View: 3501|Reply: 26
|
[Tempatan]
3 penjawat awam ditahan dera bayi sampai mati
[Copy link]
|
|
Bayi mati dengan 89 kesan dera di badan
Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
POLIS menahan suami isteri dan wanita untuk siasatan kematian bayi lelaki 23 bulan dipercayai didera, 4 November lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suami isteri itu yang juga bapa dan ibu bayi berkenaan berusia 42 serta 37 tahun ditahan di pekarangan Hospital Serdang pada 5 November lalu.
Manakala, wanita berusia 33 tahun yang juga kenalan ibu mangsa ditahan pada 8 November di Putrajaya.
Katanya, suami isteri itu berasal dari Sungai Merab, Sepang dan ketiga-tiga suspek bekerja sebagai penjawat awam.
“Polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh doktor di Hospital Serdang pada 4 November, yang mana Jabatan Kecemasan hospital itu menerima pesakit bayi terbabit yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.
“Pengadu (doktor) pada masa itu cuba memberikan bantuan kepada bayi, namun tiada tindak balas dan pada 7.20 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, hari ini.
Abdul Aziz berkata, terdapat kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa, bengkak dan luka pada kemaluan serta ada kesan lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki.
“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.
“Terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan pihaknya turut mengambil keterangan daripada adik-beradik mangsa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa ada mengalami masalah kemurungan.
Susulan itu, suami isteri berkenaan mangsa direman sehingga 18 November manakala, kenalan wanita direman sehingga 15 November.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 5:10 |
|
|
|
|
|
|
|
sian nye baby tu..byk kot cedera lame ngan baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.. sedihnya dengar berita macam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aah babik lah .....tak hbis habis alasan murung....kau murung gi bunuh diri sendiri lah, bkn bunuh budak kecik yg tak tau apa apa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun, syurga buatmu anak.
Aku cuba kaitkn keadan 3 org pnjwat awam ni. Bayi tu anak bngsu dr 4 beradik. Aku agk, suspek ketiga tu skandel laki dia. Sllu brgaduh suami isteri, teknan prasaan mnybbkn anak2 jd mgsa. Lbih2 lg anak kecil. Ni tekaan aku je. Bkn cnfirm. Seandainya betul apa yg aku agak ni, aku mohon suami2 org isteri2 org, berenti la brskandel. Tu smua nafsu yg akn mmudaratkn kmudian hari.
Bila hati trlalu sakit, anak2 jd mgsa utk lepaskn kmarahan. Jauhi kecurangan dlm rumahtgga. Hargai pasangan masing2. Bkn smua org blh lalui derita dicurangi dgn normal, dgn tabah n rasional. Rmai org yg akan lalui derita kcurngan dgn emosi. Jihad pling besar adlh jihad mlawan hawa nafsu. Kawal nafsu syaitan utk hdup yg lbih baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang murung maknya....
Yang bapaknya apa pulak?
Tunggul? |
|
|
|
|
|
|
|
23 bulan tgh sedap nak main
Baru dapat kaki..nak bermanja
Allahu..manly tear maghrib2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 11-11-2019 06:40 PM
Yang murung maknya....
Yang bapaknya apa pulak?
Tunggul?
Bapaknya samada sibuk berskandal atau penat bekerja balik terbaring penat sambil belek hset. Sedara ada sorg contoh gini
Iols kagum bini dia (sedara tu) penyabar sungguh sampai anak 4. |
|
|
|
|
|
|
|
time takde anak sibuk merengek nak anak. dah ada anak, didera pulak. sesetengah org mmg tak layak jadi mak bapak. bagi la alasan apa pun, dera anak2 bkn blh selesai masalah pun.
elok la ke lokap. selayaknya cash! |
|
|
|
|
|
|
|
babydoll replied at 11-11-2019 08:26 PM
time takde anak sibuk merengek nak anak. dah ada anak, didera pulak. sesetengah org mmg tak layak ja ...
Ke lokap je???better ke tali gantung la weyhh..sedihh budak kot tu |
|
|
|
|
|
|
|
moga mampus mereput 3 ekor beruk ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 11-11-2019 06:40 PM
Yang murung maknya....
Yang bapaknya apa pulak?
Tunggul?
Bapaknya giler babbb agaknya! |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 11-11-2019 06:06 PM
Aah babik lah .....tak hbis habis alasan murung....kau murung gi bunuh diri sendiri lah, bkn bunuh b ...
Kannn...dah murung reti pulak tak sakitkan diri sendiri!dia lps giler dia dkt budak kecik yg tak mampu buat pape pulak!dasar syaitan! |
|
|
|
|
|
|
|
penjawat awam kat jab mana ni..
patut la pyro kata penjahat awam.. |
|
|
|
|
|
|
|
ape kaitan pompuan lg sorang tu?
penjawat awam putrajaya? gred ape?
ni kes kat sg merab ni
btw, umur 23 bln kategori bayi ke? sampai 24 bln?
i slalu konpius |
|
|
|
|
|
|
|
dah meninggal sorang ni..nak salahkan penyakit ke nak salahkan siapa ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|