CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1055|Reply: 6

[Tempatan] Parlimen Batu TIDAK akan dikosongkan

[Copy link]
Post time 15-11-2019 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Prabakaran tak akan lepas kerusi Parlimen Batu


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menegaskan beliau tidak akan mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua kembali menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Sebaliknya, Prabakaran akan terus berkhidmat kepada rakyat secara telus dan adil walaupun menerima desakan daripada pihak tertentu supaya melepaskan jawatan.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen PKR, saya ingin menyumbangkan tenaga dan usaha untuk kebaikan parti serta merealisasikan agenda reformasi.

"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat secara telus dan adil tanpa melepaskan mereka di pertengahan jalan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam 14 badan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya Prabakaran mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Tian Chua bertanding semula di kawasan berkenaan.

Cadangan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 November lalu yang membuat ketetapan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah, sekali gus layak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Mengikut Perkara 48(3) Perlembagaan, seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan selama lima tahun untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya mulai tarikh melepaskan jawatan.

Sementara itu, Tian Chua akan membuat keputusan selepas pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai berakhir, sama ada mahu 'mendapatkan semula' kerusi Parlimen Batu atau tidak.

Sambil mengakui banyak pihak mengharapkan dirinya kembali menjadi Ahli Parlimen Batu, beliau menganggap masih terlalu awal bagi dirinya untuk membuat keputusan.

"Saya perlu mempertimbangkan pelbagai perkara sebelum buat keputusan. Saya tidak menafikan ramai yang mengharapkan saya kembali ke Parlimen.

"Itu pandangan mereka, tetapi saya harus menilai keadaan terlebih dulu, baru buat keputusan. Setakat ini saya tidak boleh ulas. Tengoklah nanti, mungkin selepas PRK Parlimen Tanjung Piai selesai, baru saya fikir," katanya.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang kini menjadi Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan juga Penasihat Khas Menteri Kerja Raya.

Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Batu selama dua penggal sejak tahun 2008 hingga 2018.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarla Prabakaran tu jadi YB sampai abis penggal. Dia dh join PKR pun. Jadi apa masalahnya? Dia menang fair n square. Ke sbb perang geng anwar-azmin. Tian chua boleh brtandang parlimen batu next GE klu itu yg 14 NGO tu nak.   
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
PH skrg dah dihujung tanduk, berani ke nak bt prk lg. Tunaikan dulu janji2 manifesto, br kepercayaan rakyat kembali semula. Mcm2 benda yg berlaku, hrp PH ambik iktibar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:53 PM | Show all posts
dgn kekalahan demi kekalahan mungkin mrk takut nak buat PRK dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa, tak nak ke. Akak suka saja kalau ada pemilihan lagi dan lagi. Sebab masa tu banyak bantuan akan dijanjikan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. Aku rasa PKR x berani nak paksa BBNU ni letak jawatan MP semata2 utk bg laluan kat Tian Chua selepas keputusan mlm ni.. Takut dimalukan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Vellfire Prabakaran kena baling byk telur. Ada kena mengena dgn suruh letak jawatan ke? Anyway Prabakaran menang rakyat yg undi. Klu rakyat xundi prabakaran, dominic yg menang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057809 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list