CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1241|Reply: 12

[Tempatan] Sumbat cili ke mulut budak, Mahkamah Rayuan tambah penjara 10 tahun

[Copy link]
Post time 14-11-2019 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Sumbat cili ke mulut budak, Mahkamah Rayuan tambah penjara 10 tahun

https://www.malaysiakini.com/news/499689

News  |  Diterbitkan 13 Nov 2019, 6:18 petang  |  Dikemaskini 13 Nov 2019, 6:18 petang



Seorang pengasuh, yang baru selesai menjalani hukuman penjara Jun lepas, atas kesalahan menyumbat cili hijau ke dalam mulut seorang kanak-kanak sehingga mati tercekik, dihantar semula ke penjara selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya, menambah hukuman penjaranya kepada 10 tahun lagi.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim berpendapat bahawa hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi ke atas responden, Asmarani Ghazali sebelum ini adalah tidak mencukupi.

Dalam membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk meningkatkan hukuman penjara, Hakim Yaacob berkata hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini terkhilaf dalam membuat keputusan apabila menimbang kepentingan responden melebihi kepentingan awam.

Panel yang juga terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan P Ravinthran mengarahkan Asmarani menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap pada 21 Jun 2018.

Asmarani, 40, telah dibebaskan dari penjara pada 21 Jun lalu, selepas dia selesai menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas Asmarani.

Beliau menyifatkan tindakan wanita itu yang meletakkan cili hijau ke dalam mulut Muhammad Afif Kamarol Azli yang berusia dua tahun setengah, ketika berada di bawah jagaannya, hanya kerana mangsa merengek, adalah tindakan keterlaluan.

"Kanak-kanak hanya mahukan perhatian kerana dia tidak sihat pada pagi itu," kata Mohd Zain.

Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu adalah kerana tercekik.

Asmarani, yang merupakan ibu kepada tiga anak pada mulanya didakwa atas pertuduhan membunuh namun dia kemudian ditawarkan pertuduhan alternatif di bawah Akta Kanak-kanak 2001 kerana menganiaya kanak-kanak dan dia mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Tuanku Ja'afar, Seremban, dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri antara 9.30 pagi dan 10 pagi pada 13 Jun tahun lepas.

Mengikut fakta kes, kanak-kanak itu tidak berhenti merengek walaupun telah dipujuk oleh Asmarani yang kemudian meminta mangsa membuang lampin pakai buangnya ke dalam tong sampah di dapur. Mangsa melempar lampin itu tetapi dia tidak berhenti merengek kerana dia tidak sihat.
Asmarani kemudian mengeluarkan cili hijau dari peti sejuk, mematahkannya menjadi separuh dan memasukkannya ke dalam mulut kanak-kanak itu untuk membuatnya berhenti merengek.

Selepas melihat kanak-kanak itu sukar bernafas, Asmarani yang ditemani suami dan seorang daripada anaknya, bergegas membawa mangsa ke dua klinik tetapi mereka dinasihat untuk membawa mangsa ke hospital.

Terdahulu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili Asmarani berhujah hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi adalah bersesuaian, sambil menambah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan semua aspek termasuk kenyataan daripada ibu kanak-kanak itu.

Hanif kemudian memberitahu wartawan bahawa dia menerima arahan daripada anak guamnya itu untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hari ini.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 10:59 AM | Show all posts
10 tahun tu pun tak kan dapat kembalikan budak tu ke parents dia lagi

jadi seeloknya biar mereput jadi bangkai dalam penjara
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada tiga orang anak pun tak faham perangai anak2. Mungkin anak2 dia sangat sihat dan sangat baik, tak pernah merengek tapi apalah yang budak umur 18 bulan tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:00 PM | Show all posts
Padan muka ko. Mereput la lagi 10 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:39 PM | Show all posts
padan muka sesuke hati kau je sumbat cili dlm mulut anak org
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah apa2 perangai..kalau letak cili tu makin elok ke bdk tu?
Bagus lah tmbh 10thn lg..bdk xsihat mmg la merengek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 01:14 PM | Show all posts
cuba letak cili kat mulut dia time sakit, sihat ke dia?
sampai mati budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hukuman dera budak sampai mati setakat 18 bulan jer bersepah jer lepas ni org bunuh budak! Hukuman celah bedah jer!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
apa nii..bunuh anak org 10thn jail..x boleh nak relate..x adil sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca dulu dalam salah satu bacaan ringan wkt bosan... .  org putih pun ada denda anak mereka dgn letak satu sudu sos cili dlm mulut kalo anak nakal...tp itu dah dikira sbg dera dah bagi mereka...siap kena tangkap....anddddd..... Pernah gak baca tentang nobel seksss bdsm...salah satu denda ringan dom utk sub yg degil adalah meletakkan sos cili pedas dalam mulut  

Aiyooo byk bacaan pun x elok maaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
parents mangsa tu pon..dah tahu anak demam minta la cuti...bkn senang nk dptkan sorang anak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:00 PM | Show all posts
mawar_pink replied at 14-11-2019 03:23 PM
parents mangsa tu pon..dah tahu anak demam minta la cuti...bkn senang nk dptkan sorang anak...

Maybe dah beberapa hari demam, maybe sebab tu juga hukuman yg mula2 tu jd ringan.  Pengasuh salah sb hilang sabar sampai mendera, makbapak budak tu pun tak patut serah anak yg sedang demam/sakit kpd pengasuh. Tak sedih ke time nak raya anak meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:26 PM | Show all posts
aduhaiiiii..down rasa bila i baca berita lately pasal anak2 syurga ni..semoga Allah merahmati mereka..amin...dari kisah anak 7 tahun di tahfiz, si parent singapore..ni pulak sumbat cili???..berturut-turut kisah tragis ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.366827 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list