CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1657|Reply: 14

[Tempatan] PH jangan sekat KKM tambah kakitangan. Bukan sahaja jawatan doktor, tetapi jawa

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 07:08 AM | Show all posts |Read mode
KKM minta dikecualikan dari sekatan tambah kakitangan
Diterbitkan 12 Nov 2019, 11:15 malam

PARLIMEN | Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berharap kementerian itu dikecualikan daripada dikenakan sekatan terhadap penambahan kakitangan kerajaan.

Hal itu, katanya, memandangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan lebih ramai kakitangan bagi menampung fasiliti perkhidmatan kesihatan yang baru dibuka, selain menangani masalah kekurangan jawatan yang sedang dihadapi.

“Saya harap sokongan YB semua supaya KKM dikecualikan daripada segi sekatan untuk penambahan kakitangan kerajaan kerana ini (ialah) satu kementerian yang memerlukan kakitangan kerajaan yang lebih ramai apabila fasiliti perkhidmatan yang baru ditambah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat malam ini.

Katanya, kekurangan kakitangan yang dimaksudkan bukan sahaja tertakluk pada jawatan doktor, tetapi juga jawatan lain seperti pembantu pegawai perubatan dan sebagainya.

“Apabila kita adakan fasiliti yang baru, kita lihat di kebanyakan tempat tidak ada jawatan yang baru.

“Dalam hal ini, kementerian sedang menguruskan permohonan untuk penambahan jawatan dalam KKM sebanyak 10,675 jawatan tambahan, dan ini belum ada keputusan muktamad daripada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam),” katanya.

Ada kesan dari segi moral

Baru-baru ini, dilema doktor yang dilantik secara kontrak mendapat perhatian ramai apabila kerap dilaporkan di media cetak, elektronik mahupun sosial.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada berlakunya lambakan graduan perubatan, sedangkan jawatan kosong yang boleh diisi adalah terhad.

Lee juga mengakui perkara itu dan menyifatkan lantikan secara kontrak dilakukan oleh kerajaan bagi membolehkan graduan perubatan menyelesaikan tempoh latihan selama lima tahun seperti termaktub bawah Akta Perubatan.

Selepas Lee mengumumkan permohonan penambahan kakitangan itu, Mustapa Mohamed (PH-Jeli) bangkit mencelah menyuarakan sokongannya, malah menyifatkan seluruh rakyat Malaysia turut akan menyokong saranan memandangkan bidang kesihatan ialah bidang yang penting.

“Saya kira lebih 100 peratus ahli dewan akan menyokong saranan YB tadi untuk mewujudkan jawatan baru, ini tiada masalah...

“Jadi adakah YB bersetuju dengan sokongan 100 peratus ahli dewan ini, YB akan lebih bersemangat untuk memperjuangkan masa depan doktor, ya?” katanya disambut tepukan meja oleh wakil rakyat di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Mustapa menyuarakan kebimbangan terhadap kualiti perkhidmatan dan moral doktor yang mungkin terjejas dan “terumbang-ambing” ekoran masalah yang dihadapi mereka.

Namun, bagi Lee, beliau berharap pengumuman yang baru dibuatnya akan dapat membuat para doktor menjadi lebih bersemangat dan memberi jaminan kementerian sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi mereka.

“Memang kita faham, apabila masalah kontrak ini muncul, memang ada kesan dari segi moral.

“Kita harap dengan keterangan ini, mereka lebih bersemangat dan kita memang peka dengan masalah-masalah mereka dan kita akan cuba seberapa yang boleh untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 07:52 AM | Show all posts
jumlah kakitangan akan naik ke 1.9 juto pula
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah jela staff kesihatan tu, rakyat msia dh makin sakit jantung lihat keadaan skg, 2×5, pening masih x lega.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:04 AM | Show all posts
harap ramai graduan medical diambil bekerja ..kata tak cukup doktor..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:57 AM | Show all posts
ramai je aku tengok...staff nurse, sister ngan doktor buat kerja pentadbiran....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Heran btol... Lambakan doktor.. Tp kalo aku masuk was... Asyik ckp doc xder... Slm hr ni ingt mmg xrmi student pohon jawatan.. Mcm mana boleh jd lmbakan plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Retrain la kakitangang kerajaan yg ramai2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:03 AM | Show all posts
setuju.

freeze pengambilan jawatan2 selain dari perubatan utk KKM.

TAMATKAN kontrak jawatan2 selain KKM.
TERMINATE staf TETAP & SAH JAWATAN yg tak perform (tak capai SKT >85%)
POTONG 20-30% bagi gaji pak2 Menteri.
POTONG elaun COLA & KRITIKAL bagi jawatan gred 56 dan ke atas
TAMATKAN skim PENCEN bagi ambilan staf tetap & sah jawatan bermula 1 Jan 2020 (hanya boleh ambik skim EPF sahaja)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
PH woi!!! Naikkan je bil rm1 tu ke rm2!!! Kalau sape kecoh xmampu etc, nasib lerrr. Kene fikir utk semua. Xkn nak entertain yg miskin je?? Lgpon rm2 tu masih murah. Bkn i xfikir yg susah tp biasanya yg bising2 tu x miskin pon & mampu byr rm2 tu. fikir la doc2 tu lg kesian, patient yg kene maki dgn doc tu lg kesian

Nanti yg maki viral doc tu yg byr rm1 tu jgk. So please, NAIKKAN HARGA BIL dari rm1 ke rm2 before its too late!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:03 PM | Show all posts
anony-mous replied at 13-11-2019 10:20 AM
PH woi!!! Naikkan je bil rm1 tu ke rm2!!! Kalau sape kecoh xmampu etc, nasib lerrr. Kene fikir utk s ...

labih baik lagi swastakan terus hospital
salam mysalam 8000 kan ada  

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 13-11-2019 12:03 PM
labih baik lagi swastakan terus hospital
salam mysalam 8000 kan ada

Kalau swastakan terus tu melampau. Ni kira ok la naikkan jd rm2. Win win situation
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:14 PM | Show all posts
Tambah je la...rayat marhaen yang sakit ni dah takde tempat lain nak pegi kalau tak ke spital kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:44 PM | Show all posts
tlg saring betul-betul doktor2 baru yg nak join kkm. jgn main tangkap muat je.
staf sokongan klinikal dan juga bukan klinikal pun perlu tengok juga keperluan tambahan. jgn main tambah sesuka hatimu je. nanti, semua tak berfungsi...ketatkan je semua lantikkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 11:04 PM | Show all posts
Cuepacs appeals to exempt Health Ministry from hiring freeze
13 Nov 2019 / 22:12 H.


MALACCA: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) is appealing to the government to exempt the Health Ministry from a staff recruitment curb under the Public Service Size Control Policy and Optimal Human Resource Policy.

Cuepacs president, Datuk Azih Muda (pix) said the exemption was to accommodate the increasing number of patients seeking treatment at health clinics and government hospitals nationwide apart from reducing the burden of medical staff especially doctors, nurses and medical assistants.

He said it was to improve the service delivery system to the people as well as ensuring patients obtain the required treatment within a short period of time.

“Cuepacs feels the government has to allow more than 10,000 new posts sought by KKM within a short period of time especially posts such as doctors, nurses and X-ray personnel.

“Cuepacs have received numerous complaints from civil servants in hospitals and health clinics on the lack of employees and the heavy workload,” he told reporters after opening the southern zone Safety and Health Occupational Seminar, here today.

Yesterday, Bernama reported Deputy Health Minister Dr Lee Boon Chye as hoping for the ministry to be exempted from the recruitment freeze as the ministry needed more staff to man new health service facilities apart from addressing the shortage of posts.

In Kuala Lumpur, the National Union of the Teaching Profession (NUTP) is also calling for the Education Ministry to be exempted from a staff increase freeze to achieve the education transformation agenda as well as to produce an excellent leadership generation.

NUTP secretary-general, Harry Tan Huat Hock said the ministry was tasked with creating a quality education system to meet the aspirations of the country and better students.

“NUTP thinks the Education Ministry needs more staff to implement the ministry’s vision and mission as well as to relieve the workload of teachers,” he said. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:28 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 13-11-2019 09:59 AM
Heran btol... Lambakan doktor.. Tp kalo aku masuk was... Asyik ckp doc xder... Slm hr ni ingt mmg xr ...

Lambakan tu, jumlah doktor2 yang tidak dapat bekerja/berkhidmat dengan KKM.. Lambakan doktor yang tak dapat posting.
Sebabnya, PH kata kerajaan tak ada duit nak bayaq gaji kakitangan kerajaan yang berlambak2 tu. Alasan nak bayaq hutang negara..




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.245211 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list