Menerusi Twitter Syed Saddiq, beliau membuat pengakuan bahawa individu di dalam sebuah foto yang diciap oleh sebuah akaun adalah dirinya.
Gambar tersebut memaparkan dirinya dan beberapa individu lain sedang berhibur di suatu tempat yang tidak dinyatakan. Foto tersebut diambil pada tahun 2013.
Kredit foto:Twitter
Ini respons YB Syed Saddiq
Setiap orang ada kisah sejarah lampau. Tambahnya, manusia tidak mampu mengubah masa lalu kecuali masa hadapan.
Syed Saddiq turut memberitahu bahawa dirinya tidak ingin menipu sesiapapun sambil menceritakan foto tersebut diambil pada tahun 2013.
Rata-rata netizen memberikan pujian buat Syed Saddiq kerana bersikap jujur mengenai foto tersebut. Pada masa yang sama, terhibur juga baca komen dari netizen.
Beginilah asam garam arena politik Malaysia. Akan ada saja cerita lama dikorek untuk kontroversi. Apapun terima kasih YB Syed Saddiq kerana bersikap jujur. Terus mengaku dan minta maaf. - CARI
|