CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1272|Reply: 5

[Tempatan] Belum lagi PH menang Tg Piai, DAP sudah lantik wakil

  [Copy link]
Post time 11-11-2019 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Tidak ada salahnya Liew bantu Karmaine, kata Guan Eng
Bernama -
11 November 2019


GEORGE TOWN – Tiada salahnya bagi Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong membantu calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Karmaine Sardini untuk berkomunikasi dengan komuniti Cina dalam kawasan pilihan raya itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kami semua berada dalam gabungan PH dan kami mahu membantu satu sama lain, jadi kami menawarkan bantuan itu, untuk menunjukkan bahawa kami (dianggotai) berbilang kaum. Saya tidak nampak di mana salahnya, kami saling membantu sebagai sebahagian daripada sebuah pasukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Teknikal Tahunan CATA ke-40 di sini hari ini.

Beliau menegaskan Liew tidak diberikan jawatan rasmi, sebaliknya hanya untuk menyokong Karmaine.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bahawa pelantikan Liew mencerminkan ketidakupayaan calon PH untuk menjaga kebajikan masyarakat daripada pelbagai kaum.

Menteri Kewangan berkata memandangkan Liew juga dari Johor, sememangnya bertepatan bagi beliau menawarkan diri untuk membantu Karmaine semasa kempen pilihan raya kecil itu.

“Kami berada dalam gabungan yang sama, jadi kami mahu membantu satu sama lain. Jika ada sesiapa yang menawar diri untuk membantu dalam kawasan pilihan raya saya, saya juga sedia menerimanya,” katanya, dan menambah, beliau akan turut membantu jika diperlukan.

PRK Tanjung Piai pada 16 Nov ini menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Karmaine (PH), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Barisan Nasional), Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah) dan dua calon bebas iaitu pengasas pusat tuisyen Dr Ang Chuan Lock, serta ahli perniagaan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
tak perlu lah nak adakan pembantu yb . calon yg cekap dan berpengelaman akan terpilih.pengundi dah tau nak pilih siapa
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Calon BN kalau Tak perlu pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 12-11-2019 12:02 AM
tak perlu lah nak adakan pembantu yb . calon yg cekap dan berpengelaman akan terpilih.pengundi dah t ...

mmg melayu stabdard mujahid n khalid gereja akan ikut arahan dap haha

mmg terasa kekalahan sgt ph ni
truskan mahacai ratib najib haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 08:20 AM | Show all posts
kalah lagi.. mcm biase, diorg kan pernah cakap. "Ambik aje ape yg kerajaan bagi - tapi undi tu, pandai2 lah"

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pemimpin ph antara mereke pun dah ramal ph akan kakah , cuma berharap majoriti undi tidak terlalu besar. itu je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051579 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list