CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18832|Reply: 115

"Ada Rupa Syed Saddiq Tak?" Dazrin Kamarudin Tampil Lebih Kurus Demi

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 11:00 AM | Show all posts |Read mode









Sudah lama kita tidak mendengar khabar tentang pelakon  Dazrin Kamarudin yang sebelum ini terkenal dengan imej rambut panjangnya.




Setelah  berkahwin dengan  Fazulin Razali, seorang ketua pramugari  pada tahun 2017, kelibatnya dalam industri semakin kurang kelihatan.




Dazrin dan isteri  di hari pernikahan mereka Foto- Gempak.com





Berita terakhir tentang pelakon ini  adalah mengenai  kelahiran putera  sulungnya  yang diberikan nama Dasuki.


Dazrin dan pasangan sewaktu menyambut anak pertama mereka Foto- bh.com.my








Nampaknya Dazrin komited untuk melakukan comeback dalam dunia lakonan apabila dia  kini tampil dengan fizikal yang lebih kurus dan imej yang lebih segar.


Rupa-rupanya transformasi  ini dilaksanakan demi menjayakan watak Menteri Belia dan Sukan, Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam filem terbarunya, Mahathir: the Journey arahan Professor Dr Hatta Azad Khan yang akan memulakan penggambaran Disember ini.


Perbandingan Dazrin dan Yb Syed Saddiq Foto- Media hiburan










Memandangkan tubuhnya yang agak   berisi sebelum ini sehingga menerima teguran seorang penerbit drama, Dazrin menyahut cabaran untuk mdapatkan berat badan ideal.


Dazrin mengakui berat badannya pernah mencapai 89 kilogram selepas  berkahwin.


Pelakon itu mengalami penurunan berat badan sebanyak 19 kilogram melalui  amalan  gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam tanpa menggunakan sebarang bahan terlarang.


Penampilan terbaru  Dazrin yang  kini lebih kurus Foto- Mstar







Media Hiburan melaporkan antara persiapan yang dilakukan oleh Dazrin bagi menjayakan watak Menteri yang popular dalam kalangan anak muda itu adalah dengan memotong rambutnya yang panjang sekaligus menjadikan penampilannya nampak  lebih segar dan kemas agar menyerupai imej Menteri itu.


Selain itu, Dazrin turut melakukan character  study untuk watak tersebut melalui tontonan  video Menteri itu  di Youtube bagi melihat cara tokoh belia itu  bertutur dan berinteraksi bersama orang ramai.


Filem Mahathir: The Journey yang menelan belanja sebanyak RM 6  juta itu akan  dibintangi nama-nama besar dalam industri hiburan negara.


Antaranya, watak utama Tun Mahathir Mohamad dilakonkan  oleh Azhar Amir, Fauziah Latiff sebagai Tun Dr  Siti Hasmah,   Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee(Datuk  Seri Wan Azizah), dan Lisdawati (Nurul Izzah ).


Barisan pelakon dan krew  produksi filem Mahathir:The Journey Foto-Mstar








Lebih menarik lagi,  penyanyi hebat Ning Baizura yang telah lama tidak beraksi di layar perak turut menyertai barisan pelakon filem ini dengan membawakan watak sebagai  Datin Paduka Marina Mahathir .



Tahniah kepada Dazrin di atas transformasi imejnya  dan semoga berjaya menjayakan watak Menteri Belia dan Sukan dalam filem ini sehabis baik.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti bosan cter ni wlau ada artis best mcm jee, ning ngn lisda
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurus sangat pulak hmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Euw geli
Dia ni ada personality yg sgt2 plain sbgai seorang lelaki. So next!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pehal rambut dia mcm helmet jer, yewww!!!! Best ke dia ni berlakon???
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak sihat pulak bila kurus gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pelik plak kurus sgt .. dh biasa nampak muka dia tak berapa nak runcing
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm org sakit tenat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 11:21 AM | Show all posts
Tak sama langsung
Sorang Chinese look sorang hindustani look
Cari lah pelakon yg muka ala2 hindustan sikit, baru ngam
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik syed hensem lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:41 AM | Show all posts
bagus kurus.. kekalkan healthy lifestyle..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahell? Xde ke mamak muda jambu nk jd saddiq?

Dahla si tua kerepot neklisda jd izzah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
peliknya dia bila kurus.. tapi sed sadik ensemmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 11:56 AM | Show all posts
memandangkan ramai x merestui dazrin sebgai SS, siapa agaknya yang sesuai untuk watak ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 11:59 AM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 13-11-2019 03:21 AM
Tak sama langsung
Sorang Chinese look sorang hindustani look
Cari lah pelakon yg muka ala2 hindust ...

agak2 kalau dia ni sesuai tak? Afzan rahman.


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
motip semua pelakon nak menyerupai syed sodiq ? penanda aras kekacakan terbaru kah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Eyeeewww idea movie ni major cringe
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:09 PM | Show all posts
tinggi nau rambut kau tu dazrin.. kena rendah sket cam YB.
dah tu heols ni tinggi pulak, YB xde lah tinggi nau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:13 PM | Show all posts
lisda jadi nurul izzah tu macam kena jah.....
btw, takde orang ke nak buat filem najib
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya Irfan Haris ada iras2 Syed Saddiq. Tone suara dorang pon nak dekat sama. Tapi tulah, irfan haris bukan pelakon. Kan?

Dazrin ni kalau berlakon . Ekpresi muka dia macam llain sikit tapi okaylah bawak watak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.111727 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list