CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1497|Reply: 15

[Tempatan] Gaji, elaun RM50K. Flight tiket 1st class. Patut la semakin ramai berlumba rebut

[Copy link]
Post time 12-11-2019 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Laporan Khas: Melompat kejar jawatan demi ganjaran


KUALA LUMPUR: Kisah perebutan jawatan peringkat tertinggi setiap kali berlangsungnya pemilihan persatuan sukan kebangsaan (NSA) sering menjadi tumpuan dan kadang kala ia mengalahkan pertandingan merebut jawatan dalam parti politik.

Namun, ramai yang tidak tahu apakah manfaat yang diperoleh mereka jika terpilih memegang jawatan nombor satu serta jawatan lain dalam NSA.

Malah, kerana manfaat yang diperoleh tidak ramai pemimpin NSA sanggup meletakkan jawatan sekiranya mereka gagal dalam membangunkan dan memajukan sukan berkenaan, sebaliknya sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berpaut dengan jawatan itu.

Ini termasuk sanggup tebal muka dan memungkiri janji yang dilafazkan apabila membuat pusingan U sedangkan sebelum itu berjanji meletakkan jawatan sekiranya gagal dalam mencapai misi yang diri sendiri tetapkan.

‘Orang lama’ sukan tanah air, Datuk Sieh Kok Chi yang sudah masak dengan selok belok sukan di negara ini mendedahkan manfaat yang diperoleh pemimpin adalah berbeza-beza mengikut struktur NSA itu sendiri.

Namun, katanya, secara umumnya individu terbabit akan memperoleh pelbagai manfaat termasuk ada yang memperoleh gaji atau elaun sehingga RM50,000 sebulan serta tiket penerbangan kelas pertama.

“Sebenarnya tak banyak presiden yang memperoleh gaji dalam NSA di negara ini.

“Itu semua bergantung kepada struktur organisasi persatuan sendiri tetapi selalunya setiausaha atau yang mempunyai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengurus Besar akan memperoleh gaji tetap.

“Berbeza di era 70-an dulu kebanyakan pentadbir sukan adalah sukarelawan dan ketika itu NSA tidak memperoleh peruntukan daripada kerajaan dan semua ini berubah selepas Majlis Sukan Negara (MSN) ditubuhkan pada 80-an di mana peruntukan diperoleh bagi mereka yang bekerja sepenuh masa bersama persatuan dan peruntukan buat persatuan semakin banyak apabila kita anjurkan Sukan Komanwel 1998,” katanya yang berpengalaman 25 tahun sebagai Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Kok Chi yang sebelum ini pernah bergelar pemain polo air negara berkata, beliau tidak memperoleh gaji selama memegang jawatan Setiausaha Agung MOM, sebaliknya bergantung sepenuhnya dengan pencen sebagai jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Ini adalah apa yang berlaku di zaman saya dahulu, kami sukarelawan membantu untuk meningkatkan sukan masing-masing.

“Kami mempunyai gaji kami sendiri berbanding sekarang ada CEO NSA yang memperoleh gaji sehingga RM30,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, tidak banyak keistimewaan yang diperoleh presiden NSA di negara ini, namunmasihada presiden sukandi peringkat kebangsaan atau negeri yang memegang jawatan sama selama 20 tahun hingga kini.

“Saya pun tidak tahu apakah motif mereka memegang jawatan begitu lama kerana mereka ini sudah mempunyai jawatan dan pengaruh politik, tetapi saya faham ada sesetengah mereka ini sama ada terlalu minat kepada sukan itu atau pun digunakan sebagai ‘boneka’ kepada ahli jawatankuasa yang lain,” katanya.

Beliau berkata, ‘keikhlasan’ seseorang calon yang ingin bertanding jawatan presiden sebenarnya perlu dinilai menerusi latar belakang individu itu sendiri kerana banyak kes berlaku membabitkan calon itu diletakkan sebagai ‘boneka’ untuk kepentingan ahli jawatankuasa yang lain.

“Kita kena lihat latar belakang calon itu sendiri, bukan seperti sekarang ada yang tiba-tiba namanya muncul bertanding seolah-olah mendapat ‘wahyu daripada Tuhan’ untuk bertanding.

“Jika individu itu sudah bermula lama seperti menjadi sukarelawan dahulu, atlet atau aktif dalam kelab, mungkin kita boleh lihat visi danmisi calon itu.

“Ini tidak pernah terbabit dalam sukan itu, tiba-tiba melompat terus diletakkan sebagai calon presiden,” katanya.

Mengenai pemimpin yang terlalu lama memegang jawatan pula, Kok Chi berkata sistem pentadbiran di negara ini sepatutnya diubah dengan presiden atau setiausaha tidak boleh memegang jawatan lebih daripada lapan tahun bagi memastikan setiap sukan dibangunkan dengan baik.

“Presiden atau setiausaha pula sebenarnya tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua atau tiga jawatan sekali gus.

“Ada individu di negara kita ini memegang jawatan sehingga 12 jawatan dalam dan luar negara, jadi bagaimana anda boleh beri tumpuan pada sesuatu kerja dan yang merana akhirnya persatuan itu sendiri,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 11:46 AM | Show all posts
mcm sorang mamat tu
pegang berapa persatuan sukan yg popular
perghhhhhh
lebattt la

cer kalau xde gaji
mane maunyer..................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2019 12:05 PM | Show all posts
jawatan NGO mana org nak berebut
sebab kena fikir cara nak cari dana
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 12:19 PM | Show all posts
pemimpin persatuan and the gang naik flight first class, tido hotel mahal...athlete naik coach and duk hotel biasa....yg nak main ni pemimpin ke athlete?

usual political power play....bukan kebajikan athlete sangat, lebih kepada kebajikan poket sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab duit semua org sanggup buat apa saja dan berkorban
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 12:38 PM | Show all posts
Kerana itu akak sudah tidak mahu memberi duit kepada persatuan persatuan ini
orang2 di atas semua ambil duit poket yang banyak. di hujung hujung duit itu tidak kesampaian kepada objective
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2019 12:49 PM | Show all posts
sama je mana2 jawtan pon...kalau berbayar pasti orang berebut2 sebab nak kan duitnya aje...kalau free, hadoo la kan nak berebut bagai, pandang pon tak hingin beserta pelbagai alasan lagi seperti kena jaga anak kat rumah la, nak kena jaga nenek la, itu la ini la...bila berbayar dan2 semua boleh...kowser sangat yach
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
memang dekat persatuan, aku takkan bagi derma..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2019 01:58 PM | Show all posts
sama jugak dlm jawatan politik
level ketua bahagian, ketua cawangan pun org berebut nak pegang
ingat pegang jawatan kosong-kosong ka?
baik ada makna la
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:03 PM | Show all posts
fliphair8 replied at 12-11-2019 12:19 PM
pemimpin persatuan and the gang naik flight first class, tido hotel mahal...athlete naik coach and d ...

bila kalah, pemain dan coach yang disalahkan. kesian kan

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
jawatan tok imam elaun rm800 pun berebut org nak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
org atasan mmg perangai kaut duit. kt tempat aku koperasi,siap orang atsan mohon naik elaun dri rm3,000 ke rm7,000. yg ahli cukur dpr dividen 7%
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:07 PM | Show all posts
sbb tu msia tak bole maju dan bersaing dlm sukan..sbb org tak layak jd kepala..
yg naik pun sbb bakat individu tu sendiri..
bila pencen individu tu..habis la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 05:08 PM | Show all posts
mode of operation of the Persatuan perlu diubah bagi meningkatkan lagi mutu kualiti sukan dan bukan sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan pemegang jawatan persatuan sukan ni orang Umngok. Ini satu jalan nak carik fulus utk tabor dedak lagi termasuk bayau cybertrooper utk Likes post Jibun di twitter
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 12-11-2019 12:36 PM
sebab duit semua org sanggup buat apa saja dan berkorban

Tapi mulayu tidak, sebab mulayu bukan mata duitan, ngucap, ingat tohan dsb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067046 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list