CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1259|Reply: 15

[Tempatan] Prabakaran diminta letak jawatan beri laluan pada Tian Chua

[Copy link]
Post time 13-11-2019 05:16 PM | Show all posts |Read mode


Oleh Ilah Hafiz Aziz
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my





KUALA LUMPUR: Empat belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua bertanding semula di kawasan berkenaan.

Cadangan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu, yang membuat ketetapan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah, sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya.

Wakil Gabungan NGO Parlimen Batu, Mohd Helmie Mohamad Arof, berkata pada PRU-14, Tian Chua dan PKR memberikan perakuan dan sokongan kepada Prabakaran yang bertanding sebagai calon Bebas.

Katanya, hasil sokongan dan dokongan itu, serta bantuan jentera pilihan raya yang kuat, Prabakaran menang dengan majoriti besar.

“Dengan keputusan mahkamah ini, kami merasakan adalah wajar hak dan peluang diberi kepada Tian Chua untuk kembali mewakili pengundi di Parlimen Batu.

“Prabakaran seharusnya meletakkan jawatan dengan segera dan memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Parlimen Batu agar Tian Chua kembali berkhidmat apabila menang nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Helmie berkata, khidmat Tian Chua yang pernah menjadi Ahli Parlimen Batu selama dua penggal, amat diperlukan.
“Beliau menunjukkan rekod perkhidmatan cemerlang walaupun ketika menjadi Ahli Parlimen pembangkang yang serba-serbi kekurangan,” katanya.

Empat belas NGO mengusulkan cadangan berkenaan ialah Pertubuhan Sinar Muafakat, Pertubuhan Tunas Muafakat, Persatuan Bomba Sukarela Cawangan Batu, Pergerakan Pemuda Malaysia Cawangan Batu, Persatuan Permuafakatan Kebajikan Batu dan Persatuan Penganut Tokong Kim Yin.

Persatuan Penduduk Taman Sentul Jaya, Persatuan Orang Kurang Upaya Sentul, Persatuan Penduduk PPR Taman Beringin, Kelab Belia Sri Perak, Persatuan Anak Melayu Sentul, Kelab Ukhwah Insaniah Sentul, Persatuan Belia Melayu Bersatu dan Kelab Ukhwah Insaniah Sentul.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2019 05:17 PM | Show all posts
Apa punya perangai la parti semburit nih......suka2 dia ja suruh letak jawatan nak bg laluan kt org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 13-11-2019 05:17 PM
Apa punya perangai la parti semburit nih......suka2 dia ja suruh letak jawatan nak bg laluan kt org  ...

Ye la, nak tunggu next pru mcm takde harapan bleh menang. At least sekarang bleh la merasa jadi menteri
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaum ni baik sangat dalam persefahaman politik agaknya. Seorang rela berkorban, kini seorang diminta berkorban. Ada udang dibalik batu dalam pengorbanan itu atau seikhlas hati?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:53 PM | Show all posts
sekali prk kalah pulak..
padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:56 PM | Show all posts
PRK lagi

sure laluan ECRL pusing arah Batu pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 06:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:22 PM | Show all posts
R2D2 replied at 13-11-2019 05:56 PM
PRK lagi

sure laluan ECRL pusing arah Batu pulak

muahahahahhahahahahhahahhaha.........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tak merasalah prabakaran pencen yb sbb x cukup sepenggal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 06:34 PM | Show all posts
kalau prabakharan x nak resign , siapa yg depa nk korbankan....? hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:49 PM | Show all posts
pulakkkk xyakin ke keling sekor ni boleh dimakan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok laa bg Tian Chua...ada tokoh sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening Nye pale meols nak faham Kan pemikiran engkorang ni....canggih sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tian chua tu lucut hak bertandang awal2?
Mcm2 la. PRK banyak sgt kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kata prabakaran ni walaupun calon bebas, tapi solid ke PH. Kalau soh letak jawatan sbgai MP, harap ada undang2 dan tindakan denda sekurang2 RM2juta kerana mempermainkan sistem democrazy,khianat kpd pengundi.

Sudah2 la tu nak buat another PRK. Guna duit juta2 gak tu. Dulu sembang negara membazir, nak bengkrap, takdak duit.. wutoh la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 13-11-2019 11:02 PM
Dulu kata prabakaran ni walaupun calon bebas, tapi solid ke PH. Kalau soh letak jawatan sbgai MP, ha ...

Btl, igt free ke prk ni.
Ko%g jafikan je prabakaran tu proxy x boleh ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.428771 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list