CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1552|Reply: 12

[Tempatan] Menteri hilang arah. Promosi minyak sawit bukan di Tg Piai TAPI luar negara. Car

  [Copy link]
Post time 12-11-2019 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Shahidan: Promosi minyak sawit di Tg Piai buat apa?
Diterbitkan Hari ini 9:26 malam  |  Dikemaskini Hari ini 9:39 malam

PARLIMEN | Bagi menyelesaikan isu boikot minyak sawit oleh negara luar - khususnya negara Kesatuan Eropah (EU) - menteri yang berkenaan disaran pergi ke luar negara.

Menurut Shahidan Kassim (BN - Arau) menteri terbabit sepatutnya giat menjalin hubungan dengan ahli politik di negara yang tidak menerima minyak sawit, bukannya berada di Parlimen, atau lebih-lebih di Tanjung Piai.

“Sekarang ada negara - terutamanya negara (besar) cuba memboikot minyak sawit. Sepatutnya mereka ini tak ada di parlimen. Ini pergi Tanjung Piai, buat apa?" soalnya.

Shahidan berkata demikian semasa berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, pihak yang bertanggungjawab mempromosi dan memasarkan minyak sawit negara berada bawah Kementerian Industri Utama. Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, adalah mengetuai kementerian itu.

Menurut Shahidan lagi, lawatan menteri ke luar negara tidak sepatutnya bertujuan untuk meninjau pasaran baru semata-mata, tetapi perlu dibuktikan dengan termeterainya perjanjian jual beli minyak sawit dengan negara-negara tersebut.

Ahli parlimen ada kuasa

“Jadi saya minta menteri ni, lepas habis (sidang) parlimen, terus! Jangan ada muka kamu di Malaysia ini lagi. Pergi ke luar negara. Dan pergi berhubung terus.

"Menteri-menteri mesti berada di semua negara ini untuk buat promosi minyak sawit, bukan suruh minum dekat Malaysia.

"Kita minum satu botol satu hari pun tak mampu selesaikan masalah minyak sawit ni,” katanya.

Kata Shahidan, sebagai anggota jawatankuasa tetap Persidangan Antabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) beliau selalu berjumpa ahli politik dan anggota parlimen negara luar untuk mempromosikan minyak sawit atas kapasiti peribadi.

Hal itu dilakukan, katanya, kerana beliau sedar ahli politik dan anggota parlimen mempunyai kuasa dalam EU.

“Sebab yang menguasai EU ini adalah parti politik. Hang pi jumpa siapa (pun) saya tak tahu. Ini (persidangan itu) anggota parlimen EU hadir, anggota parlimen Afrika hadir, dua bulan sekali kami buat konferens,” katanya.

Pada 17 Jan 2018, Parlimen EU meluluskan pindaan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Diperbaharui yang menyingkirkan minyak sawit daripada program biodiesel menjelang 2021.

Hal itu akan menjejaskan negara pengeluar minyak sawit utama seperti Indonesia dan Malaysia.

Pada 3 hingga 13 Mei lalu, Kok mengetuai misi promosi minyak sawit ke London, Brussels, Berlin dan Rom bagi berbincang dengan para pegawai dan pemegang kepentingan yang berpengaruh dari kalangan negara-negara anggota EU.

Sementara itu penggulungan bagi Kementerian Industri Utama dilakukan timbalan menterinya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya). Kok pula difahamkan berada di Tanjung Piai untuk berkempen menjelang hari mengundi pada Sabtu ini.

Kata Shamsul Iskandar, kerajaan menyediakan data, fakta dan bukti saintifik yang tepat dan kukuh sebagai persediaan untuk kajian semula terhadap keputusan EU itu.

Baca Kempen Sayangi Sawitku untuk kesedaran, kata menteri

Katanya juga, Kementerian Industri Utama juga mempertimbangkan cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian (dispute settlement mechanism) terhadap EU yang didapati melanggar prinsip Pertubuhan Perdangan Dunia (WTO).

Mencelah ketika penggulungan Shamsul Iskandar, Shahidan masih berpendapat hubungan baik dengan anggota parlimen EU perlu diutamakan.

Malah dakwa Shahidan, ada anggota parlimen EU yang menyuarakan hasrat melihat sendiri pengurusan kelapa sawit negara.

“Jangan hanya kita berdebat di sini. Yang berdebat pula bukan tahu hujung pangkal, akhirnya kita hanya menang di sini. Di negara kita, kita menang. Tapi kita tewas di luar negara.

“Bawa mereka (wakil EU) ke sini dan bagi mereka tengok sendiri keadaan realiti, bahawa sebenarnya sawit ini diurus dengan baik,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dorng boikot ye?

Patutla harga sawit murah.  Baru je cerita2 dengan akak yg ada ladang sawit minggu lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
rasanya dh lama dengar pasal kes boikot ni.. tiberrr plak sibuk promote kt tg piai.. habis modal sgt.. nak salahkan najib kang kena baling kasut lak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Si Kok tu ingat mcm jual kuih kat pasar malam agaknye...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
misuke replied at 13-11-2019 12:58 AM
rasanya dh lama dengar pasal kes boikot ni.. tiberrr plak sibuk promote kt tg piai.. habis modal sgt ...

mesti punya salahkan najib..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun yg buat hal...jual jak kt keluarga tun...

Tp apa barang tun anak beranak pakai minyak sawit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 09:13 AM | Show all posts
first time rasanya shahidan ni bg pendapat yg bernas. atau mungkin jarang2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 13-11-2019 12:12 AM
Kenapa dorng boikot ye?

Patutla harga sawit murah.  Baru je cerita2 dengan akak yg ada ladang sa ...

Mulut atok yg laser
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 10:46 AM | Show all posts
kang eksport ke india naik 98persen..patut rilek2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape laa yg bole diharapakan kalau wakil dap jadi menteri buat malu ph je.. jawatan teresa kok ni patut diganti dgn wakil bersatu atau pan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 01:14 PM | Show all posts
Makcik ni failed!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 01:21 PM | Show all posts
untungnya PH
menteri/timbalan menteri tak perform pun still ada jawatan
sebab mereka ada jawatan dlm politik
lantikan dlm kabinet berdasarkan pembahagian post dlm parti
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Penggulungan kementerian pun timbalan yang buat? Come on la minister. Tg piai tu biar la org lain handle.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.463567 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list