CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

[Tempatan] Edisi lobai keliru: Taknak imam, nk wijek!

[Copy link]
Post time 15-11-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PRK pilih wakil rakyat, bukan imam solat: Tuan Ibrahim

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN | | 15 November 2019

PONTIAN - "Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan hendak pilih imam solat tetapi wakil rakyat," tegas Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengundi Melayu di kawasan Parlimen itu.

Tuan Ibrahim berkata demikian pada ceramah Himpunan Penyatuan Ummah Muafakat Nasional dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Pekan Nanas di sini malam tadi.

Menurutnya, pengundi Melayu diminta tidak keliru dengan keputusan Muafakat Nasional meletakkan calon MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini.

ADVERTISING

Katanya, langkah mengundi Jeck Seng tidak perlu dibimbangkan walaupun pemimpin MCA Johor itu adalah kaum Cina.

"Pengundi tidak perlu termakan dengan kata-kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ceramahnya pada kempen PRK baru-baru ini.

"Saya nak ingatkan yang kita nak pilih ini bukan imam sembahyang. Kita nak pilih wakil rakyat.

"MCA dalam blok pembangkang dan kita mesti menangkan calon kita untuk kuatkan suara kita di Parlimen," katanya.

Hadir sama pada himpunan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong da Presiden MIC, Datuk Seri Vigneswaran.

Tuan Ibrahim berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat bercakap tidak menggunakan akal berbeza ketika mereka menjadi pembangkang sebelum ini.

Katanya, DAP yang pernah didampingi Pas sebelum ini sering memutarbelitkan fakta mengenai hubungan MCA dalam Muafakat Nasional.

"Pas menolak DAP bukan kerana parti Islam itu rasis, sebaliknya parti cauvinis itu dilihat terlalu ekstrim dan suka membangkit perkara bersifat perkauman," katanya.

Sos: https://www.sinarharian.com.my/article/57312/PRU/PRK-Tanjung-Piai/PRK-pilih-wakil-rakyat-bukan-imam-solat-Tuan-Ibrahim

P/s: lobai2 dh kompius kejap nak imam, calon moslem, melayu bagai. Kejap lgi nak calon kaper tolak jawi, sokong icerd bagai. @dino @zorrro_03 @rashiman @lkick2113 @Simunggu @silencekiller  tolong lah jwb please. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.415613 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list