CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 5

[Jenayah] Gempar!Tikam, bawa mayat ibu atas kerusi roda

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Burong_Hantuk at 13-11-2019 08:10 AM

mental nih..anak neraka

LELAKI yang menikam ibunya sehingga maut dalam kejadian di Taman Kampung Padang, Kuantan, hari ini, meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda sebelum menolak keluar dari rumah sejauh 50 meter.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang berada di gerai berhampiran yang melihat tindakan lelaki dipercayai sakit mental itu sebelum dia cuba ditenangkan orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menikam ibunya yang berusia 62 tahun, menggunakan pisau dapur di bahagian ruang tamu rumah teres yang didiami mereka.

Akibat tindakan suspek, mangsa meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian kiri lehernya.

Suspek yang berusia 38 tahun itu turut mencederakan dua lagi mangsa iaitu adik perempuannya bersama teman lelakinya.

“Kejadian berlaku antara 8.30 hingga 10.30 pagi dan suspek meletakkan mayat ibunya di dalam kerusi roda dan menolak keluar dari rumah sejauh kira-kira 50 meter.


“Ketika orang awam cuba menenangkannya, suspek bertindak menikam adik perempuannya yang kebetulan tiba di tempat kejadian bersama teman lelakinya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, adik suspek, 26 tahun, parah di belakang badan manakala teman lelakinya berusia 37 tahun, cedera di lengan.

Katanya, ketika kejadian hanya suspek serta ibunya berada di rumah dan mangsa mengalami patah tulang belakang menyebabkannya tidak boleh bergerak.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan tidak bekerja.

“Kita masih lagi menyiasat motif kejadian dan akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk proses pengebumian.

Menurutnya, mangsa yang cedera turut menerima rawatan di HTAA dan keadaan mereka dilaporkan stabil

“Kita sudah menahan suspek dan merampas senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2019 08:08 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread dh ada la kak burong
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh 3 kali tred ni keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:57 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:15 AM | Show all posts
cmna pun tetap kesian kt dia, sbb dia mental..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.405632 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list