CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1182|Reply: 12

[Tempatan] 46 peratus rakyat Malaysia 'avid researcher' sebelum beli telefon pintar

[Copy link]
Post time 12-11-2019 11:35 PM | Show all posts |Read mode
46 peratus rakyat Malaysia lakukan kajian sebelum beli telefon pintar
November 12, 2019 20:50 MYT


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia semakin peka dan teliti dalam penyelidikan telefon pintar mereka, dengan tinjauan dijalankan Google dan Ipsos baru-baru ini mendedahkan bahawa 46 peratus daripada mereka berada di bawah profil pengguna "penyelidik yang teliti".

Ketua Industri Google Malaysia bagi teknologi dan syarikat telekomunikasi, Su Ann Lim berkata ini disebabkan oleh inovasi dalam industri telefon pintar dan akses tinggi kepada maklumat.
"Penyelidikan dalam talian itu boleh dikatakan bahagian paling penting ketika membuat pembelian dan di mana pengguna Malaysia menghabiskan masa paling banyak. Namun, apabila semua faktor diambil kira dan dipertimbangkan, masih ada ruang bagi jualan runcit untuk memainkan peranan," katanya pada taklimat media selepas mengumumkan hasil tinjauan tersebut.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang mahu membeli telefon pintar akan melakukan banyak penyelidikan sebelum membeli, seperti membaca ulasan telefon pintar, secara fizikal akan pergi ke kedai, membandingkan harga dalam talian dan menonton video yang memberi ulasan mengenai telefon pintar.
Apabila membuat keputusan, Lim berkata ciri-ciri telefon menjadi lebih penting daripada harga, termasuk jangka hayat bateri, sistem operasi dan spesifikasi dalaman.

Selain penyelidik yang teliti, kategori utama lain yang membentuk 78 peratus daripada 929 rakyat Malaysia yang dikaji selidik adalah 'setia kepada jenama' pada 22 peratus dan 10 peratus adalah pembelian berdasarkan kepada kedai.

Sementara itu, Lim berkata pengguna luar bandar semakin meningkat berikutan e-dagang kerana ia membantu memberikan pilihan yang lebih luas kepada segmen ini, sehingga pengguna luar bandar membeli telefon pintar dalam talian lebih ramai berbanding pengguna di bandar.

"Satu daripada empat telefon pintar dibeli secara dalam talian hari ini di Malaysia. Menurut kajian kami, 27 peratus penduduk luar bandar membeli telefon pintar mereka dalam talian dalam tempoh tiga bulan yang lalu berbanding 23 peratus penduduk bandar dalam tempoh yang sama," katanya.

Kajian itu juga mendapati bahawa walaupun majoriti rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar yang sama selama lebih daripada dua tahun, satu daripada dua rakyat Malaysia berhasrat untuk menukar telefon mereka dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Ipsos adalah firma penyelidikan dan perundingan pasaran global, yang beribu pejabat di Paris, Perancis

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la.. Beli phone kot.. Aku nak beli phone/tab.. Aku study dulu 5-6 bulan baru beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:22 AM | Show all posts
aku study punya study sampai ogos...lepas beli 15 september keluar model baru...jilakerr!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Study punya study, bila sampai masa beli, skali da obsolete da...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul laa kene study dulu sebelum beli...
bukan murah cam goreng pisang dan bukan nak beli selalu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
cairel_azlie replied at 13-11-2019 07:22 AM
aku study punya study sampai ogos...lepas beli 15 september keluar model baru...jilakerr!!

Hehe..ko tsk sempat study market planning derang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 01:30 PM | Show all posts
slalu laki den yg study kn..aku maleh..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Fikir2 balik, dulu2 rilex je kluaq duit beli handphone nokia 8210 berharga rm1,500.. sekarang ni, nak beli smartfon harga rm1,200 pun kaji bnyk kali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 09:31 AM | Show all posts
lemak_masin replied at 13-11-2019 07:49 AM
Betul laa kene study dulu sebelum beli...
bukan murah cam goreng pisang dan bukan nak beli selalu.. ...

Aku setuju dengan pendapat kau ni.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:40 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 13-11-2019 02:03 AM
Hehe..ko tsk sempat study market planning derang...

Dahla mahal every year keluar model baru...patut buat macam keta 5 tahun sekali keluar tak pun mcm Sony Playstation...rasanya syarikat hp ni dah ada technology 10 tahun kehadapan tapi just keluar kan sikit2 technology ni every year pasal nk buat untung giler2...  aku beli henpon pun pasal kena curi dlm kfc... aleh2 keluar model baru bulan berikutnya adehhh drop terus harga second!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cairel_azlie replied at 14-11-2019 08:40 PM
Dahla mahal every year keluar model baru...patut buat macam keta 5 tahun sekali keluar tak pun mcm ...

Kalo dulu cycle dia 18 bulan tak silap..skang mau lgk cepat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Agree kna teliti dulu. Bila dah decidee hulurkan ajelah duit bayar
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:56 AM | Show all posts
tak lama lg motorola razr bakal keluar. tergoda rasanya nak beli sbb bosan dgn design samsung ku ini




tp napsu terus kendur tatkala melihat reganya


rindunya zaman buka katup tepon ala2 diva dulu








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.106385 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list