CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 884|Reply: 5

[Tempatan] 11.11 Shopee catat 70 juta jualan barangan

[Copy link]
Post time 12-11-2019 11:21 PM | Show all posts |Read mode
70 juta barangan dijual semasa kempen 11.11 Big Sale Shopee
Bernama -
12 November 2019


KUALA LUMPUR – Shopee, platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, menamatkan kempen jualan terbesarnya 11.11 Big Sale dengan 70 juta barangan dijual pada Isnin dan menerima tiga kali ganda pesanan dalam jam pertama kempen itu berbanding pada 2018.

Shoppe dalam satu kenyataan hari ini berkata, peruncit yang meraih keuntungan paling besar termasuklah Tefal, Skechers dan Acer, yang masing-masing mencatatkan peningkatan pesanan 3,408-kali, 2,870-kali and 1,743-kali.

“Pendatang baharu di Shopee, KFC mencatatkan jualan memberangsangkan dengan bilangan pesanan tertinggi daripada kategori makanan dan minuman.

“Jumlah hidangan KFC yang dibeli di Shopee boleh dimakan oleh keseluruhan penduduk Putrajaya dan jenama restoran makanan kegemaran Malaysia ini juga dicari hampir setengah juta kali di Shopee pada 11 Nov itu sendiri,” kata syarikat itu.

Sementara itu, Shopee berkata ia terus melihat lebih ramai pengguna lelaki dan yang lebih berusia membeli belah pada 11 Nov, dengan pembeli lelaki cenderung membeli gajet mudah alih dan aksesori teknologi.

“Kata kunci seperti power bank, speaker, fon telinga dan iPhone dicari lebih 2.9 juta kali,” kata syarikat itu.

Bagi pengguna berusia lebih 50 ahun, mereka mengambil peluang itu untuk membeli barangan berkaitan kesihatan seperti Nestle Omega Plus Milk Powder dan pemantau tekanan darah serta keperluan isi rumah seperti pencuci, cecair pencuci pinggan dan pengelap lantai.

Mengulas mengenai prestasi Shopee di Malaysia, Pengarah Urusan Serantaunya Ian Ho berkata ini bukan semata-mata kejayaan syarikat itu tetapi kejayaan yang dikongsi oleh keseluruhan industri runcit Malaysia.

“Meskipun 11.11 menjadi festival membeli belah global, Shopee dapat turut membawa bersama rantau ini menyertainya dengan berjaya menyetempatkan kempen itu bagi memenuhi kehendak dan keperluan penggunanya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shopee juga melancarkan kempen amal sulungnya #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge, bersama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), bersempena dengan 11.11 Big Sale, dengan sasaran mengumpulkan dana bagi rawatan pesakit kanser yang kurang bernasib baik.

Platform e-dagang itu mengumpulkan RM114,170 bagi MAKNA dalam masa hanya tiga minggu.- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat nk cari gak susu nestle omega kt shopee tapi bila tgk kt mydin lagi murah terus beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
11.11 aku beli barang utk kitte, trolley ikea dan gloves.. Aku  hampir tergoda juga la tgk ipad 2019
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by irlene_hana at 13-11-2019 07:18 AM

Aku topup sabun basuh baju  sbb murah dpt voucher lg dan free shipping. Topup untuk berbulan2.

Bulan 1 tahun ni beli breeze detergent powder 2.1kg x 4 tahan sampai sekarang. Ada lg 1 1/2 pek lg. Jimat betul..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Shopee aku kutip voucher sembilan riyal. Utk ore miskin gagal total cam aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Voucher pukul 11am, 11pm tu baru claimed nak tekan beli barang, dah used up. Mcm tipu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.095373 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list