CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Tempatan] Denda Sehingga RM10,000 Jika Merokok Di Premis Makanan Bermula 1 Januari 2020 –

[Copy link]
Post time 14-11-2019 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Bermula 1 Januari 2020 undang-undang larangan merokok akan dikuatkuasakan  kepada semua perokok di semua premis makanan. Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan kepada umum. Sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan.

Malah, dari jumlah tersebut sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok. Manakala, sebanyak 3,889 notis telah dikeluarkan bagi mereka yang merokok di kawasan kedai makan. Selain itu, terdapat 23,805 aduan telah diterima semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019.

Gagal patuh larangan itu, perokok boleh didakwa dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun.

    Mulai 1 Januari 2020, KKM akan kuatkuasan tindakan undang-undang bagi mereka yg merokok di premis makanan.

    Gagal patuh larangan itu, perokok boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.https://t.co/iBWNZntJCl

    — KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) November 14, 2019

Sumber: Awani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.428014 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list