CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1332|Reply: 11

[Tempatan] Umur bersara tak dinaikkan ke 65 tahun. Beri peluang belia menganggur masuk alam

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Tiada keperluan tingkat umur persaraan - Kula
November 13, 2019 12:48 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tiada keperluan untuk meningkatkan umur persaraan kepada 65 tahun.

Menteri Sumber Manusia (KSM), M. Kula Segaran berkata pelbagai perkara perlu diperhalusi dan diambil kira oleh Kerajaan sebelum umur persaraan ditingkatkan.

“Perubahan ini akan menjejaskan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan belia dimana seperti diketahui ketika ini kadar pengangguran belia di Malaysia ialah 10.9 peratus.

“Selain itu, produktiviti juga mungkin terjejas kerana peringkat usia ini lazimnya turut dikaitkan dengan faktor kesihatan dan keupayaan fizikal seseorang pekerja.

“Faktor-faktor ini juga boleh menyumbang ke atas kualiti dan perbelanjaan pengurusan dalam sesebuah organisasi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang ingin tahu sama ada KSM akan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun pada masa akan datang yang mana langkah tersebut tidak optimum kepada kualiti dan perbelanjaan pengurusan.

Kula berkata, cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun merupakan cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

“Berdasarkan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2013 ke atas semua majikan sektor swasta di seluruh Malaysia, menyatakan bahawa umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila seseorang pekerja itu mencapai umur 60 tahun.

“Ini bermakna seseorang pekerja itu boleh terus bekerja walaupun telah melebihi 60 tahun dan ia juga bergantung kepada tawaran pekerjaan oleh majikan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan bagi had usia persaraan sedia ada dilanjutkan kepada 65 tahun kerana secara rasionalnya, sebahagian besar individu pada lingkungan usia itu tidak lagi mampu untuk bekerja secara cekap selain berdepan beberapa kekangan berkaitan, termasuk faktor kesihatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 01:28 PM | Show all posts
55 tu dah sesuai, 60 masih boleh terutama pekerja profesional. Yg biasa2, pencen jela la pakcik makcik, habiskan masa berehat & menjalin silaturahim bersama anak cucu, Bagi peluang anak2 muda pula cari kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarahmirza at 13-11-2019 01:57 PM

Company I ni bila la nak terminate contract atuk nenek yang masih gigih nak kerja ni...
Ada masa leceh juga kerja dengan atuk nenek (age 55 above) ni...
Ada tu suka membebel, ada yang blur2 sbb tak nak belajar benda baru...
Tapi ada juga yang best... Suka belanja kita orang makan, layan kita pun macam abah-abah kita....
Umur I yang dah 40an ni pun, bila dia ajak makan luar, dia siap2 hulur duit belanja...  Bila I cakap, "En D ni macam abah2 la pulak".. Dia jawab, "Aha, memang pun" ..

Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:19 PM | Show all posts
kasi chance la pulak yg muda2 keje
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:20 PM | Show all posts
set balik umur pencen 55 tahun dah la.

bagi chance budak mula pulak keja.
dah tua kerepot nak keja apa pulak.

lepas ni kena perbanyakkan buat amal ibadat. kena rajin pi surau/masjid dengar kuliah agama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:55 PM | Show all posts
letak balik pencen umur 55...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 03:02 PM | Show all posts
sedangkan orang berumur 94 tahun pun masih menjadi perdana menteri
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:04 PM | Show all posts
mohon kembalikan pencen umur 55...pencen iols 58...xkuasa nak amik yg 60 tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu benang ckp pasal yg tua renta masuk balik keje sbb dah tkde duit katanyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk jenis kerja vs lambakan student course tu..cm cikgu byk sgt.
Pencen pada guru.umo 55 tahun sudah.
Klu kronik sgt buat umo 50 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:39 PM | Show all posts
xyahlah dah keje kalo dah nk ke umo 60 ... esp yg sakit menyusahkan staf yg tpaksa carry keje si sakit yg x reti pencen
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak faham la kerajaan skrg ni. Hari tu, sapa yg cadangkan nak tambah usia persaraan?
Hari ni elok pula jawapan Kula tu.. macam apa lagi.. sendiri buat kecoh, last2 sendiri yg tutup kekecohan tu..
Pastu dabik dada kata kami dengar denyut nadi rakyat..bak kata maideen, pfffffffgggh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.089458 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list