CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 1

[Tempatan] Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok dalam masa 5 tahun

[Copy link]
Post time 14-11-2019 09:40 AM | Show all posts |Read mode
K'jaan sasar tanam 100 juta pokok dalam masa 5 tahun

https://www.malaysiakini.com/news/499728

News  |  Diterbitkan Hari ini 12:06 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 12:06 pagi



PARLIMEN | Kerajaan menyasarkan untuk menanam 100 juta pokok untuk tempoh lima tahun akan datang dalam usaha memulihara dan menghijaukan kembali kawasan hutan yang telah diteroka.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar berkata kesemua pokok ditanam itu memerlukan pengawalseliaan rapi dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM48,000 bagi setiap hektar, sepanjang tempoh tiga tahun penjagaan.

“Tanam semula pokok di hutan ini bukan senang kerana untuk jaga ia memerlukan tempoh tiga tahun. Kita kena tanam dan pastikan tingginya tiga hingga ke empat meter sebelum biarkan ia jadi pokok besar.

“Tetapi sebelum itu, kita kena kawal dan kena (letak) baja…peruntukan kerajaan untuk Rancangan Malaysia ke-11 adalah RM150 juta yang mana kita telah tanam beberapa ribu hektar dan separuh daripada peruntukan untuk kawal selia tanaman,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Xavier, kerjasama pelbagai pihak seperti syarikat korporat dan swasta turut diperlukan bagi menjayakan usaha murni itu.

Sementara itu, menyentuh tentang keluasan tadahan air negara, beliau berkata sehingga 31 Dis tahun lepas, seluas 9,823 hektar kawasan dalam hutan simpanan kekal telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air.

“Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memantau status pewartaan kawasan hutan tadahan air dalam hutan simpanan kekal dan melaporkan status berkenaan dalam Mesyuarat Tanah Negara,” katanya.

-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembalak sasar tebang 100juta pokok dlm ms setahun je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.540294 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list