CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1351|Reply: 7

[Tempatan] Rogayah tahfiz tidak mengaku amang seksual 'junior'

[Copy link]
Post time 11-11-2019 03:41 PM | Show all posts |Read mode



DUA pelajar tahfiz masing-masing berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di asrama madrasah, Jun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh itu, remaja lelaki berusia 15 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Pertuduhan pertama, remaja berusia 17 tahun didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 13 tahun di bilik asrama sebuah madrasah di Kuala Terengganu, kira-kira 10.30 malam, Jun lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (b) akta sama kerana menyuruh mangsa sama memegang kemaluannya di bilik asrama berkenaan, pada 10.30 malam, antara 11 sehingga 31 Ogos lalu.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengikut seksyen 14 (a) akta sama kerana melakukan amang seksual terhadap mangsa sama pada 10.30 malam, 11 Ogos sehingga 31 Ogos.

Sementara itu, tertuduh yang berusia 15 tahun pula berdepan didakwa mengikut seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun di bilik asrama pusat pengajian sama.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada pertengahan Mei lalu kira-kira 12 malam.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh melakukan amang seksual dengan meraba kemaluan mangsa pada penghujung Mei lalu kira-kira 11 malam.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Disember depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 3:31 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2019 03:42 PM | Show all posts
nmpk mcm sedap
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 03:50 PM | Show all posts
Tunjuk lar muka kenapa yang ngkaw semunyik2 muka penjenayaaHHH!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:22 PM | Show all posts
hakak tengok bebudak umur ni camni dah terlibat ngan macam2 masalah jenayah dan sosial ni, sangat laa terkesan, hakak ni anak2 sume jantan, the only way yang hakak boleh buat is to make sure all of them under my roof sampai laa satu masa yg hakak rasa mereka layak untuk hidup sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:25 PM | Show all posts
bahaya tul ada konotasi kes2 semacam ini...nanti masyarakat ingat sekolah tahfiz ni is a breeding ground for gay muslims...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Amang seksual ni meraba ke? Banyak sgt istilah baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak heran lah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kenapa suruh org pegang kemaluan ko dek.. Xde tangan ke. Pegang lah sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072699 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list