CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2520|Reply: 26

[Tempatan] Pengasuh Taska Dari Neraka Didenda RM12,000 Gores Kepala Bayi Dengan Pin Tudung

  [Copy link]
Post time 14-11-2019 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur : Seorang pengasuh taska yang melepaskan geram kerana diberikan banyak kerja dengan menggores kepala seorang bayi lelaki berusia setahun menggunakan pin tudung,  dijatuhi hukuman denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mendera bayi itu.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman terhadap wanita berusia 22 tahun itu, yang juga merupakan penuntut  di sebuah universiti awam, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kesnya hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara empat bulan sekiranya denda gagal dibayar.

Wanita itu didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada bayi itu menggunakan jarum sehingga menyebabkan kecederaan iaitu kesan calar di  kepala mangsa di sebuah pusat taska di Jalan Bukit Pantai, Bukit Pantai, Brickfields, di sini, pada 11 pagi, 21 Jun lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, penuntut  itu yang diwakili peguam Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim memohon hukuman ringan atas alasan ia kesalahan pertama anak guamnya selain dia sedang marah ketika melakukan perbuatan itu.

“Ketika kejadian, anak guam saya sedang marah kerana disuruh melakukan banyak kerja di taska dan dia melepaskan geramnya kepada bayi itu,” kata Mohd Radzuan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam kerana kes penderaan kanak-kanak dan bayi oleh pengasuh semakin berleluasa.

“Ekoran tindakan menggores kepala oleh tertuduh, bayi itu telah mengalami empat kesan calar pada kepalanya. Perasaan marah bukanlah alasan untuk mencederakan.

“Tambahan lagi dia adalah seseorang yang telah diberi kepercayaan oleh ibu bapa bayi itu. Saya mohon satu hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh,” katanya.

Sumber : Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 04:52 PM | Show all posts
padan mukaaaa!!!
dh taw ko bkn seorng yg sabar atau larat nak jaga baby..
tak payah la gatal2 apply keje taska!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:52 PM | Show all posts
gila ka apa.... apsal ko tak gores jer kepala tokei taska....bodoh punya student...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:26 PM | Show all posts
masuk universiti tapi bodoh melantun lantun..
tak sanggup jaga budak pi keje mekdi la..
semoga dia mandul tak beranak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:27 PM | Show all posts
ape nak jadik ngan org mesia ni....tekanan hidup terlalu tinggi....dah jadik macam daily news dera mendera, membunuh, segala mala masalah sosial jadik lately....hampirnya kiamat ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:29 PM | Show all posts
Cuba toreh kepala sdiri, rasa sakit tak? sengalll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tahu takleh sabar nak juga keje asuh budak, kalau anak iols kene, siaplah kene gores sampai robek
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:42 PM | Show all posts
Sendiri yang tak boleh sabar tak perlulah kerja jaga budak banyak je kerja lain yang boleh dipohon dari akhirnya jadi pendera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pebodo, harap belajar tinggi, tak tahan berhenti kerja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:59 PM | Show all posts
Semoga perkara ini dapat dijadikan pengajaran buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko marah kat org lain, lpskan geram kat budak tu plak kenapa
Kalau rasa terbeban dgn keje tu, brenti je la
Sesedap rasa buat ank org
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani toreh kepala budak je la..
Nak komplen kat boss taska psl ketidak adilan kerja tak berani pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa hanat sgt ni.
Ko ingat kepala budak tu ko gores ko boleh menang?
Jilaka punya pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanatnya perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
babi btul. xnk mngaku dri sndri xde ksabaran nk hndle bdk2 tp nk jgk kje jd pngasuh. bru terasa beban kje lbih sikit trus baby jd mngsa. ni msti tgh stress kje byk baby ttiba merengek. ntah mcmna la klau dh kawin beranak nnti kna hndle ank sndri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 09:38 PM | Show all posts
Marah bukanlah alasan nak mendera bayi tu...apa lah ceteknya alasan pihak pembela...

Btw...peguambela tu bukan pak mertua irma hasmie ke...

Budak u ni anak somebody ke...nama pun tak keluar news...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
harap rekod buruk nak mampos dia kekal sampai bila2..berenti belajaq la deyy xdak sapa nak amik keja
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Kalau perangai tak berubah, malangnya bakal anak-anak yg dilahirkan dapat ibu camni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah tu dua dua peguambela dgn anak guam sama bodoh botingkek tingkek
Jadi sebab dia tengah marah maka kira halallah ye perbuatan hanat tu
Kalau mati budak tu pun kira halal jugak sebab sipelaku tengah marah
justifikasi level hamjad
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.109412 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list