CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1355|Reply: 13

[Tempatan] Baru bebas dari 18 bulan penjara mahkamah tambah lagi 10 tahun

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 13-11-2019 06:32 PM

Sumbat cili ke mulut budak, Mahkamah Rayuan tambah penjara 10 tahun

Seorang pengasuh, yang baru selesai menjalani hukuman penjara Jun lepas, atas kesalahan menyumbat cili hijau ke dalam mulut seorang kanak-kanak sehingga mati tercekik, dihantar semula ke penjara selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya, menambah hukuman penjaranya kepada 10 tahun lagi.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim berpendapat bahawa hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi ke atas responden, Asmarani Ghazali sebelum ini adalah tidak mencukupi.

Dalam membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk meningkatkan hukuman penjara, Hakim Yaacob berkata hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini terkhilaf dalam membuat keputusan apabila menimbang kepentingan responden melebihi kepentingan awam.

Panel yang juga terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan P Ravinthran mengarahkan Asmarani menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap pada 21 Jun 2018.

Asmarani, 40, telah dibebaskan dari penjara pada 21 Jun lalu, selepas dia selesai menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas Asmarani.

Beliau menyifatkan tindakan wanita itu yang meletakkan cili hijau ke dalam mulut Muhammad Afif Kamarol Azli yang berusia dua tahun setengah, ketika berada di bawah jagaannya, hanya kerana mangsa merengek, adalah tindakan keterlaluan.

"Kanak-kanak hanya mahukan perhatian kerana dia tidak sihat pada pagi itu," kata Mohd Zain.

Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu adalah kerana tercekik.

Asmarani, yang merupakan ibu kepada tiga anak pada mulanya didakwa atas pertuduhan membunuh namun dia kemudian ditawarkan pertuduhan alternatif di bawah Akta Kanak-kanak 2001 kerana menganiaya kanak-kanak dan dia mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Tuanku Ja'afar, Seremban, dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri antara 9.30 pagi dan 10 pagi pada 13 Jun tahun lepas.

Mengikut fakta kes, kanak-kanak itu tidak berhenti merengek walaupun telah dipujuk oleh Asmarani yang kemudian meminta mangsa membuang lampin pakai buangnya ke dalam tong sampah di dapur. Mangsa melempar lampin itu tetapi dia tidak berhenti merengek kerana dia tidak sihat.

Asmarani kemudian mengeluarkan cili hijau dari peti sejuk, mematahkannya menjadi separuh dan memasukkannya ke dalam mulut kanak-kanak itu untuk membuatnya berhenti merengek.

Selepas melihat kanak-kanak itu sukar bernafas, Asmarani yang ditemani suami dan seorang daripada anaknya, bergegas membawa mangsa ke dua klinik tetapi mereka dinasihat untuk membawa mangsa ke hospital.

Terdahulu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili Asmarani berhujah hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi adalah bersesuaian, sambil menambah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan semua aspek termasuk kenyataan daripada ibu kanak-kanak itu.

Hanif kemudian memberitahu wartawan bahawa dia menerima arahan daripada anak guamnya itu untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hari ini.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap semua forumer bpuashati dgn hukuman tambahan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Y kes nih dlu lh aku xpuas ati kena jel 18 bln je pdhal budak tu mati sbb dia...akhirnya kena tmbah 10thn...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Puas hati aku!! Mcm kesian sb dia ada 3 ank tp lepas baca balik kronologi kejadian tu aku rasa selayaknya!!!!! Mujur la xkene gantung smpai mati!! Ko boleh buat benda lain , dukung bdk tu ke, bg coklat ke, biskut ke, tp sialan ni boleh bg cili padi!!! Smpai mati budak tu!!!

Eh tiba2 i rasa elok hukum gantung je!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok seumur hidup je. Bangang sangat pergi sumbat ci hijau dalam mulut budak.

Hukuman yg layak....biar kau mati tercekik cili jua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bagi dia minum air cili, biar sakit perut sampai buasir berdarah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhh sialnyaaa betina ni....ngape tak hukum mati yer....hakak sanggup jadik tukang gantung....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya. Cash donia.

Mudahan2 perogol peliwat pedobabi suma pun dapat cash donia sebegini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambil2 mencarut memaki hamun tu mari kita berdoa Tuhan jauhkan kita daripada sikap melulu dan ketakwarasan seperti wanita tersebut. .
Khuatir bila disini kita hilang sabar sampai menyumpah seranah, satu masa nanti ia terzahir pula pada tindakan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ade pic pompuan ni x?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon bila anak2 tak sihat, parents jgn htr ke nursery....diorg ni bila x sihat nk kan perhatian...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih Aku mngenang nasib ank tu...tingat kt ank weiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-11-2019 07:49 AM
Mohon bila anak2 tak sihat, parents jgn htr ke nursery....diorg ni bila x sihat nk kan perhatian...

Beto tu...cuti lh keje mmg x kn abis, ank2 y penting lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:59 AM | Show all posts
Tambah hukuman sumbat ghost pepper dalam lubang pepet dia skali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066984 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list