CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 938|Reply: 5

[Tempatan] Pulangkan!

[Copy link]
Post time 11-11-2019 04:36 PM | Show all posts |Read mode




PESARA tentera dari Sungai Udang, Melaka sanggup berulang-alik sejauh kira-kira 40 kilometer sejak semalam ke Masjid Al-Azim di Bukit Palah untuk mengesan beg sandangnya yang hilang di Pusat Islam pada sejak Sabtu lalu.

Tiada apa yang diharapkan Idris Jaafar, 56, selain beg miliknya itu ditemui semula kerana mengandungi dokumen penting seperti cukai jalan, lesen memandu, maklumat perniagaan, telefon bimbit serta tiga bentuk cincin.

Menurutnya, dia amat berharap sekiranya sesiapa ada terambil atau menjumpai dapat memulangkan semula kepadanya.

Katanya, beg berkenaan hilang pada 11. 30 pagi selepas perarakan dan sambutan Maulidur Rasul pada Sabtu lalu dan dia hanya menyedarinya sebelum menunaikan solat Zuhur di masjid berkenaan.

“Kali terakhir saya memegangnya ketika berhenti di khemah jualan baju sebelum meletakkan di atas pakaian untuk seketika.

“Selepas memilih baju, saya berlalu pergi dan terlupa mengambil beg berkenaan,” katanya.

Idris berkata, dia bergegas ke khemah jualan berkenaan selepas menunaikan solat dan bertanyakan kepada peniaga di situ tetapi mereka tidak menjumpainya.

“Harapan saya hanya satu agar individu yang menjumpai dapat memulangkannya semula.

“Saya amat sedih kerana di dalam telefon bimbit berkenaan tersimpan gambar kenangan ketika menunaikan umrah bersama isteri.

“Tidak tahu bila lagi saya akan dapat menjejak kaki sana,” katanya yang sudah membuat laporan kehilangan beg sandangnya di Polis Bandar Hilir pada petang kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 3:59 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 04:40 PM | Show all posts
kesah benar malam raya
beg sandang org tu tertinggal umah org
punyala mengamok dia dia berenti tengah jalan tinggal kami anak beranak
duit dia mau tigapat ribu dlm tu cash

mau tk sasau dia..tpi jgnla marahkan kami anak beranak..ptut segera la patah balik cari
ni tidak mengamok2 tengah hiway dia blah naik teksi
aku terpaksa patah balik cari satu2 rumah yg kita singgah
sykuur jumpa balik dgn muka tak bersalah dia amik bag sandang dia yg aku jumpa
itula kenangan perit org baran dah selamat tinggal

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:29 PM | Show all posts
cakap pasal pic dalam phone ni...hakak ni mmg laaa banyak nau gambo anak2 dlm phone...tapi idok ler share kat socmed...dah berkali2 phone rosak and tak bole nak recover photos dlm tu...penah simpan dlm thumb drive,  rosak plak thumb drive tu lepas simpan bertahun tak usik...ujung2 anak akak yg sulong simpan ko dlm Playstation....alhamdulillah, segala mala pics and photos simpan dlm tu, anak pun suka tengok bila bosan2
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:43 PM | Show all posts
fliphair8 replied at 11-11-2019 05:29 PM
cakap pasal pic dalam phone ni...hakak ni mmg laaa banyak nau gambo anak2 dlm phone...tapi idok ler  ...

Simpan kat google photo pun boleh sis.......... Janji ada akaun gmail.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:47 PM | Show all posts
highcastle replied at 11-11-2019 05:43 PM
Simpan kat google photo pun boleh sis.......... Janji ada akaun gmail.........

hakak kurang percaya simpan dlm segala mala cloud based ni....kang tetiber ade ler hanat mana plak hack...tersebar le plak gambo2 tak menutup aurat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 11-11-2019 05:29 PM
cakap pasal pic dalam phone ni...hakak ni mmg laaa banyak nau gambo anak2 dlm phone...tapi idok ler  ...

Print lah.....lebih cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058299 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list