CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2288|Reply: 12

[Tempatan] Kerja 'Longkai' mesti cepat rebut pelanggan. Sanggup bergaduh pasal mangsa accid

[Copy link]
Post time 12-11-2019 12:31 AM | Show all posts |Read mode
'Longkai' berparang rebut pelanggan




HANYA mahu berebutkan pelanggan, dua lelaki diserang dan ditetak sekumpulan empat penarik kereta di Taman Cemerlang, Jelutong, Georgetown, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa berusia 19 tahun menerima 57 jahitan di kepala, 10 di tangan kanan serta cedera di belakang badan akibat ditetak menggunakan parang dan pisau.

Manakala rakannya berusia 20-an turut mengalami kecederaan di pinggang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada dua kumpulan penarik kereta kerana berebut untuk menarik kenderaan yang terbabit kemalangan di Sungai Pinang.

Menurutnya, pemilik kenderaan itu pada mulanya menghubungi kumpulan penarik kereta yang menyerang mangsa.

“Bagaimanapun, suspek yang tiba melihat kumpulan penarik kereta daripada bengkel lain sudah berada di lokasi kemalangan.

“Kumpulan penarik kereta berkenaan kemudian mengatakan suspek dan rakannya tidak menghormati mereka sebelum berlaku pertengkaran serta cabar mencabar.” katanya.

Che Zaimani berkata, suspek yang tidak berpuas hati kemudian menghubungi tiga rakannya sebelum mereka menyerbu tempat mangsa berkumpul.

“Semua suspek memakai topeng dan menyerang serta menetak mangsa yang ketika itu berada bersama kira-kira tujuh rakannya.

“Bagaimanapun, rakan mangsa yang membuat laporan polis mendakwa dapat mengecam baju dipakai suspek selain turut memberitahu yang mereka sebelum itu bertengkar ketika mahu menarik kereta,” katanya.

Menurutnya, susulan itu, polis berjaya menahan semua suspek berusia 23 hingga 44 tahun.

“Dua daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah manakala dua lagi tidak tidak mempunyai sebarang rekod.

“Kita turut merampas senjata dan juga pakaian digunakan suspek ketika menyerang mangsa,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 148 KK.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemilik kereta kena cerdik la...
Beli insurance yang cover towing...
Kan senang.... Rosak call insurance, accident call insurance, tayar pancit pun call insurance...
Tak payah terkial-kial susah hati bila kecemasan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Longkai ni mostly kurang ajaq. Depa saja create accident pastu buat kalut.

Panik kot. Dah la terkejut dengan accident, pastu pressure mangsa.. tgh2 blur selamba je tarik kereta p bengkel kroni.

Rasanya, ramai tak tau kot. Kita boleh ja call insurance utk towing.. ada yg bagi khidmat towing percuma based on KM..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Smpai 57 jahitan di kepala 10 di tgn..nsb baik x mati..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 11:18 AM | Show all posts
survive struggle utk carik mkn
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Psl dlu tkde diajar dlm kelas.bab eksiden ni...nk buat apa.contact sapa...skrg ada ka?harap pemandu baharu.lagi peka bab2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2019 11:44 AM | Show all posts
benda ni senang je tapi ramai tak tau
apa guna insurans korang bayar tiap2 tahun tu?
pffftttt
once ko eksiden terus call insurans & diorang akan ajar korang step by step sampai la kereta di tow

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 12:07 PM | Show all posts
bahana apa bila manusia tak cukup makan.  nak lagi di zaman phancing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 12:26 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 12-11-2019 12:42 AM
Pemilik kereta kena cerdik la...
Beli insurance yang cover towing...
Kan senang.... Rosak call ins ...



masalahnya .. penarik kereta ni macam langauuu .... cepat terhidu masalah orang dan datang menghurung ... pernah terjadi pada mu BIL .... cepat sungguhdepa datang dan sibuk nak menarik ke bengkel .... sampai menakutkan kita pulak ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aku xciden dpt longkai baik. 1 sen pun aku x keluar. sign apa pun tak. dia buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 12-11-2019 12:26 PM
masalahnya .. penarik kereta ni macam langauuu .... cepat terhidu masalah orang dan datang men ...

Tak tau la....
Tak pernah ada experience acccident..
Harap takde la sampai bila2...
Tapi pernah kereta rosak ada tow truck standby jauh2 i buat dek je...
Bila tgk i relax aje dia pun blah sbb tau agaknya i dah siap2 call insurance panggil tow truck nk bawa kereta ke bengkel..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah accident teruk dl, kereta total lost

aku tgh sakit tkejut, dgn anak aku dok melalak..... diorg ni main tarik je kereta aku x tanya pape, dgn barang2 ada lg dlm tu...... kurang ajar tol!!!

sama gak dgn lawyer, tetibe datg ckp lawyer aku, utk tuntutan insurans dll, bila masa aku hired as a lawyer pon aku x tau! hanat snagat22222
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 05:20 PM | Show all posts
najib888 replied at 12-11-2019 02:03 AM
Longkai ni mostly kurang ajaq. Depa saja create accident pastu buat kalut.

Panik kot. Dah la ter ...

iya sis,  hati2 ya jika lalu lebuhraya PLUS dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar, dgr citer longkai kelly suka tuang minyak terutama ketika hujan gerimis

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063996 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list