CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1820|Reply: 20

[Tempatan] Lagi kes pelajar tahfiz,kali ni tumbuk kawan pulak

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pelajar tahfiz tumbuk rakan ditahan
MyMetroMutakhir

Hanneyzah Bariah Baharin
am@hmetro.com.my

PELAJAR sebuah madrasah tahfiz di Kuala Terengganu ditahan polis petang semalam selepas dipercayai menumbuk seorang pelajar lain sehingga menyebabkan mata kiri mangsa cedera.

Kejadian menimpa mangsa berusia 20 tahun hanya diketahui selepas pelajar lelaki itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kelmarin, selepas mengalami pendarahan di mata.

Sumber berkata, mangsa dibawa ke hospital oleh seorang ustaz madrasah berkenaan sebelum dia ditahan di hospital untuk rawatan lanjut kerana kerosakan teruk pada mata.

Menurutnya, bapa mangsa berusia 50 tahun dari Kelantan yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudiannya segera ke HSNZ dan tiba kira-kira 8 pagi kelmarin untuk melihat keadaan anaknya.

“Pada mulanya remaja itu memaklumkan kepada bapanya kecederaan teruk dialami pada mata disebabkan terjatuh katil di asrama madrasah itu.

“Selepas ditanya berulang kali, mangsa kemudiannya mengaku dia ditumbuk di mata oleh seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun dalam pergaduhan di madrasah itu kira-kira 10 malam Sabtu lalu.

“Akibat kejadian itu, doktor memaklumkan kepada bapa mangsa mata anaknya rosak teruk dan dilaporkan mengalami kecacatan kekal,” katanya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati pelajar lelaki yang berasal dari Selangor menumbuk mangsa dalam pergaduhan itu kerana tidak berpuas hati dengannya.

“Siasatan juga mendapati mangsa dan rakannya itu mengalami masalah sejak lebih setahun lalu dan sering berlaku ejek mengejek antara mereka sebelum ini sehingga menjadi punca pergaduhan pada Sabtu lalu,” katanya.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai guru kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian terbabit.

Menurutnya, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 4:01 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 04:59 PM | Show all posts
kesiannya, cacat kekal
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Habislah si penumbuk, berapa das dia bagi gamaknya, ingat senang ka soket mata nak rosak, balai cerita lah jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblm i bash yg menumbuk tu, mulut mangsa ni ada mcm puki ayam atau elok2 jah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 20 dan 19??..dah besar nak gaduh apa lagi. ...

Aku suka bincang isu macam ni dengan anak2 aku.....baru sat td otw hantar anak aku umur 15 tahun pi main bola tampar kami terserempak van sekolah ...anak aku kata...ibu ...tu budak2 tahfiz. ..aku jawab baguslah budak2 tu mak ayah hantar untuk hafaz AlQuran. ..tapi mereka tu balik hari bukan stay asrama. ..aku kata lagi kalau duk asrama yang risau tu....

Anak aku jawab..."nak hantar asrama cth universiti tu tak.risau sangat sebab orang yang dah umur 18 tahun ke atas tentu pandai fikir buruk baik bab gaduh2 ni..jarang berlaku buli sangat kalau dah berakal" kata anak aku....

aku jawab balik kes upnm arwah farhan tu semua dah besar panjang tapi tak reti fikir. ..

anak aku tu umur  15 pun boleh fikir buruk baik membuli ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 13-11-2019 05:25 PM
Habislah si penumbuk, berapa das dia bagi gamaknya, ingat senang ka soket mata nak rosak, balai ceri ...

Ganti rugi la beb..berpeluh mak pak hang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 13-11-2019 05:37 PM
Umur 20 dan 19??..dah besar nak gaduh apa lagi. ...

Aku suka bincang isu macam ni dengan anak2 ak ...

Bebdk skang ni kan...pelbagai peringkst usia..mulut cabul...membuli..mengugut...memukul...
Rs zaman2 kita kalo msk uni jg hal memasing ja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:43 PM | Show all posts
sekolah tahfiz dah jd mcm pusat pengumpulan pelajar bermasalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dah besar panjang gaduh pasal cakap2 mulut,ejek mengejek sampai bertumbuk bagai. syetan dalam dada tu lagi kuat
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 13-11-2019 05:42 PM
Bebdk skang ni kan...pelbagai peringkst usia..mulut cabul...membuli..mengugut...memukul...
Rs zam ...

Masalah pemakanan dan faktor persekitaran ke apa. .hehe. ..satu lagi cara didikan mak ayah. ..anak2 yang ganas lahir dari mak pak yang ganas. ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:54 PM | Show all posts
ini dah kira ragging dah, bukan bully lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 13-11-2019 05:40 PM
Ganti rugi la beb..berpeluh mak pak hang...

Macam ada sorang budak sekolah yang bergasak sampai hilang pendengaran kekal, beratus ribu kena ganti, padan lah muka, tak pandai nak urus emosi, orang lain main ejek, takdan nak naik tangan, ni mesti nak tunjuk terror dengan kawan2 ja, biasalah budak asrama, berebut nak jadi taiko.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 13-11-2019 05:46 PM
Masalah pemakanan dan faktor persekitaran ke apa. .hehe. ..satu lagi cara didikan mak ayah. ..anak ...

Hakak ni siblings pompuan..school pun pompuan..n kepantangan mak i dgr perkataan bebukan..anak2 plak boys....mmg kejutan budaya plak i rs...anak iols penah gaduh n dia kena blasah jgk kot..but iols interrogate jgk ke akar umbi..mmg kuar ejekan dr mulutnya..tu hakak berbuih pesan..kerana mulut badan binasa..gini la...penah dia nak komen2 kt socmed..iols sempat tangkap..iols baca ayat dia..iols ckp..ayat cenggini kalo hang sebut depan2..bakalan kena debik ni...jenuh nak melentur bebdk skang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:17 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 13-11-2019 05:42 PM
Bebdk skang ni kan...pelbagai peringkst usia..mulut cabul...membuli..mengugut...memukul...
Rs zam ...

mulut cabul bila ramai2 je sis..poohkey mark..babi..kimK semua bak zikir je kat mulut dorg..acah2 cool la tu bila mencarut
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 13-11-2019 07:17 PM
mulut cabul bila ramai2 je sis..poohkey mark..babi..kimK semua bak zikir je kat mulut dorg..acah2  ...

Ada dekst umah iols..bila main ja memcm bhs ada..bapaknya ado buat tak dgr...blakang bapaknya jejiran teguq gak bahasa bdk ni...sakit telinga dgr...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:58 PM | Show all posts
klu nak anak selamat
jgn masukkan dalam sbrg sekolah asrama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah yg tak berpekdah. Sekolah Vernakular Cina takde kes segini kan. Even sekolah keling paria tu pun jauh lebih senonoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Terrorist in the making. Elok sumbat dia masuk penjara for good
Parents hantar anak masuk tahfiz supaya parents dapat tiket masuk syurga tapi anak buat perangai ahli neraka
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:15 PM | Show all posts
sekolah tahfiz laju je up thread..sekolah venakular syumul kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 13-11-2019 09:58 PM
klu nak anak selamat
jgn masukkan dalam sbrg sekolah asrama

Betul jangan sekali masukkan anak ke asrama, kecuali asrama kokesen kapir macam Eton ka, sebab berjaya menghasilkan PM dunia - Cameron, Abhisit, Boris johnson dll...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.288990 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list