CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1826|Reply: 15

[Tempatan] Kisah cikgu ke sekolah guna 100km jalan balak

[Copy link]
Post time 14-11-2019 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-11-2019 01:37 AM

Kisah cikgu ke sekolah guna 100km jalan balak

https://www.malaysiakini.com/news/499733

Diterbitkan Hari ini 8:10 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 9:25 pagi



Di depannya jalan balak bertanah merah sejauh 102km. Di sekelilingnya hutan tebal dengan haiwan liar termasuk ular dan babi hutan.

Dengan sebuah motosikal kapcai, Cikgu Zahir terpaksa mengharungi k semua itu secara keseorangan untuk ke Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau, Lubok Antu, Sarawak.

Honda Wave 110s yang ditungganginya itu ternyata banyak membantunya selama lima tahun berulang-alik dari Sri Aman, beberapa kali seminggu.

Dari rumah ke Nanga Entalau, terdapat tiga laluan - satu laluan sungai (90km) dan dua lagi jalan balak yang masing-masing sejauh 102km dan 96km.



Cikgu Zahir atau nama penuhnya Muhammad Zahiruddin Kusini memilih laluan paling jauh kerana laluan 96km telah putus dan tidak dibaiki.

“Jalan putus, menunggang sewaktu malam, pernah sesat di dalam hutan dan diselamatkan dan tiba di rumah sewa pada pukul 1 pagi antara peristiwa yang saya tempuhi,” kata Cikgu Zahir melalui perkongsian di Facebook Cikgu Emmet.

Laluan ke sekolah menggunakan perahu

Beliau satu-satu guru dari semenanjung yang mengajar di SK Nanga Entalau.

Anak kelahiran Kuala Selangor itu telah berkhidmat sebagai guru selama enam tahun. Bapa seorang anak itu merupakan graduan IPG Kampus Pendidikan Teknik di Nilai, Negeri Sembilan.

SK Ng Entalau merupakan sekolah pertamanya.


Tergolek di jalanan perkara biasa ketika jalan basah

Ketika dihubungi Malaysiakini, Cikgu Zahir berkata antara pengalaman sukarnya ialah ketika berdepan darurat jerebu yang melanda Sarawak baru-baru ini.

Ketika itu, bukan sahaja jauh, dia terpaksa berulang-alik dalam keadaan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 400.
“Oleh kerana perjalanan ke sekolah perlu melalui lereng-lereng bukit yang tinggi.

“Ia sudah tentu berisiko dengan debu tebal kerana tidak hujan ditambah pula dengan jerebu di udara,” kata guru 29 tahun itu.

Sementara itu, Cikgu Zahir berkata, di balik segala liku yang dihadapi, beliau gembira dengan penerimaan masyarakat Iban di kawasan tersebut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia tak duduk je kat sekolah?...

Klu aku...baik tinggal je kat sekolah...bawak anak bini sekali...tu org iban blh duduk, kenapa dia tak blh pulak....mintak je gurubesar tambah satu bilik utk dia tinggal.....

Klu wife kerja, dia je lah tinggal kat sekolah...pjj gitu ...dari nk berulang alik hari hari 100km....mcm tak cerdik je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Salute
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergorbanan seorg guru.. Aku rasa better dia tukar motor yg sesuai utk jln lasak
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:01 AM | Show all posts
sarah82 replied at 14-11-2019 09:56 AM
Pergorbanan seorg guru.. Aku rasa better dia tukar motor yg sesuai utk jln lasak

Ini antara sebab PM sekarang beria-ria nak bangunkan kereta terbang. Senang cikgu2 ni nak pergi kerja.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 14-11-2019 10:01 AM
Ini antara sebab PM sekarang beria-ria nak bangunkan kereta terbang. Senang cikgu2 ni nak pergi ke ...

menteri tu nak buat sebab nak masuk dlm poket dia sama... Choiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 10:11 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 14-11-2019 09:46 AM
Kenapa dia tak duduk je kat sekolah?...

Klu aku...baik tinggal je kat sekolah...bawak anak bini s ...

Kalau baca kat atas tu rasanya dia tak berulang alik ke sekolah...cuma beberapa hari je seminggu...mungkin bila ada keperluan untuk pergi ke pekan beli barang keperluan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga segala urusan cikgu dapat dipermudahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 10:58 AM | Show all posts
orang sabah sarawak tak ramai jadi cikgu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:09 PM | Show all posts
Tak ramai yang seusia dengannya sanggup berbuat sebegitu syabas buat beliau
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:34 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-11-2019 10:58 AM
orang sabah sarawak tak ramai jadi cikgu ke?

polisi integrasi nasional katernyer....cikgu semenanjung posting kt Sabah Sarawak manakala  cikgu Sabah Sarawak posting kat Semenanjung...

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesusahan cikgu dan rakyat serawak adalah sebab pemimpin... Janji munafik. Si tua mahmud tu kaya raya nanti terbakar dlm neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:54 PM | Show all posts
cupu replied at 14-11-2019 04:35 AM
Kesusahan cikgu dan rakyat serawak adalah sebab pemimpin... Janji munafik. Si tua mahmud tu kaya ray ...

kalau sekolah tu muridnya kurang dari 100 orang tak kan lah si tua taib mahmud gigih nak buat jalan ke sekolah
lagi2 laluan balak, hari ni ko buat esok dah rosak menguntungkan syarikat balak sahaja
dah elok la tu sekolah ada di pedalaman tu, kalau di katup si pondan mazlee dgn alasan kurang pelajar lagi teruk


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:22 PM | Show all posts
6 tahun mengajar... mengapa nak guna kapcai jugak?
Beli motor lasak dan seumpamanya yg sesuai dgn keadaan jalan.
Tak pun guna ATV..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 14-11-2019 04:22 PM
6 tahun mengajar... mengapa nak guna kapcai jugak?
Beli motor lasak dan seumpamanya yg sesuai dgn k ...

Motor y daki bukit tu nama scrambler kn...motor tu lasak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jambu gak cikgu nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.468283 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list