CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5501|Reply: 48

[Tempatan] Wanita maut ditikam anak. Update #44, Ada rekod masalah mental, sentiasa bergant

  [Copy link]
Post time 12-11-2019 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-11-2019 01:48 AM

Wanita maut ditikam anak
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/516410/wanita-maut-ditikam-anak

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 1:16 PM

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my


LOKASI mangsa ditikam di Taman Impian, Kuantan.  FOTO ihsan pembaca.

SEORANG wanita maut ditikam oleh anaknya dalam kejadian amuk di Taman Impian, Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, dua lagi individu dilaporkan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, suspek yang berusia 38 tahun dikatakan menikam ibunya, 62, di rumah mereka.

Suspek dipercayai ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 02:14 PM | Show all posts
takziah,



bela la anak penagih baik2..last2 bunuh mak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:15 PM | Show all posts
ingat tuantanah buka tajuk indon dah..sorry tajuk sedih pi tanya soalan mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:16 PM | Show all posts
salam takziah. kesian kat mak, penat2 lahirkan, besarkan last2 ko bunuh mak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:18 PM | Show all posts
Semoga sipelaku dihadapkan kemuka pengadilan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:27 PM | Show all posts
dadah ni equally mcm sakit mental. once dah mendadih, iols rasa sgt2 susah nak dipulihkan. Iols tumpang simpati pada keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2019 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab dadih ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pnh duduk serumah dgn pendadih jgk siap jual lg..nsb x kne ape ape2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 02:45 PM | Show all posts
salam takziah.. sedihnye
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Boomibulat at 12-11-2019 02:51 PM

Tolong tt update..

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my

LELAKI yang menikam ibunya sehingga maut dalam kejadian di Taman Kampung Padang, Kuantan, hari ini, meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda sebelum menolak keluar dari rumah sejauh 50 meter.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang berada di gerai berhampiran yang melihat tindakan lelaki dipercayai sakit mental itu sebelum dia cuba ditenangkan orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menikam ibunya yang berusia 62 tahun, menggunakan pisau dapur di bahagian ruang tamu rumah teres yang didiami mereka.

Akibat tindakan suspek, mangsa meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian kiri lehernya.

Suspek yang berusia 38 tahun itu turut mencederakan dua lagi mangsa iaitu adik perempuannya bersama teman lelakinya.

“Kejadian berlaku antara 8.30 hingga 10.30 pagi dan suspek meletakkan mayat ibunya di dalam kerusi roda dan menolak keluar dari rumah sejauh kira-kira 50 meter.

“Ketika orang awam cuba menenangkannya, suspek bertindak menikam adik perempuannya yang kebetulan tiba di tempat kejadian bersama teman lelakinya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, adik suspek, 26 tahun, parah di belakang badan manakala teman lelakinya berusia 37 tahun, cedera di lengan.

Katanya, ketika kejadian hanya suspek serta ibunya berada di rumah dan mangsa mengalami patah tulang belakang menyebabkannya tidak boleh bergerak.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan tidak bekerja.

“Kita masih lagi menyiasat motif kejadian dan akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk proses pengebumian.

Menurutnya, mangsa yang cedera turut menerima rawatan di HTAA dan keadaan mereka dilaporkan stabil

“Kita sudah menahan suspek dan merampas senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:22 PM | Show all posts
takziah..mental rupenya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:23 PM | Show all posts
Takziah pada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental sbb dadah ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:39 PM | Show all posts
sangat tak menghairan kalau pendadih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:42 PM | Show all posts

kat mana cakap anaknya penagih dadah?iols tak nampak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:54 PM | Show all posts
Mental la bukan dadih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 03:54 PM | Show all posts
.. tapi dari mana plk datang adik perempuan dengan teman lelakinya tu?!.
.
'Kebetulan tiba'..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:00 PM | Show all posts
helicornia replied at 12-11-2019 03:42 PM
kat mana cakap anaknya penagih dadah?iols tak nampak pulak

memang xde, kalau anak tu sihat wal afiat tak kan saje2 dia nak bunuh mak dia..jahat mcm mana pun mak, seorang anak xsanggup bunuh..kan biasa dengar citer anak bunuh mak akibat halusinasi dadah, mental pun keranan dadah..ulasan saya tadi pun umum jer..banyak jer yang dok tetak, tumbuk mak/pak/ahli keluarga akibat dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg ade yg sanggup jaga sbb darah daging sndri tp kne yg mental aggresif ni la risiko nye
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:12 PM | Show all posts
suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri


Iols tak berani nak tinggal serumah dengan orang sakit mental
Takziah buat arwah makcik ni.
Nak jaga anak sakit ni bukan senang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.073441 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list