CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 3

[Tempatan] Cadangan pemeriksaan kesihatan untuk semua wakil rakyat

[Copy link]
Post time 11-11-2019 02:39 PM | Show all posts |Read mode
MP cadang pemeriksaan kesihatan untuk semua wakil rakyat
Diterbitkan Hari ini 1:18 tengahari

PARLIMEN l Seorang ahli parlimen Pakatan Harapan mencadangkan supaya semua wakil rakyat tertakluk kepada pemeriksaan perubatan susulan Timbalan Menteri Multimedia dan Komunikasi, Eddin Syazless Shith yang rebah di Dewan Rakyat pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Raja Kamarul Bahrin menjawab soalan Salim Sharif (BN-Jempol).

Apabila melihat Eddin, 45, rebah di tempat duduknya, Raja Kamarul menghentikan ucapannya.


Berikutan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon, menghentikan sidang seketika dan memanggil petugas kesihatan supaya masuk untuk menghulurkan bantuan kepada Eddin.

Prosiding kemudian ditangguhkan kira-kira 15 minit.

Pada 21 Oktober, Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) mengejutkan ahli parlimen apabila rebah semasa membahaskan Belanjawan 2020.

Selepas bantuan awal, Mansor kemudian dilaporkan sedar semula dan dibawa keluar dari dewan dengan kerusi roda.

Susulan kejadian yang melibatkan Eddin, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mencadangkan pemeriksaan kesihatan dijalankan.

“Saya cadangkan parlimen buat pemeriksaan kesihatan untuk semua 222 ahli parlimen. Sebab saya lihat rata-rata setiap ahli parlimen kerja dengan rajin sehigga mereka terlupa jaga kesihatan masing-masing.

“Saya harap parlimen boleh pertimbangkan,” kata ahli parlimen dari DAP itu.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad kemudian tampil dan berkata kementeriannya sedang meneliti perkara berkenaan.

“Perkara itu sedang kita pertimbangkan. Telah berbincang dengan KP Kesihatan sebenarnya.

“Kita perlu jaga kesihatan ahli parlimen kita,” katanya kepada Dewan.

Ketika itu, parti politik sedang giat berkempen di Parlimen Tanjung Piai di Johor.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik, 43 dari Bersatu meninggal dunia akibat serangan jantung pada September lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju...pernah berlaku kat Msia...ada YB bertukar menjadi 'ZOMBIE' dan menggigit seorang anggota keselamatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2019 04:04 PM | Show all posts
check jugak kesihatan mental
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum tu check otak ada ker tak dulu hahaha apa da kesihatan sendiri pun nak kena org usulkan bayangkan kalau takder org usulkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.346997 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list