CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 2

[Tempatan] PH cadang sektor swasta pun ada cuti paterniti 7 hari

[Copy link]
Post time 13-11-2019 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Cadangan cuti paterniti 7 hari swasta dibawa ke Kabinet


KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia bercadang membentangkan permohonan bagi cuti paterniti tujuh hari bagi suami untuk sektor swasta kepada Kabinet menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, M Kulasegaran berkata, perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk majikan di seluruh negara sudah diadakan.

“Sepanjang 62 tahun lalu, cuti paterniti tidak diberi perhatian dan ini adalah langkah awal ke arah perubahan lebih baik.

“Kita memahami sentimen Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam isu ini dan perlu melakukan perubahan minda walaupun bukan mudah bagi kementerian mendapatkan persetujuan pemegang taruh berkaitan berhubung cadangan ini.

“Ini adalah hala tuju betul, ia patut dibentangkan dan mendapat kelulusan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menerima petisyen daripada WAO di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, WAO menyerahkan petisyen dengan hampir 40,000 tandatangan kepada Kementerian Sumber Manusia, meminta cuti bersalin tujuh hari bagi suami ditetapkan bagi sektor swasta.

Hadir sama Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Kulasegaran berkata, kementerian berharap ia menjadi peraturan wajib dipatuhi sektor swasta jika diluluskan sebagai undang-undang.

Oleh kerana cadangan cuti paterniti tiga hari bagi suami di sektor swasta belum diluluskan sebagai Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, Kulasegaran berpandangan syor tujuh hari yang mahu dibentangkan kepada Kabinet akan mengambil masa lebih lama untuk dipertimbangkan.

Sementara itu, Yeoh berkata, kementerian menyokong penuh cadangan itu dan berharap Kementerian Sumber Manusia mempercepatkan pembentangannya kepada Kabinet.

Pengarah Eksekutif WAO, Sumitra Visvanathan, berkata petisyen itu bertujuan menggesa kerajaan meneliti cadangan diketengahkan secara serius dan berharap dapat dilaksanakan segera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok sangat la tu

Pikir lah yg menjana peluang pekerjaan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni aku setuju..
Kompeni lama aku cam celaka. Terpaksa amik EL sebab bini nak terberanak before due date. ada je kot paternity leave 3 hari.. tiba2 dlm yearly
KPI demerit 10 points..
Pelaq..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.399377 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list