CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6010|Reply: 95

[Tempatan] Pecah amanah-lelaki dipenjara 584 tahun dan 146 sebatan

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 13-11-2019 03:17 PM

Lelaki dipenjara 584 tahun, sebat 146 kali

Nurrul Fhatihah Zakinan
am@hmetro.com.my

BEKAS pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dihukum penjara selama 584 tahun dan dikenakan 146 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini terhadap 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31, sebaik tertuduh membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan semua pertuduhan dan fakta kes terhadapnya yang mengambil masa kira-kira dua jam.

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dari tarikh jatuh hukum bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesemua hukuman itu berjalan serentak dan satu sebatan bagi setiap 146 pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir dan mempunyai penguasaan harta iaitu peruntukan biasiswa pelajar sekolah di negeri terbabit melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta berkenaan apabila dengan curang menyalahgunakannya.

Kesalahan itu dilakukan secara berperingkat antara 23 Januari 2017 hingga 21 Disember tahun lalu, membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM2.404 juta.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Unit Kewangan TAPEM di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh diwakili peguam Emirul Sarifudin Nor Azmi.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan jumlah direkodkan tinggi, yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar golongan asnaf lebih layak.

Irwan turut menyatakan bahawa tiada sebarang baki daripada akaun itu dapat dipulangkan atau berjaya dirampas oleh SPRM.

Mengikut fakta kes, Mohd Hanafi yang ketika itu bertugas sebagai kerani dengan lantikan kontrak perjawatan pembantu tadbir menyalahgunakan harta dengan memasukkan peruntukan biasiswa pelajar ke dalam pelbagai akaun bank miliknya, perniagaannya, rakan dan keluarga sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, Mohd Nasir dalam penghakimannya menegur tertuduh supaya bertaubat dengan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan dan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada kerajaan Malaysia jika ada, kerana dalam al-Quran ada menyebut, mengambil harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar.

Tertuduh ditahan reman oleh SPRM pada 12 Januari lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan dan didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan sama, 28 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 3:04 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Boomibulat at 13-11-2019 03:19 PM

Umur 615 tahun nti br keluar penjara..iaitu tahun 2603
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Eiii, nampak mata beliau
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembantu tadbir dpt kumpul harta rm2.4juta dlm masa 2tahun je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 13-11-2019 03:18 PM
Umur 615 tahun nti br keluar penjara..iaitu tahun 2603

Mesti time keluar jail rupa cm wan su hanafi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca news kate 4 thn tp tajuk tt 584 thn mane satu btul ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda nya lagiii .....dah hanco kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Babiknya brapa ramai budak miskin x bleh nk blajarr sbb kau!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ekong replied at 13-11-2019 03:23 PM
Aku baca news kate 4 thn tp tajuk tt 584 thn mane satu btul ni

4 tahun bagi setiap satu pertuduhan..146 pertuduhan dia kena..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 13-11-2019 03:29 PM
4 tahun bagi setiap satu pertuduhan..146 pertuduhan dia kena..

Tp katanya kena 14 thn je..keluar esok aman2 pgi ambk blk duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
harap lepas ni guan eng kena hukuman yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 13-11-2019 03:29 PM
4 tahun bagi setiap satu pertuduhan..146 pertuduhan dia kena..

Oo betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit je la 2.4m
Acik malas nak kata lebih, haku sayang duit pencen yang bakal tibaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 13-11-2019 03:29 PM
4 tahun bagi setiap satu pertuduhan..146 pertuduhan dia kena..

hukuman penjara utk semua pertuduhan jalan serentak, maka nya jadi 4 tahun jgk lah.. Sebat tu je lah dpt 146 kali. Keji betul makan harta asnaf. Semoga luruh punggung kena sebat
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib rileks je duk bebas lg.. Yg level pembantu tadbir ni kena dulu. By the time mamat ni keluar penjara pun belum tentu Najib dh masuk dalam
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang logiknya penjarakan sampai 584 tahun, lagi panjang dari waktu Malaya dijajah, dia amek Rm2.4 juta, sita lah semua harta dia, rumah, kereta, motor, hp, laptop, tanah, saham, bon, wang tunai, emas, segala bapa harta dia yang ada biar tinggal sehelai sepinggang,

Kau penjara sampai tinggal tulang serupa firaun buat apa, famili dia masih aman2 berjimba dengan barang2 yang dibeli hasil dari wang curi, laws bodoh apa ntah, membazir duit rakyat bela baruah ni sampai mampos, penjara seumur hidup sudahlah, 31x2 = 62 tahun baru keluar, logik lah, kena dia hidup sampai 90 tahun tak de kerja kerajaan nak kena jaga pulak, biarlah famili dia jaga,

Bab sebat tu sangat2 setuju, biar berbidai bontot dia, ambil harta anak yatim ni, balasan kat dunia ni pun dah berat apatah dekat sana nanti, tak malu ambil duit orang, nak kaya tapi malas serupa lembu, sepatutnya muka kau dengan satu famili kena penjara, sebab komplot serupa monyet dapat bunga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 03:54 PM | Show all posts
berjanggut bagai.... alih2 makan harta asnaf...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeee 2.4j ko kaut
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:05 PM | Show all posts
matchstick replied at 13-11-2019 03:48 PM
hukuman penjara utk semua pertuduhan jalan serentak, maka nya jadi 4 tahun jgk lah.. Sebat tu je l ...

4 tahun dan 1 sebatan je....sebab hukuman  dijalankan dengan serentak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cutieslilies replied at 13-11-2019 03:54 PM
berjanggut bagai.... alih2 makan harta asnaf...

Mungkin set batak yg kempunan bulu kt muka pastu comor Minox. Kelakar aku tgk batak berjambang.

Anyway, padan muka haram jadah ni. Check-in penjara sampai lah mampos kt dalam. Terbaik la hakim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.077987 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list