CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 2

[Tempatan] Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. PH masih cuba lobi bangunkan Kampung

[Copy link]
Post time 11-11-2019 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Kampung Baru: Nilai tawaran bersamaan RM43.5 juta satu ekar

PUTRAJAYA: Tawaran harga RM1,000 satu kaki persegi untuk membeli tanah yang terbabit dalam pembangunan semula di Kampung Baru di Kuala Lumpur, adalah nilai tertinggi pernah ditawarkan kerajaan terhadap mana-mana tanah milik orang Melayu di negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, berkata ini kerana nilai terbabit bersamaan RM43.5 juta satu ekar atau 0.4 hektar, sekali gus pemilik akan menerima manfaat begitu tinggi berbanding penjualan mana-mana tanah milik orang Melayu.

“Mana ada tanah milik orang Melayu dibeli dengan harga RM43.5 juta satu ekar, periksalah mana-mana tanah milik orang Melayu yang boleh dapat harga seperti ini, termasuk di Tanjung Piai (Johor).

“Saya tak tahu jika ada tawaran lebih baik dari ini boleh ditawarkan mana-mana pihak selepas ini, ia (pembangunan semula),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Pada 24 Oktober lalu, kerajaan membuat tawaran baharu kepada penduduk Kampung Baru untuk membeli tanah yang terbabit dalam pembangunan semula di pada harga RM1,000 satu kaki persegi berbanding RM850 sebelum ini.

Berdasarkan harga baharu itu, RM850 adalah secara pulangan tunai dan baki RM150 berbentuk pulangan dalam pegangan saham.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, semua pemilik tanah mengingati semula tujuan Kampung Baru diwujudkan lebih 100 tahun lalu, iaitu untuk menentukan ada orang Melayu dalam jumlah tertentu daripada kira-kira 200,000 penduduk pada masa itu.

“Sekarang penduduk Kuala Lumpur hampir mencecah 2 juta orang, jadi matlamat asal untuk wujudkan jumlah penduduk Melayu yang munasabaj tidak akan tercapai jika kita kekalkan (Kampung Baru) seperti pada 1890 atau 1900.

“Jadi kita kena bangunkan kawasan itu mengikut aliran zaman supaya jumlah penduduk Melayu kita dapat tingkatkan sehingga 180,000 misalnya.

“Kalau orang kata jual tanah di situ mengkhianati amanah orang Melayu, itu tak betul, kamu (penduduk) jual tanah untuk dibangunkan semula, maka lebih ramai orang Melayu dapat tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, setakat semalam kerajaan telah bertemu 1,716 pemilik tanah, 93.7 peratus daripadanya bersetuju dengan tawaran dikemukakan bagi pembangunan semula kawasan berkenaan.

“Baki yang tak setuju beri alasan harga ditawar rendah dan masih membanding dengan RM3,000 kaki persegi harga tanah di KLCC, sedangkan harga itu adalah selepas dibangunkan, (manakala) Kampung Baru pula belum dibangunkan lagi,” katanya sambil menambah sesi pertemuan dengan pemilik akan berterusan sehingga hujung tahun ini.

Khalid turut menafikan tuduhan pembangkang yang menggelar beliau sebagai ‘broker tanah Kampung Baru’ kerana proses tawaran dan pembelian tanah dibuat secara terbuka dan telus, bukan secara rahsia.

“Kalau ada broker, harga tanah yang kerajaan nak beli dirahsiakan, jadi broker akan buat tawaran untuk beli pada harga lebih murah, kemudian jual pada kerajaan dengan harga RM850 kaki persegi.

“Ini dulu, sekarang telus, sebab itu mereka (pihak tertentu) marah pada saya kerana tak guna orang tengah,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Diamlaaaaa...org takmo jual udah laaa...hak dia sukati dia la, sibukkan rete orang plak....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:19 AM | Show all posts
semoge penduduk kg baru terus berdegil.. tunggu nak dekat pru nnt, tengok brape pulak die nak offer nanti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.236095 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list