View: 1483|Reply: 8
|
[Tempatan]
Penyiar utama siaran ulangan, ASTRO lancar Astro Ultra Box, 4K UHD. Lagi sharp 4
[Copy link]
|
|
Astro lancarkan Astro Ultra Box, tawar pengalaman 4K UHD
November 13, 2019 19:55 MYT
PETALING JAYA: Berita baik buat semua pelanggan Astro kerana Astro Ultra Box baharu yang memberikan pengalaman Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD), iaitu empat kali ganda lebih baik berbanding Definisi Tinggi (HD), kini dilancarkan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, pelanggan Astro adalah antara yang pertama di Malaysia untuk menikmati perlawanan besar Liga Perdana, EUFA Euro 2020, La Liga, Formula 1 serta beberapa filem terpilih pada definisi 4K UHD.
“Paling utama anda boleh menonton kandungannya di 4K UHD. Ia pasti mengujakan peminat sukan dan tahun depan merupakan tahun sukan di mana ada Euro 2020. Kita akan lihat banyak cerita mengenainya dan ia boleh ditonton pada kualiti 4K UHD dengan paparan lebih jelas dan menarik,” kata Henry ketika melancarkan Astro Ultra Box di Blue Atrium, Sunway Pyramid, pada Rabu.
Pengalaman tontonan 4K UHD jika dibandingkan dengan HD adalah lebih baik kerana piksel tinggi (8,294,400 piksel) dan resolusi 3840 x 2160 memberi paparan lebih jitu dan teliti pada skrin berbanding resolusi 1920 x 1080 pada skrin HD.
Untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan televisyen 4K yang bersesuaian.
Astro Ultra Box turut menawarkan pelbagai fungsi menarik bagi kemudahan pelanggan menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa mengikut permintaan, termasuk fungsi Cloud Recording atau Rakaman Awan, Play From Start, lebih 50,000 saluran video on demand, serta keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak di beberapa alat berbeza.
Fungsi-fungsi itu boleh dinikmati jika Ultra Box disambungkan dengan Internet.
Menurut Henry lagi, Astro berada di landasan yang betul untuk terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan serta pengalaman yang terbaik buat pelanggannya menerusi kandungan, kemudahan OTT dan pengalaman menonton di rumah.
Naik taraf percuma diberikan kepada pelanggan yang melanggan pakej bulanan Astro pada harga RM100 ke atas, manakala pelanggan dengan harga pakej langganan bulanan RM100 ke bawah perlu membayar RM199 bagi kos pemasangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk tv 4K ni rasa tak puas.. tak syok.. tengok movie pun dah macam tgk Opera Sabun (Soap Opera).. ntahlah.. nak habaq tak tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
gambat terlebih HD kan, rasa cam tengok filem bajet murah
|
|
|
|
|
|
|
|
dekmieDandy replied at 14-11-2019 10:29 AM
gambat terlebih HD kan, rasa cam tengok filem bajet murah
ikut jenis tv.. kaler tu la tak natural
tp ade je org suka gitu mcm phone samsung haha |
|
|
|
|
|
|
|
especially tengok cerita heavy cgi, terus nampak cgi tu macam murah
|
|
|
|
|
|
|
|
ke dia bergantung pada movie / gambar tu gak eh?
sebab kadang-kadang memang ada tgk movie cam gambar terlebih filter ke camna ntah nak explain.
tapi ada certain2 movie tengok, ok pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Best ni, kekadang tengok muka actress flawless jer. Tp bila 4k ni baru ler nampak muka tu berjerawat. |
|
|
|
|
|
|
|
saya yg ada tv sony bravia ni pun rasa dah tak syok tengok filem sbb rasa mcm tengok benda depan mata, dah takde rasa tengok filem...terlalu jelas... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada alasan nak beli TV 60" 4K. |
|
|
|
|
|
|
| |
|