CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1233|Reply: 4

[Tempatan] Suami isteri maut pikap jatuh gaung

[Copy link]
Post time 14-11-2019 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-11-2019 03:16 AM

Suami isteri maut pikap jatuh gaung

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/517058/suami-isteri-maut-pikap-jatuh-gaung

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 10:36 AM


Keadaan pikap yang terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung semalam.  FOTO Ihsan JBPM.

SUAMI isteri maut selepas pikap yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter di Kilometer 1, Jalam Jiwa Murni, Nanga Mujong, Kapit semalam.

Mangsa Guntur Dampa, 43, dan isteri Lucy Bekeh, 38, yang tercampak keluar dari kenderaan mereka disahkan maut di lokasi.

Dua anak lelaki pasangan itu yang berusia 8 dan 16 tahun ditemui selamat di dalam kenderaan itu, tanpa kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4 petang.

Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bertindak menuruni gaung untuk mencari mangsa.

“Mangsa lelaki ditemui kira-kira 10 meter dari kenderaan manakala isterinya ditemui dalam jarak satu meter.

“Anggota kami kemudiannya membawa dua mangsa naik ke jalan raya menggunakan pengusung dengan kaedah sistem takal dan tali,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bomba mengangkat mayat suami isteri yang maut. FOTO Ihsan JBPM

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Kapit yang turut berada di lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai seatbelt la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 14-11-2019 11:15 AM
Tak pakai seatbelt la ni..

Yatim piatu terus anak2. Semoga kau keluarga mereka dapat menjaga anak2 itu dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:36 PM | Show all posts
isk..kesian anak2 trus jadi yatim piatu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai! Kesiannya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.369076 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list