan melakukan tambah nilai sama ada melalui aplikasi dompet elektronik (e-wallet) atau pusat tambah nilai kad TnG di seluruh negara merangkumi mesin pengeluaran wang automatik (ATM), Hentian Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak, pasar raya, dan kios layan diri.
“Kita ada 11,000 pusat tambah nilai, 22 kaunter Touch ‘n Go Spot, 68 mesin tambah nilai, 27 Pusat Khidmat Pelanggan dan 65 lorong tambah nilai di lorong masuk plaza tol terpilih,” katanya ketika ditemubual RTM1 untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia, hari ini.
Beliau mengingatkan pengguna lebuh raya agar tidak keluar dari kenderaan masing-masing sekiranya tidak dapat melepasi palang tol berikutan baki TnG tidak mencukupi atas faktor keselamatan.
“Kalau ada masalah, saya minta kerjasama agar jangan keluar dari kenderaan sebaliknya boleh tekan butang ‘interkom’. Pegawai khidmat pelanggan PLUS akan bantu anda,” katanya.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat, Perhubungan Komuniti dan Awam PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid berkata, pengguna lebuh raya PLUS perlu memahami bahawa langkah menghentikan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol kepada pengguna TnG adalah untuk mengurangkan kesesakan.
“Kami mendapati bahawa lorong tambah nilai melambatkan lalu lintas di plaza tol kami. Oleh itu, kami meminta sokongan daripada semua pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan kemudahan tambah nilai di laluan keluar plaza tol, dan dengan berbuat demikian, semua pemandu akan menerima aliran trafik yang lancar di plaza tol, ” katanya.
“Laluan tambah nilai di lorong keluar plaza tol adalah untuk kemudahan pengguna TNG yang tiba-tiba mendapati baki tidak mencukupi dalam kad mereka, tetapi sekarang ia telah dianggap sebagai kemudahan tambah nilai untuk semua,” katanya.
Syed Mohammed Idid berkata, statistik pada bulan ini di wilayah Tengah menyaksikan kira-kira 98.7 peratus pemandu beralih kepada kaedah pembayaran tanpa tunai, manakala di wilayah Utara, 95 peratus dan wilayah Selatan 96 peratus.
“Seperti yang dapat anda lihat di plaza tol, kebanyakan lorong adalah lorong khusus untuk Smart Tag, RFID dan TnG. Hanya satu atau dua lorong keluar yang digunakan untuk kenderaan pelbagai kelas dan ini jelas menunjukkan bahawa majoriti masyarakat di negara ini sudah berurusan tanpa tunai, ” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 1:27 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau ada masalah, saya minta kerjasama agar jangan keluar dari kenderaan sebaliknya boleh tekan butang ‘interkom’. Pegawai khidmat pelanggan PLUS akan bantu anda,” katanya.
“Kita ada 11,000 pusat tambah nilai, 22 kaunter Touch ‘n Go Spot, 68 mesin tambah nilai, 27 Pusat Khidmat Pelanggan dan 65 lorong tambah nilai di lorong masuk plaza tol terpilih,”
instead of
"kita akan menambah baik reader touch n go di semua exit tol supaya boleh membaca e-wallet"
"kita akan pastikan setiap R&R mempunyai kiosk topup" |
|
|
|
|
|
|
|
adakah benda ni bakal menyenangkan aku? bg la guna pay direct dulu, senang customer. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tanya....
ok.. aku dah pakai t&g dan app e-wallet sekali...katanya klu tk cukup pd kad..duit ewallet akan topup.. hari tu aku dari selatan... lupa destinasi mana... tp keluar ikut jln duta.. toll RM14.50.. kad aku ada RM14.30...e wallet mmg ada RM50 gitu... tk de pun dia topup.. aku kena keluar kereta cepat pg pondok toll sebelah..top up manual ..(rupa bkn aku sorang la gitu..)
la ni..dah buat sistem tk de topup dkt pondok toll ni..dh blh ambek dari e wallet ke tdk klu duit dlm kad tk cukup..? |
|
|
|
|
|
|
|
Value dari e-wallet tak boleh cover kekurangan value di kad TNG dan vice-versa. Ia dua akaun berbeza. Pada waktu sekarang kalau pakai PLUS jangan buang duit reload TNG e-wallet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-11-2019 01:44 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Pakai je sensor toll cam kat Usa nih, yg takde card bill akan dihantar dgn.pos je. Pprt banget yer kita, thanks to 60.tahun bawah Umno
https://www.gannett-cdn.com/-mm-/15074c5b8e6cc971cb340b54d7966384e8e4f4de/c=752-0-3712-2226/local/-/media/2018/01/02/Westchester/Westchester/636504924973019560-pc121317-tz-electro-tolls-20.jpg?width=540&height=405&fit=crop |
|
|
|
|
|
|
|
pprtnya sister....ewallet x boleh guna utk PLUS....baki ewallet x boleh transfer ke kad TnG dan begitu juga sebaliknya...ewallet is applicable to open toll road mcm SILK, KESAS,LKSA, GUTHRIE etc
|
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 12-11-2019 01:50 AM
Pakai je sensor toll cam kat Usa nih, yg takde card bill akan dihantar dgn.pos je. Pprt banget yer k ...
X blh kita ikut cara org kapir..berdosa nanti dilaknat tuhan.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde sapa ke bole tolong updet berita semalam cimb dan plus dah upgred rfid bole guna credit n debit kad |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa nak salahkan bn? bn ada share dlm plus or tng ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kat oz pn cmni uols kn..
jalan suka suki ja..tp make sure sblm jln dh topup..
kalau x tgu ja surat..kihkih..
tp kalau rasa nk rilek jln2 avoid tol dlm waze tu kahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysiaku123 replied at 12-11-2019 10:57 AM
kat oz pn cmni uols kn..
jalan suka suki ja..tp make sure sblm jln dh topup..
kalau x tgu ja sur ...
Kat US tu yg takde card pun boleh je lalu kat toll tuh. Nanti depa hantar invoice by mail. |
|
|
|
|
|
|
| |
|