CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] Wanita maut ditikam anak. Update #44, Ada rekod masalah mental, sentiasa bergant

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang mental ni kena ajar juga jadi normal balik
Kena latih dan paksa walaupun letih, so diorg tak lagging
Main pisau dan objek tajam acah2 kat muka tu bukan normal
But if you like your family drifted to brain shrinkage, don't do anything for them
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..semoga arwah tenang disana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 13-11-2019 10:11 AM
kalau anak mental tu sila la hantar ke tempat sepatutnya..mohon pikir keselamatan diri dan org lain.

klu da hantar pusat pun, bila pesakit dah pulih diorg akan hantar semula pesakit kpd penjaga/waris. biasanya wlau dah pulih pun ada masanya sakit mental tu datang semula.

jadi macamana tu nak buat tu... x kan time pesakit da sihat, kita ckp kat pihak hospital.. x mau la ambik dia ni, sila bela dia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 09:46 AM | Show all posts
Polis reman seminggu suspek tikam leher ibu hingga maut

https://www.malaysiakini.com/news/499690

News  |  Diterbitkan 13 Nov 2019, 6:24 petang  |  Dikemaskini 13 Nov 2019, 6:24 petang



Suspek lelaki yang menikam leher ibunya sehingga maut semalam, kini direman seminggu sehingga 19 Nov ini, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali.

Beliau berkata perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman pada prosiding yang dijalankan di Wad Psikiatrik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, hari ini.

Katanya, turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat dan doktor psikiatrik HTAA Dr Hanisah Mohd Nor.

"Permohonan reman dilakukan di hospital kerana suspek ditahan di situ, selepas ditangkap ekoran keadaannya dibimbangi boleh mendatangkan bahaya jika ditahan di lokap biasa.

"Majistret juga memerintahkan supaya sepanjang tempoh reman, suspek ditahan di Hospital Tampoi, Johor," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Pada kejadian semalam, suspek dipercayai menikam ibunya, yang berusia 62 tahun, di ruang tamu rumah mereka di Taman Kampung Padang di Kuantan, kemudian meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda dan menolak kerusi roda itu keluar dari rumah.

Suspek yang difahamkan mempunyai rekod rawatan mental juga dipercayai menikam adik perempuan dan rakan lelakinya, yang secara kebetulan melalui kawasan tempat dia meletak mayat ibunya, dengan menunggang motosikal.

Sementara itu, mangsa lelaki yang berusia 38 tahun yang cedera ditikam pada bahagian lengan kanan oleh suspek berkata, dia membawa adik perempuan suspek berusia 26 tahun, yang baru tamat kerja syif malam di sebuah pasar raya 24 jam untuk menghantar makanan kepada mangsa dan suspek.

Katanya, dia mengetahui suspek bergantung kepada ubat kerana sakit mental dan tinggal di situ bersama mangsa yang tidak boleh bergerak akibat patah tulang belakang dan adik bongsu lelaki suspek yang semasa kejadian tiada di rumah kerana mengikuti kelas lesen memandu.

"Semasa hendak sampai, saya nampak suspek menolak kerusi roda mak cik (mangsa) dengan baju dipenuhi darah. Belum sempat kami bertanya, dia terus menyerang kami sehingga motosikal jatuh dan menghempap kami.

"Saya tidak dapat menyelamatkan adik perempuan suspek yang ditikam beberapa kali pada bahagian belakang badan sebelum kami diselamatkan orang ramai di situ," katanya dan menambah mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih trauma.

Beliau berkata keluarga suspek sebelum ini menetap di Nenasi, Pekan dekat sini dan Bukit Sekilau, di Kuantan sebelum berpindah ke Taman Kampung Padang setahun lalu, yang suspek difahamkan tidak pernah keluar rumah.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 12-11-2019 07:22 PM
penyakit mental ni sekarang dah ada ubat..
tapi kena ikut jadual yang ditetapkan sama ada dari segi ...

Baca mak dia patah pinggang terlantar.. Adik perempuan kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 12-11-2019 04:31 PM
Kalau dah sampai tahap pegang parang, memang aku tak berani nak tinggal sesama. Dengan ada anak ke ...

report police dan biar hospital ambil untuk rawatan but bukan selama nya kadang kadang sekejap saja waris perlu ambil... cuma routine checkup dan pick up ubat .... if not mistaken ada call service sekarang ini ...
if yang mampu boleh hantar ke private ...kesian yang kurang mampu ter paksa hadap pesakit mental ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 12-11-2019 11:17 PM
mak2 kan mmg gitu.selagi boleh jaga mesti nak jaga wpun tahu akan memudaratkan diri.

takziah pa ...

Sapo lak nak jaga... Nak bagi masuk hospital mental pun bnyk prosedur kot... Selagi kuarga boleh jaga mmg hospital bagi balik kot. Takan nak buang soh dok bawah jambatan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tetap takut dngan anak autism mcam adam dn azil tu mereka makin besar makin kuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cupu at 14-11-2019 10:30 PM

Mental jns ni bahaya..gila ising kan org panggil.
Mmg kn kawal dgn ubat. Tp biasanya dh tak terkawal jgk bila penjaga dh xberupaya. Sama mcm kes ni. Mak dh tua berkerusi roda lg.

Aku dlm seminggu ni ada problem ngan sorang bdk autisme ni. Dulu dia selalu jln ngan bapak dia..ptg2 nmpak dok jln dua tu. Skrg bapak dia dh meninggal. Agak lama dh aku tgk dia merayau sorang2. Aku tgk makin xtentu arah bdk ni..tong sampah dpn kedai aku dia gi alih lepak tepi tiang lampu kat jln raya. Dia alih mlm bila aku tutup kedai..pg aku dtg tebal muka pi kutip tong sampah..ngan sampah pun berterabur.kang majlis saman aku plk..adoii la bdk ni. Pasu bunga aku tanam pun dh sekejap kesitu sekejap kesini..marah xdgr. Ckp baik pun dia wat donno.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.462504 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list