CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 10

[Tempatan] Rajin betul 'pegawai bank' call pelanggan

[Copy link]
Post time 13-11-2019 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Berputih mata gara-gara panggilan 'pegawai bank'
13 November 2019


KUANTAN - Hanya melalui panggilan telefon dengan menyamar sebagai pegawai sebuah bank, sindiket penipuan mendapat untung besar apabila berjaya memperdaya seorang pekerja swasta untuk menyerahkan maklumat akaun banknya sebelum melesapkan hampir RM20,000 dari akaun tersebut, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian Selasa lalu, mangsa berusia 41 tahun dari Kuala Lipis menerima panggilan daripada seorang lelaki kononnya pegawai dari sebuah bank.

Menurutnya, panggilan itu didakwa untuk pengesahan berhubung transaksi pengeluaran wang RM7,000 dari kad visanya yang dilakukan di cawangan bank itu di Puchong Jaya, Selangor.

"Mangsa menafikan tentang pemilikan kad visa dari bank berkenaan dan tidak pernah membuat sebarang pengeluaran wang menggunakan kad tersebut.

" Suspek memaklumkan kemungkinan maklumat peribadi mangsa disalahgunakan oleh pihak lain untuk mendapatkan kad visa yang dikeluarkan bank itu di cawangan Subang Jaya, Selangor," katanya.

Mohd Wazir berkata, suspek kemudiannya meminta mangsa mengemukakan butiran perbankan internetnya untuk tujuan semakan.

"Mangsa akur apabila menyerahkan maklumat termasuk kata laluan perbankan internetnya kepada suspek sebelum dia menerima nombor kod pengesahan transaksi (TAC) untuk permohonan mengubah had limit pengeluaran wang kepada RM20,000.

"Pada hari sama, mangsa mendapati terdapat dua pemindahan wang masing -masing berjumlah RM9,998 dilakukan dari akaunnya ke akaun bank lain atas nama seorang lelaki tidak dikenali dalam tempoh dua minit dari jam 11.33 hingga 11.35 pagi," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihubungi suspek menggunakan nombor telefon berbeza namun dia tidak menjawab panggilan tersebut selepas menyedari pegawai bank berkenaan rupanya 'scammer'.

"Menyedari berlaku pemindahan wang secara tidak sah dari akaunnya, mangsa menghubungi pihak bank bagi menyekat segala transaksi perbankan atas talian daripada akaun miliknya itu.

"Malangnya, mangsa terpaksa menanggung kerugian apabila wang RM19,997 sempat dipindahkan suspek sebelum pihak bank mengambil tindakan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 11:54 AM | Show all posts
clearly ada org dalam bank2 tersebut jual maklumat pelanggan pada call center
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudahnya bagi kata laluan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:00 PM | Show all posts
bimbonyer kau dekkk....cash!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:00 PM | Show all posts
Sebab tu kadang jangan mudah terpedaya dengan mudah nak beri maklumat peribadi bila ada survey atau ada apa2 promosi takut ada yang akan gunakannya untuk tujuaan scam macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni ramai Melayu turut jadi scammer. ...pernah terkena dengan panggilan bank islam kononnya. ...dari pemanggil Melayu. ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk kawan2, apa kata pergi bank negara dan dapatkan statement eccris untuk diri sendiri. Eccris ni boleh buat online dah. Tapi, yg pertama kena buat kat bank negara dulu.

Sangat membantu, dlm tu ada rekod pinjaman kita dan kad2 kredit yg kita ada. Bila ada org nak takut2kan kita dengan bgtau ada mana2 individu salah guna data peribadi kita utk buat permohonan yg kita tak tau, kita maki kan saje dgn bgtau, saya tau saya takde benda yg awak sebut ni.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
senang cakap, naik number pelik kt skrin tu abaikn je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 12:13 PM | Show all posts
bukan sahaja pegawai bank....pegawai mahkamah, pegawai polis, pegawai jpj, etc...seronok layan scammer2 ni, especially scammer wanita...boleh buat fon sex...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
aku x penah kena call pun.. aku suspek sbb acct balance aku akan kembali asal lps 2-3 hari dpt gaji..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 13-11-2019 12:11 PM
Untuk kawan2, apa kata pergi bank negara dan dapatkan statement eccris untuk diri sendiri. Eccris ni ...

Noted. Thanks for the tips
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.639904 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list