CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6506|Reply: 112

[Tempatan] Parents suka compare anak sendiri dengan anak orang lain antara punca kes lari d

  [Copy link]
Post time 12-11-2019 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Henti budaya banding anak orang lain dengan anak kita - Penganalisis jenayah
Bernama | Diterbitkan pada November 12, 2019 18:00 MYT

MELAKA: "Hentikan budaya membanding-bandingkan anak orang dengan anak kita, sebaliknya ibu bapa perlu meyakinkan anak-anak untuk menerima diri mereka seadanya dan menghargai apa yang dilakukan".

Itu kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim yang juga penganalisis jenayah mengulas mengenai kes kehilangan kanak-kanak atas faktor lari dari rumah.
"Masyarakat kita ada satu budaya yang menjadikan anak orang lain sebagai kayu pengukur kejayaan anak-anak mereka tidak kira dalam peperiksaan atau sukan, yang mana ibu bapa akan sering merasakan anak orang lain lebih baik daripada anak mereka sendiri.

"Tekanan atau desakan piawaian seperti ini akan menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dan mereka akan berkata kalau begitu buat apa lagi mereka duduk di rumah?," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program pencegahan jenayah - Kehilangan Kanak-Kanak, Di manakah Silapnya? di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata susulan tindakan ibu bapa membanding-bandingkan anak orang lain dengan anak sendiri itu boleh menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka tidak dihargai oleh orang yang paling rapat dengan mereka di rumah sehingga menyebabkan kanak-kanak merasa menyampah dan marah lalu bertindak lari dari rumah.

"Inilah antara faktor menyebabkan konsep 'Rumahku Syurgaku' tidak dapat dijalankan kecuali ia hanya menjadi sekadar slogan sahaja tanpa kita memahami inti pati kedudukan perkara sebenar.

"Oleh itu, jika kita mahu anak kita berjaya dan tidak terlibat dengan jenayah seperti dadah atau masalah sosial lain, hentikan membanding-bandingkan mereka," katanya.

Kamal Affandi berkata jika anak-anak melakukan kebaikan, ibu bapa perlu memberi motivasi dengan menghargai apa yang dilakukan bagi menaikkan lagi semangat dan membuatkan kanak-kanak itu rasa lebih dihargai selain memberi keyakinan kerana faktor itu penting untuk kejayaan mereka kelak.

Julai lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata sebanyak 15,042 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilapor dari tahun 2011 hingga Mei tahun ini dan antara punca kehilangan disebabkan mereka dipengaruhi kekasih untuk lari dari rumah dan pertelingkahan serta kurang perhatian keluarga.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Betulla tu..sikit2 nak compare dgn org laain walhal setiap budak ada keistimewaan y tersendiri..ada y pandai subjek ni,tp flop subjek lain..parents tu kena pandai cungkil talent anak2,bukan reti merungut jah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cer anak compare lak parents sendiri ngan parents orang lain.. Harus menggelupur mak pak masing2.. Selain ditempeleng.. Mau disuruhnya berambus takpun cari parents lain..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jeruklimau replied at 13-11-2019 12:08 AM
Cer anak compare lak parents sendiri ngan parents orang lain.. Harus menggelupur mak pak masing2.. S ...

why am so agree with this statement ,
iols penah ckp macam kat mak ayah
terus di cop anak durhaka

adu du du
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:18 AM | Show all posts
Parent ni kkdg terlajak risau. Takut anak ketinggalan.  Tu start compare n akhirnya anak yg terbeban.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Seharusnya ibubapa zaman sekarang tak boleh guna kaedah ni dah,  zaman kita kecik boleh la, mak pak zaman dulu susah nak ekses ilmu keibubapaan.

Zaman sekarang nak cari ilmu senang,  cari dari start mengandung perlahan2 selari dengan pembesaran anak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 12:54 AM | Show all posts
Yaa betul..sangat stress...

bila buat salah sikit...compare ngan anak jiran ke..anak orang lain..atau anak kepada adik beradik diorang..pastu suruh berambus dari rumah...bila jejak kaki keluar rumah..ugut report polis...
bila result bagus..tak dipujinya..hanya cakap "nape tak dapat bagus lagi"
bila result tak bagus..cakap anak orang lain pandai..result gempak cermerlang boombastic..tunjuk budak2 cemerlang yang masuk socmed
bila luah perasaan pasal keluarga sendiri tak seperti orang lain... dipanggil anak derhaka

likee whattt
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
budak tadika pn dah nk dicompare pandai speaking ke x, pandai baca ke x, pandai bla bla bla .. biar la anak tu enjoy chilhood diorg wei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua komen dekat sini iolss setuju!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 06:49 AM | Show all posts
lagipun parents sekarang gigih nk update sosial media
mesti la tertekan
parents kerjaya hebat
professional
anak UPSR pun tak dpt 6A
mesti la malu
nk kejar jumlah LIKES lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn kata budak2 jah...yg anak2 dh besar ni pun makpak bandingkan dgn anak org lain
anak org drive keter besor,duk umah besor,bwk parents gi obersi bagai, wedding grand etc
padahal kewangan anak tu tgh semput,tgh stress pal keje sbb bos mcm cibai, sbb tu susah naik pangkat dpt increment etc
terima je la seadanya anak tu
kalo ada rezeki, ada la
kalo x, haruslah dia pun menyampah nk blk kampung tgk org tua
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok.harap aku tak buat gini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul pun....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
misuke replied at 12-11-2019 11:59 PM
budak tadika pn dah nk dicompare pandai speaking ke x, pandai baca ke x, pandai bla bla bla .. biar  ...

Sedikit sebanyak para retis2 la ni mcam berlumba2 nk anak kecik derng pandai membaca dari baby. Konon anak tu bijak laksana. Baby kecik baru lahir pun dh diajar membaca. Ye elok parents yng membaca kat baby since dari dlam perut. Tp bukan ajar baby membaca. Budak boleh membaca seawal 3 tahun tak bermakna dia pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu jugak tengok orang bandingkan anak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-11-2019 07:14 AM
jgn kata budak2 jah...yg anak2 dh besar ni pun makpak bandingkan dgn anak org lain
anak org drive k ...

Mak aku tak habis2 compare aku dengan anak kawan dia sampai sekarang ungkit. Meluat

Anak kawan dia tua dr aku kerja offshore petronas. Aku pulak time tu br hbis degree dpt praktikal petronas, praktikal ja poooonnn then aku rejek lepas fikir panjang2.

Dia marah aku rejek praktikal seolah2 mcm aku dpt offer permanent dan aku rejek. Dia marah aku sbb kalau lps praktikal terus boleh kerja petronas. Mcm confirm je alahai.

Macam petronas tu segala galanya boleh bg duit banyak kt aku. Padahal aku tau dia nak gtau kawan dia anak aku pun reja petronas. Heh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku xpernah bandingkan aku dgn ank org lain
Arwah bapak aku ye, ada
Bila tiba kat ank2 aku plak, aku xpernah nak banding2kan dgn kwn2 diorang
Dua2 skolah cluster...kwn2 mmg tip top
Ank aki yg sulung manjang bottom 30 waktu exam, tp kami relax je sebab tau potensi ank2 kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
irlene_hana replied at 13-11-2019 08:10 AM
Mak aku tak habis2 compare aku dengan anak kawan dia sampai sekarang ungkit. Meluat

Anak kawan  ...

boleh tak ko ckp dgn mak ko. sy pun nak tukar mak dgn mak yg ini yg itu. apa mcm rasanya? suka tak klu dibandingkan dgn mak org lain?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak zaman dulu punya kisah..pasal anak angkat ungku aziz..dia boleh baca newspaper umur 4 tahun kalau xsalah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang komen komen ni dah ada anak ke belum? #tanyajer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.669846 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list