CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2495|Reply: 16

[Tempatan] Update #11, Azmin dakwa ada 'tangan ghaib' membatalkan jemputan beliau untuk ras

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-11-2019 10:23 AM

Azmin digugurkan sebagai perasmi kongres AMK, 21 pimpinan bantah

https://www.malaysiakini.com/news/499647

News  |  Diterbitkan Hari ini 1:39 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 1:52 tengahari



Pemuda PKR (AMK) membelakangi tradisi dengan tidak mengundang timbalan presiden parti untuk merasmikan kongres tahunan mereka 6 Disember depan.

Sebelum ini, mengikut tradisi, kongres sayap pemuda parti itu dirasmikan timbalan presiden, dan Azmin Ali, seperti lazimnya dijadualkan merasmikannya. Sebaliknya, kali ini, ini tidak berlaku.

Ketua AMK Akmal Nasir berkata kongres mereka kali ini akan dirasmikan oleh penasihat PKR Wan Azizah Wan Ismail yang juga timbalan perdana menteri.

“AMK bertanggungjawab memberi mesej yang jelas kepada seluruh anggota PKR bahawa AMK akan kekal teguh mendokong kepimpinan parti yang sekali gus memelihara tradisi perjuangan PKR,” katanya.



Bagaimanapun, tindakan itu dibantah oleh sebahagian besar - 21 daripada 25 - kepimpinan pusat AMK yang menang dalam pemilihan lalu, termasuk timbalan ketuanya Hilman Idham.

Hilman dan 20 lagi pemimpin AMK hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menentang keputusan itu.

“Kami berpendirian bahawa sikap dan tindakan membatalkan jemputan tersebut merupakan suatu langkah yang sama sekali bertentangan dengan semangat kongres serta konvensyen dan tradisi organisasi,” kata mereka.

Kumpulan itu menyeru kepimpinan mengambil langkah tegas “mengembalikan PKR di atas landasannya, menggembeleng muafakat dan kesatuan anggota serta mempertahankan konvensyen dan tradisi organisasi”.

Dalam pemilihan parti itu sebelum ini Akmal terlibat dalam kumpulan Naib Presiden Rafizi Ramli manakala Hilman pula dalam pasukan Azmin.

Sebahagian besar kepimpinan utamanya dikuasai pasukan Azmin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 02:08 PM | Show all posts
bila jemin n the geng nk masuk parti bunga nih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
parti bakalan terkuburrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa di mata ai budak ni ada iras lokman adam?

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 02:51 PM | Show all posts
bagi can la jemin bancuh dulu bebudak tu..takut apa dgn jemin ni..letak jawatan la kalau tak boleh ikut tradisi parti...kikiki..21 dpd 25 exco tak suka ketuanya..tak malu ka?kikiki..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cc @dodolgemok haha

elok la gaduh cepat skit tamat riwayat gomen sepenggal haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:34 PM | Show all posts
Anwar dengki  sebab bila Anwar semburit terus di pecat dan dibawa bicara dan merengkok dalam penjara  ,manakala Azmin semburit siap boleh dapat jadi menteri lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa jemput AMK Perak, Mexico Colombia Jose Salvador Rizal mai rasmi majlis nanti..

Mesti Knights tersenyum sinis melihat telatah geng sekapai dok tebuk kapal dinaiki sikit demi sikit.. tak lama le tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 11:16 AM | Show all posts
retak menanti belah

bak dubur menanti disemburit

gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 06:15 PM | Show all posts
Azmin dakwa ada tangan ghaib batal jemputan rasmi kongres AMK

https://www.malaysiakini.com/news/499806

News  |  Diterbitkan Hari ini 3:36 petang  |  Dikemaskini Hari ini 3:38 petang



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud ‘tangan ghaib’ di belakang keputusan membatalkan jemputan beliau untuk merasmikan Kongres Nasional Pemuda PKR (AMK).

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada AMK untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

“Saya telah terima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi baru-baru ini telah dibatalkan. Saya yakin Ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakang.

“Ini bukan tentang saya tetapi sebab jawatan presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada media selepas berucap pasca Siri Forum Menteri Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2019 di Intan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan pembatalan jemputan itu yang dianggapnya bagi menghalang beliau daripada bersuara dalam kongres sayap parti itu.

Semalam Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan berkata keputusan untuk menjemput Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional AMK di Melaka 6 Dis ini dibuat pada mesyuarat pimpinan pusat sayap itu pada 20 Okt lepas.

Akmal Nasrullah dilapor berkata hasil mesyuarat itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Biro Politik Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 06:20 PM | Show all posts
Azmin yang tak jawab surat undangan - naib ketua AMK

https://www.malaysiakini.com/news/499822

News  |  Diterbitkan Hari ini 5:14 petang  |  Dikemaskini Hari ini 5:42 petang



Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman berkata kenyataan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali tidak masuk akal dalam isu jemputan merasmikan Kongres AMK.

Menyifatkan sebagai cubaan menutup mulut, Syed Badli mendakwa bahawa pihak Azmin tidak membalas surat jemputan selepas lebih sebulan dihantar.

"Sepertimana kelaziman, AMK telah menghantar surat rasmi pada 11 September 2019 untuk menjemput Timbalan Presiden YB Mohamed Azmin Ali bagi merasmikan Kongres AMK.

"Namun sehingga ke tarikh mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan AMK pada 20 Oktober yang lalu, pihak sekretariat memaklumkan tidak menerima sebarang jawapan rasmi dari pihak timbalan presiden," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tengah hari tadi, Azmin mendakwa bahawa wujud tangan ghaib di belakang keputusan membatalkan jemputan beliau untuk merasmikan Kongres AMK.

Azmin turut mengatakan bahawa dia yakin bahawa Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir tidak mempunyai keberanian untuk membatalkan jemputan tersebut secara sendiri.

Mengulas kenyataan Azmin yang menyifatkan Ketua AMK Akmal Nasir sebagai lemah dan seolah-olah dikawal tangan ghaib, Syed Badli menyifatkan ia sebagai dangkal dan tidak seharusnya dikeluarkan oleh timbalan presiden.

"Sebagai timbalan presiden beliau tetap mempunyai ruang tersendiri dalam kongres nasional parti untuk mengutarakan pandangan.

Tambahnya, tradisi timbalan presiden parti merasmikan kongres AMK sekadar makluman tiada sebarang peraturan mengikat kemestian.

"Jemputan kepada timbalan presiden untuk merasmikan kongres hanyalah tradisi dan ini bukanlah kali pertama AMK menjemput perasmi selain timbalan presiden," jelasnya.

"Justeru itu saya dengan rasa rendah diri selaku salah seorang pimpinan kanan AMK ingin menjemput Azmin Ali untuk turut hadir Kongres AMK bagi memberikan penghormatan kepada mantan presiden parti merangkap timbalan perdana menteri," tambahnya lagi.

Sementara itu, Syed Badli mengesahkan bahawa keputusan untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibuat sebulat suara pada mesyuarat bulanan Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Malaysia (MPAMK) yang dihadiri lebih 30 orang ahli Majlis Pimpinan AMK.

"Beliau dijemput atas kapasiti sebagai pengerusi majlis penasihat PKR merangkap timbalan perdana menteri," katanya.

"Saya juga menyeru AMK untuk berhenti berbalah d iatas isu remeh temeh dan kembali fokus kepada agenda utama untuk memantapkan Pakatan Harapan," tambahnya lagi.


Iktiraf Azizah

Sementara itu, kesemua 14 ketua AMK negeri mengeluarkan kenyataan bersama menyokong keputusan menukar Azmin dengan Azizah.

"Kami yakin dan percaya keputusan ini dibuat setelah mesyuarat menimbang tara semua keadaan yang perlu.

"Ini juga merupakan satu pengiktirafan atas segala jasa bakti Dr Wan Azizah selama beliau memimpin Parti Keadilan Rakyat sejak 1998," katanya.

Menurut lagi, Peraturan Tetap AMK 2014 memberi kuasa kepada Majlis Pimpinan AMK untuk menguruskan sepenuhnya hal ehwal pengurusan Kongres Nasional Tahunan AMK.

"Tidak ada sebarang klausa yang menetapkan atau menghadkan mana-mana individu yang perlu diundang sebagai perasmi, malah mana-mana kepimpinan tertinggi Keadilan boleh diundang untuk merasmikan Kongres AMK," jelasnya.


Tuding jari pada Saifuddin

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin AMK Selangor pula, di mana Azmin berpengaruh, tampil membantah perkara itu.

Mereka terus menuding jari kepada Saifuddin Nasution walaupun Setiausaha Agung PKR itu telah menafikan penglibatannya semalam.

"Kami, selaku pemimpin AMK Cabang Selangor setelah meneliti dan mengambil semangat reformasi maka dengan ini bersetuju menyokong kenyataan media yang dikeluarkan oleh MPAMK bahawa permainan politik kepimpinan tinggi telah menyebabkan parti berada dalam keadaan yang berantakan.

"Kami juga berpendapat bahawa hala tuju pengurusan parti ini telah diterjemahkan dalam bentuk yang salah dan hanya melebarkan jurang pendapat yang terbentuk sejak Pemilihan Keadilan 2018 yang lalu."

"Belajarlah menghormati suara-suara majoriti sayap anak muda seluruhnya dan bukan terhadap mereka yang membuat keputusan-keputusan tidak matang dan bacul tanpa merujuk kepada sentimen akar umbi," kata 16 pemimpin kanan cabang AMK di Selangor.

Kongres AMK 2019 yang akan berlangsung pada 6 Disember 2019 di Melaka.

Perhimpunan tahunan itu secara tradisinya dirasmikan oleh timbalan presiden PKR.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 13-11-2019 06:34 PM
Anwar dengki  sebab bila Anwar semburit terus di pecat dan dibawa bicara dan merengkok dalam penjara ...

Jgn kata anwar, aku yg pembenci PH ni bkn rasa x adil awat bang non siap berangkut tilam? Bukti apa pon x dak. Yg si jemin bideo + cctv + pengakuan pasangan tp elok2 je hidup siap berjawatan menteri bukti terang2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tak jawab knape tak followup..fail betullah tugas hangpa ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tunggu lagi Jemin.. belah jer lah dr PKR. Dulu kau buat benda sama kat TS Khalid. Hidup mewah anak beranak sampai cost vacation pun sampai 300k in 6 months.. seronok bersemburit bagai..bebas x kena tahan... Anak derhaka..Ur days are numbered lah weiii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
jemin bukan nk rasmi kongres pon.. jemin nak p main taik ja..nanti berebut taik dgn al juburi plk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 08:52 AM | Show all posts
bergasaklah korang..dah la parti bunga semua dah kena arwah..yg ni pun nak kena arwah jugak ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.188478 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list