CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1008|Reply: 12

[Tempatan] Amah Indon CASH dipenjara 10 tahun kerana sumbat cili ke dalam mulut kanak-kanak

[Copy link]
Post time 14-11-2019 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya, 13 Nov – Baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara sejak Jun lepas atas tuduhan menyumbat cili hijau ke dalam mulut seorang kanak-kanak sehingga maut, seorang pengasuh dipenjara semula apabila Mahkamah Rayuan menambah hukuman penjara selama 10 tahun lagi terhadapnya.

Menurut Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim berkata, hukuman penjara 18 bulan sebelum ini ke atas responden Asmarani Ghazali adalah tidak mencukupi.

Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini terkhilaf dalam melakukan keputusan apabila meletakkan kepentingan responden melebihi kepentingan awam, kata Hakim Yaacob dalam membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara.

Panel hakim yang turut terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan P. Ravinthran itu mengarahkan Asmarani menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 21 Jun 2018.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim meminta mahkamah agar memberi hukuman berat ke atas Asmarani, 40 yang telah dibebaskan pada 21 Jun lalu setelah selesai menjalani hukuman penjara 18 bulan.

“Kanak-kanak hanya mahukan perhatian kerana dia tidak sihat pada pagi itu,” kata Mohd Zain yang menganggap tindakan wanita itu meletakkan cili ke dalam mulut Muhammad Afif Kamarol Azli, 2 tahun setengah hanya kerana mangsa merengek sebagai keterlaluan.
Laporan bedah siasat mendapati punca kematian Afif adalah kerana tercekik.

Asmarani yang merupakan ibu kepada tiga anak yang pada awalnya didakwa atas tuduhan membunuh mengaku bersalah menganiaya kanak-kanak apabila ditawarkan pertuduhan alternatif bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam kejadian pada 13 Jun lepas (2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri) di sebuah rumah di Taman Tuanku Ja’afar, Seremban, mangsa tidak berhenti merengek walaupun telah dipujuk Asmarani yang kemudian meminta mangsa membuang lampin pakai buangnya ke dalam tong sampah di dapur.

Mangsa telah melempar lampin berkenaan namun terus menangis kerana dia tidak sihat.

Asmarani kemudian mengambil dan mematahkan cili hijau dari peti sejuk menjadi separuh sebelum memasukkannya ke dalam mulut mangsa bagi menghentikan rengekannya.
Apabila mangsa mengalami kesukaran bernafas, Asmarani dan suami serta seorang daripada anaknya terus membawa mangsa ke dua klinik tetapi mereka dinasihatkan untuk menghantar mangsa ke hospital.

Sebelum ini, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh berkata, hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi adalah sesuai di samping menambah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan semua aspek termasuk kenyataan daripada ibu mangsa.

Menurut Bernama, Hanif telah menerima arahan anak guamnya (Asmarani) untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berikutan keputusan hari ini.

Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana tulis amah indon..?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham ...amah yg mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg ringan sgt hukuman sblm ni..syukur dpt review balik..anak org ..bkn anak patung..kalau x nak jaga tepon la parents suh amik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:26 AM | Show all posts
membayangkan pon dah tak sanggup. ambik cili patah dua? orang dewasa pon yang jenis tak tahan pedas tak tahan oi. ini pulak budak kecik. jahatnya ko ni mmg takde hati perut. kenapa penjara 10 tahun saje sedangkan nyawa budak tu dah melayang tak pasal2? patutnya org mcm ni gantung sampai mati je eh geram aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:29 AM | Show all posts
aku semalam baca,,, jadi murung tekenang anak aku umur 2 tahun gak... malam tadi ido peluk dai kuat2... sampai hati sumbat cili ke mulut budak.. budak tuh x sihat kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 09:31 AM | Show all posts
Pengasuh?? Dekat mana ni, rumah majikan, taska??
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:05 AM | Show all posts
amboi kalau iya pun nak gertak bdk tu calit2 skt sudahlah
yg ko bagi separuh tu dah kenapa..kalau tak bole jaga anak
org jangan jaga..menganiaya sehingga menyebabkan kematian
ko ingat senang2 mak org tu beranak ke..sepatutnya biar lama
skt ddk dlm tu..tak serik ko buat lg kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 10:10 AM | Show all posts
ni kes tahun lepas tapi ramai xpuas hati ngan keputusan judge tu sebab ini judge cm bias lebihkan ke kebajikan acik kepam namati ni berbanding kepentingan masyarakat..aku harap HC judge tu turun pangkat takpun kena tendang gi mana2 jabatan lain bukan dduk kat bench lagi sebab be biased cmtu..

https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=42961
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:11 AM | Show all posts
aku paham maksud momod ni, acik kepam tu muka selayaknya cm amah yindon kot..huhuhuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:12 AM | Show all posts
dah miskin kat negara sendiri
datang negara orang buat perangai hanat

kojaq sangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat jahat janganlah sesekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:54 AM | Show all posts
chicozinn replied at 14-11-2019 10:10 AM
ni kes tahun lepas tapi ramai xpuas hati ngan keputusan judge tu sebab ini judge cm bias lebihkan ke ...

Hakim y jatuh hukum tu pompuan kn...bodoh btingkat kalu kna kt ank dia org wat camni agaknye hukuman pnjara 2hari kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.070313 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list