CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3342|Reply: 44

[Tempatan] Salahkah apa saya cakap, soal MB Perak

  [Copy link]
Post time 12-11-2019 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Salahkah apa saya cakap, soal MB Perak

https://www.malaysiakini.com/news/499459

Diterbitkan 11 Nov 2019, 10:31 malam



Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu enggan memohon maaf atas kenyataannya yang mencetuskan bantahan daripada pemimpin DAP dan PKR negeri.

"Adakah saya bercakap apa-apa yang salah?" Kata Ahmad Faizal kepada wartawan di Putrajaya hari ini apabila ditanya mengenai gesaan daripada DAP supaya beliau meminta maaf.

DAP Perak pada minggu lalu menuntut Ahmad Faizal meminta maaf kepada Majlis Presiden PH berhubung kenyataannya dalam klip video yang tersebar luas itu yang mana beliau dilihat memberitahu penduduk mengenai kepayahannya menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

"Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini.

"Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita," kata Ahmad Faizal kepada sekumpulan orang dalam satu pertemuan tidak rasmi ketika berkempen di Tanjung Piai.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (gambar, bawah) pada 8 November lalu pula menyifatkan Ahmad Faizal sebagai 'munafik' dan mendakwa beliau tidak layak menjadi menteri besar.



Terdahulu, Ahmad Faizal hadir mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad pada hari ini turut mengulang pendiriannya bahawa kenyataan beliau telah diambil di luar konteks dan beliau telah menjelaskan perkara itu kepada pemimpin tertinggi Bersatu.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Bersatu, Mahathir mempertahankan Ahmad Faizal dan berkata menteri besar itu terpaksa menjelaskan situasi sebenar di Perak kepada sekumpulan nelayan.

"Dia berhadapan dengan nelayan yang begitu agresif. Jadi mereka (nelayan) menganggap PH dikuasai oleh DAP, jadi dia terangkan walaupun dia seorang sahaja dan yang lain banyak DAP di Perak tetapi dia masih jadi MB dan masih menguasai kerajaan.

"Dia perlu jelas itu kerana orang ini sangat ekstrem pandangan dia," kata Dr Mahathir.

Pengerusi PH juga menegaskan tiada keperluan buat Ahmad Faizal memohon maaf.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 10:47 AM | Show all posts
hakak topang dagu tengok permainan dapig....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
masa nak menang, pee esh sangat muafakat.. sekarang macam cilaka masing2 tak ngam.. vuto la kerajaan ni nak jaga malaysia kalau dalaman pun kuntang kanting nak jaga
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 10:50 AM | Show all posts

Aii sokong jer Melayu memperjuangkan Melayu. meluat eh tgk Dap. Nak pulak anak si komeng itew.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Amacam encem tak datuk seri hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 12-11-2019 10:50 AM
masa nak menang, pee esh sangat muafakat.. sekarang macam cilaka masing2 tak ngam.. vuto la kerajaan ...

dah mmg kafir harbi mmg guna melayu screw melayu... pastu sembang mca pun sama sbb tolak hudud
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2019 11:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 12-11-2019 10:50 AM
masa nak menang, pee esh sangat muafakat.. sekarang macam cilaka masing2 tak ngam.. vuto la kerajaan ...

wa tgk...lebih kpd nak 'jajah' jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Perak ni mmg negeri panas kah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, parti itu tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung video yang memuatkan rakaman beliau ketika berkempen di Tanjung Piai baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri, tindakan Ahmad Faizal hanyalah untuk menerangkan kepada sekumpulan nelayan di Tanjung Piai yang agresif yang menganggap parti Pakatan Harapan (PH) dikuasi oleh DAP.

“Dia dihadapi oleh nelayan yang begitu agresif, jadi mereka (nelayan berkenaan) menganggap parti Pakatan Harapan(PH) ini dikuasai DAP.

“Jadi dia (Ahmad Faizal) terang walaupun (beliau) satu orang sahaja yang lain banyak DAP di Perak.

“Tetapi dia (Ahmad Faizal) masih menjadi Menteri Besar, dia menguasai kerajaan bukan bermakna DAP menguasai kerajaan yang menguasai kerajaan Menteri Besar.

“Oleh kerana orang ini (nelayan berkenaan) sangat ekstrem pandangan dia, kalau kita terang cakap kami duduk bawah DAP apa boleh buat jadi nak bagi dia sokong terangkan waluapun satu orang bukan bermakna dikuasai oleh DAP,” kata Dr Mahathir dalam sidang media sejurus berakhir Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Putrajaya pada Isnin.

Hadir sama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tambah Dr Mahathir, dalam situasi tertentu, keadaan sebenar perlu dijelaskan dalam kerajaan PH.

“Kadang-kadang kita dalam situasi tertentu kita perlu menjelaskan keadaan sebenar dalam PH, adakalanya DAP menguasai, adakalanya Bersatu berkuasa, kadangkala PKR dan Amanah sahaja yang dapat Melaka,” ujar beliau lagi.

Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang tular di media sosial, Ahmad Faizal dilihat memberitahu penduduk mengenai usahanya menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Dalam rakaman itu beliau dilihat bersama Karmaine sedang duduk bersantai dengan penduduk sambil menceritakan situasi yang sedang berlaku di negeri pimpinannya itu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 12-11-2019 12:07 PM
Perak ni mmg negeri panas kah

Yepp..mmg panas.. pi ipoh pun nmpk sgt dahh
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nobito at 13-11-2019 12:42 AM
Buritan replied at 12-11-2019 06:05 PM
Yepp..mmg panas.. pi ipoh pun nmpk sgt dahh


Panas dengan Melayu Rempit Kat Station 18.

Aku nak berak kat McD tu tak senang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 13-11-2019 12:41 AM
Panas dengan Melayu Rempit Kat Station 18.

Aku nak berak kat McD tu tak senang.

Berak dlm sg pun boleh... dlm parit tepi sawah tuu pun boleh berak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah ada menteri yang cerdik dan berani sikit berbunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la ada faizal sebagai mb kat perakk. Byk dia melawan dap.. tu yg depa tunggu masa je nak jatuhkan diaa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 13-11-2019 06:35 AM
Berak dlm sg pun boleh... dlm parit tepi sawah tuu pun boleh berak

Nasib baik aku Tak berak tengah trafik light Station 18 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 13-11-2019 08:21 AM
Nasib baik aku Tak berak tengah trafik light Station 18 tu.

Boleh je berak.. merasa gak duk dlm jail tak pun duk dlm bilik di tg remutan.. dekat dah tuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 13-11-2019 08:56 AM
Boleh je berak.. merasa gak duk dlm jail tak pun duk dlm bilik di tg remutan.. dekat dah tuu

Yelah Mat Rempit kau kan Tak ditangkap malah dibelai manja gitcheww kannn...hasil dari malnutrition dari ibubapa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:11 AM | Show all posts
memang patut pon..
manusia sana boleh cakap macam2 dan tak minta maaf pun,
apesal dia tak boleh cakap macam2 dan perlu minta maaf......
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ni setiausaha politik Anwar yg kena reman seminggu kes video semburit menteri kalis cctv tu ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.150122 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list