CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6653|Reply: 49

[Tempatan] ITBM buang separuh kakitangan

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 11:48 AM | Show all posts |Read mode
ITBM dijangka kecilkan operasi, buang separuh kakitangan
  Dikemaskini Hari ini 11:21 tengahari

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dijangka mengecilkan operasi dengan memberhentikan kira-kira separuh daripada 116 kakitangannya.

Pengurus besar, merangkap pengarah urusan ITBM Sakri Abdullah mengesahkan pemberhentikan itu akan dilakukan pada bila-bila masa.

“ITBM terlibat dalam rasionalisasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Kami memang diarahkan balik kepada fungsi asal iaitu menterjemah buku, dan sudah tentu kita perlu kecilkan operasi, jika tidak staf akan berlebihan,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insight.

Beliau juga berkata lembaga pengarah syarikat itu akan bertemu dengan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan untuk membincangkan tindakan selanjutnya.

“Kemungkinan ahli lembaga pengarah akan berjumpa dengan Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat dan tindakan akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat maklum balas daripada Kementerian Kewangan,” katanya.

Sementara itu, The Insight Malaysia juga memetik beberapa kakitangan ITBM yang berkata mereka telah dimaklumkan mengenai pemberhentian itu.

Menurut laporan itu, kakitangan yang terlibat akan hanya diberi pampasan gaji satu bulan kerana syarikat itu tidak berupaya untuk menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).

“Selepas raya haji (pada Ogos lalu) ada taklimat kepada semua pekerja. Ramai yang memahami dan reda dengan keadaan.

“Kami juga diberi khidmat nasihat daripada kaunselor, insurans Perkeso dan taklimat peluang pekerjaan yang lain,” kata seorang kakitangan yang enggan dinamakan, yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat.

Bulan lalu, ITBM dinamakan antara 80 entiti yang menerima notis kompaun daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dalam usaha mendapatkan semula wang yang mengalir keluar daripada 1MDB.

Agensi itu pada masa yang sama menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan dan menjelaskan bahawa syarikat itu hanya berurusan dengan pejabat perdana menteri serta tidak mengetahui sumber wang berkenaan.

Notis kompaun itu dikeluarkan berhubung dua projek percetakan buku berjumlah RM996,000 oleh ITBM dengan Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2011.

ITBM adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikendalikan oleh kakitangan Kementerian Pendidikan.

Ia sebelum ini dikenali sebagai Institut Terjemahan Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorg terjemahkan Buku dalam BM ke?

Kalau dalam BM memang patut dibungkus macam Utusan tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini la janji sejuta pekerjaan pakatan kencing
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ada beli buku terbitan diaorg tapi mcm x menarik sgt tu pun jumpa kt lazada bhgian kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
benda boleh bungkus buat apa nk bukak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:38 PM | Show all posts
harizs replied at 13-11-2019 11:58 AM
Ini la janji sejuta pekerjaan pakatan kencing

yang kena kencing tu ITBM dgn tuan najibuto kau tu! bayar duit terjemah guna duit songlap!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ITBM sampai sekarang takde CEO. Mantan ceo part time bawa Grab. Best juga baca coretan heols. Zaman Encik Khair dulu ITBM ni punyalah aktif terbit macam2 buku. Penulis boleh cari makan. Payment bagus. Penyair boleh terbit karya antologi mereka. Macam2 program ada. Buku2 pun bagus. Iols walaupun baca novel popular tapi tetap cari buku itbm ni. Harap buku Suteki Da Ne Aleena ada lagi. Nak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 13-11-2019 11:50 AM
Diorg terjemahkan Buku dalam BM ke?

Kalau dalam BM memang patut dibungkus macam Utusan tu

Terjemah dokumen pun termasuk dalam skop depa kot...
I pernah ke Institut Terjemahan ni untuk translate sijil nikah dan sijil lahir ke arabic masa nak buat residence visa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ITBM & ITNM sama ke lain?

ITNM = institut terjemahan negara malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kerajaan tak ada duit  benda2 yg kurang penting macam budaya, hiburan diorang cut dulu ..

Tu sebab lah utk Malaysia berjaya, kita kena kutip cukai...tanggungjawab MOF la tambah pendapatan.

Org kaya kena tax banyak lagi...baru betul. Ni MOF tak nak introduce cukai baru, subsidi makin bertambah...mana duit nak bayar gaji lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 banyak buku terjemahan tapi kebelakangan ni macam kurang atau tak ada. Sampai seratus kakitangan mereka buat apa ya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm bnyk lgi buku terjemahan pts yg aku ada dari terbitan itbm nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada byk beli buku ITNM .... kebykan buku2 lama shaari musa/ azizi hj abdullah etc yg terjemah drp bm ke bi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bertabahlah ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:15 PM | Show all posts
brownstone replied at 13-11-2019 01:58 PM
Kalau kerajaan tak ada duit  benda2 yg kurang penting macam budaya, hiburan diorang cut dulu ..

T ...

tu la.
nak suruh gomen implement balik GST tapi dgn kadar 3% dulu tak mau.
katanya zalim. orang miskin orang kaya pun kena.

#rinduzamannajib
#maluapabosskurrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 13-11-2019 01:51 PM
Terjemah dokumen pun termasuk dalam skop depa kot...
I pernah ke Institut Terjemahan ni untuk tra ...

Oooo...ingatkan terjemah Buku je.

Pergi Negara Arab kena buat dokumen baru....pelik2 deyols Kan...mesti Kat Arab takda penterjemah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 04:12 PM | Show all posts
job terjemahan ke buku kekarang makin merosot kan? percetakan juga mengalami kerugian kot dengan trend baca online je ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 13-11-2019 02:20 PM
Oooo...ingatkan terjemah Buku je.

Pergi Negara Arab kena buat dokumen baru....pelik2 deyols Kan ...

I lupa pulak...
Bukan translate ke arabic je, translate ke English juga..
Lepas tu bawa ke wisma putra untuk certified true....
Depa nak chop wisma putra malaysia aje..
Dah certified baru boleh submit utk proses residence visa..

Kalau kita ada dokumen dari sana cth anak lahir sana dapat birth cert in arabic... Kita kena translate ke English dan ministry sana pulak yang certified true..

Tak ingat pulak embassy malaysia accept ke tak birth cert arabic utk keluarkan borang W...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:19 PM | Show all posts
kentel replied at 13-11-2019 12:38 PM
yang kena kencing tu ITBM dgn tuan najibuto kau tu! bayar duit terjemah guna duit songlap!!!

komen ni lawak.

kalau dah duit kena songlap, sah2 la tak masuk dlm hasil negara utk cover belanja mengurus kerajaan






Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:22 PM | Show all posts
brownstone replied at 13-11-2019 01:58 PM
Kalau kerajaan tak ada duit  benda2 yg kurang penting macam budaya, hiburan diorang cut dulu ..

T ...

hello cik kak, tak tengok bajet baru2 ni ke? hasil bertambah je, konsisten dgn kdnk, sama dgn belanja.

kementarian pendidikan ada item baru dlm belanja diorang ie. sarapan utk semuaaaaaaaaaa pelajar






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.110931 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list