CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 11

[Tempatan] Syabas PDRM. Geng Ah Long dah mula kena cekup!

[Copy link]
Post time 13-11-2019 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Dua Ah Long dicekup




DUA lelaki disyaki ahli sindiket ceti haram atau ‘Ah Long’ ditahan dalam operasi khas, Ops Vulture, di Langkawi, Isnin lalu.

Kedua-dua suspek berusia 40 dan 25 ditahan di Kampung Bukit Tangga, Mukim Ulu Melaka di sini, pada 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua suspek ditahan susulan laporan polis oleh seorang wanita berusia 23 tahun yang juga peniaga dalam talian.

“Pengadu membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati apabila kedua-dua suspek masih meminta wang RM2,000 walaupun hutang pinjaman dibuatnya sudah pun diselesaikan.

“Pengadu pernah membuat pinjaman sebanyak RM800 daripada kedua-dua suspek sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, polis turut merampas poster pinjaman wang, kertas bergambar ugutan peminjam dan kertas setuju terima pinjaman wang daripada kedua-dua suspek.

“Kedua-dua suspek bersama semua barang rampasan ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

“Polis memandang serius kegiatan `Ah Long’ dan menasihati orang ramai berhati-hati dengan muslihat sindiket terbabit supaya tidak terperangkap,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah polis susah payah pergi tangkap, nanti janganlah ada pihak yg campurtangan minta lepaskan.

Penjenayah macamni tak boleh diberi muka kerana mereka meniaga tanpa lesen, tak bayar cukai lalu mereka cuci duit dengan sesuatu perniagaan sah. Duit tu juga mereka boleh buat modal pusingan untuk beli senjata api, pelacuran dan dadah. Bukan itu sahaja, mereka berlagak samseng dengan ugut orang bahkan keluarga si peminjam. Dengan bunga yg cekik darah lagi. Lebih teruk mereka berani bertindak luar kawalan seperti mencederakan atau membunuh peminjam yg gagal membayar.

Kesan daripada jenayah seperti ni sangatlah besar. Bila mereka dah punya wang yg banyak, kuasa mereka sangat besar.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:46 PM | Show all posts
sindikit nie mmg bahaya....banyak yang dah tertipu and rosak.....elok laa dibanteras habis-habisan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:52 PM | Show all posts
selagi ada Syarikat Pinjaman Wang, (yg mana staff kerani tu budak2 pmpn melayu)
selagi tu la ada along lagi

patut haramkan syarikat ni, bank kene mudahkn bagi pinjaman

bru terhapus benda ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 01:07 PM | Show all posts
bila mana polis nak agresif  banteras Ah Long sure ada parti masuk campur mcm kes LTTE
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Behind ahlong pasti nya ada VVIP yg mengaut untung besar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 02:52 PM | Show all posts
jom kita tengok VVIP mana yang akan terloncat2 minta along2 ni dibebaskan...kikiki..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:10 PM | Show all posts
syabas PDRM..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 04:35 PM | Show all posts
bukan ke Pinjaman Wang Berlesen ni kerajaan PH dah upgred jadi Kredit Komuniti. sama mcm ah long jgk ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hyunniesSS501 replied at 13-11-2019 04:35 PM
bukan ke Pinjaman Wang Berlesen ni kerajaan PH dah upgred jadi Kredit Komuniti. sama mcm ah long jgk ...

LOL. ROTFL

2 ah long jer?

Yang beribu dok operate kt klang valley ape cer?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:41 PM | Show all posts

selalu yg online byk yg scammer

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:42 PM | Show all posts
Orang maaysia juga mesti tahan nafsu serakah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.166201 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list