CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 14

[Tempatan] Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020

[Copy link]
Post time 14-11-2019 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020 - Dr Dzulkefly
November 14, 2019 12:55 MYT

KUALA LUMPUR: Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Januari 2020.

Menteri Kasihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan.

“Sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan.

“Dari jumlah tersebut, sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan.

“Sejumlah 23,805 aduan pula telah diterima semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) di waktu pertanyaan menteri, di Parlimen, pada Khamis.

Mulai 1 Januari depan, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Kegagalan mematuhi larangan terbabit menyebabkan perokok didakwa di mahkamah, yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Semetara itu ketika mengulas isu vape, Dr Dzulkefly menjelaskan, kementeriannya telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Kementerian Pendidikan bagi membincangkan strategi dan langkah-langkah untuk memastikan masalah penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah dapat dibendung.



Tegasnya, di antara langkah yang telah dijalankan oleh kementeriannya ialah aktiviti penguatkuasaan terhadap penjualan rokok elektronik yang mengandungi cecair nikotin dan penggunaan rokok elektronik di kalangan mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.

Di bawah peruntukan Akta Racun 1952, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM telah menjalankan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara pada 20 Ogos dan 31 Oktober 2019.

Penguatkuasaan ini menumpukan kedai-kedai penjualan rokok elektronik atau vape berhampiran sekolah serta yang menjadi akses kepada pelajar seperti di kedai-kedai runcit, kedai gajet  dan kedai peralatan rokok elektronik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 01:42 PM | Show all posts
Lepas nie jangan merokok kt public tapi kita mabuk jer sbb mabuk tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:43 PM | Show all posts
byknya 10k
lepas ni cepatla kerajaan bole cover hutang negara
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:41 PM | Show all posts
Merokok saje kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:05 PM | Show all posts
Denda dah dinaikan pun tak memberi makna kalau peguatkuasaan lemah dan bermusim
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:20 PM | Show all posts
Denda berapa byk pun selamba ja dorang merokok dlm kedai makan. Tiap kali ke kedai makan mesti ada yg merokok kat dalam tu, siap hembus2 asap rokok kat tepi org yg sedang makan tanpa rs bersalah. Dan sekali pun tak pernah nampak penguatkuasa datang ronda kat kedai makan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 04:21 PM | Show all posts
vape pon kena ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:25 PM | Show all posts
Undang2 hangat2 taik ayam je ni...tgk ler mula2 je buat pastu alasan xde kakitangan....hakkkktuuuiiikkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wutoh la..dah semua tmpt tak leh merokok, baik haramkn jualan at what ever reason..
dulu di airport ada je smoking area, dah dibuang. Kaki lima premis airport dan shopping complex, bersepah tanda no smoking sekarang.
dengan berkuatkuasanya larangan ni, perlu dah kiranya sediakan kawasan smoking area..daripada perokok curi2 merokok dlm toilet.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala... saman je kat semua tempat hatta di laman rumah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Merokok 10k.... Arak? Izin
Entah ape2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:42 PM | Show all posts
Boleh habaq ja la.....penguatkuasaan mcm mana...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Wutoh la 10k.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Forfoxache at 15-11-2019 12:21 AM

Aku selamba dog isap underneath sign dilarang merokok. Saja kasi panas

Vape apa citer? Boleh ker? Bau flavour ngan mulut busuk gigi berlobang govt kasi lak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:28 AM | Show all posts
Sediakan smoking area la hanatttt.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.416158 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list