CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15631|Reply: 162

[Tempatan] Luah media sosial. Housemate wanita pemalas + pengotor. Periuk tak basuh, tandas

  [Copy link]
Post time 15-11-2019 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Biar periuk berulat, tandas tak flush... kasihan, pelajar degree niat nak balas dendam akhirnya buka aib sendiri!

MEMANG azab! Siapa tak sakit hati kalau tinggal dengan rakan serumah yang pengotor dan pemalas? Lagi naik angin jika dia langsung tak ada rasa bersalah.

"Sudahlah tak reti nak mengemas, lepas makan periuk tak basuh, tandas? Hmm jangan cakaplah...." luah seorang gadis tentang sikap rakan serumahnya.


Gadis berkenaan, Ain Natasha menyewa kediaman khas yang disediakan oleh pihak universiti bersama sembilan rakan sekuliahnya di ibu kota.

Posting yang dimuatnaik gadis ini mendapat perhatian ramai.

Posting yang dimuatnaik olehnya di Twitter pada Isnin tular dengan kapsyen, 'housemate pengotor dan pemalas nak mampus'.

Menurut Ain Natasha, tidak sekadar barangan dibiarkan bersepah serta periuk nasi tidak dicuci, tandas pun tidak dipam! Ia bukan sahaja datang dengan 'pakej' bau tetapi juga mengundang sakit mata serta sakit hati.

"Mula-mula tu OK lagi tapi bila dah lama-lama benda ni macam dah terbiasa bagi mereka. Ye lah, kita pun ada masa penat. Tak larat nak kemas. Tapi kalau sampai dah macam ni punya pengotor siapa boleh tahan kan?

"Sudahlah dulu masa diploma dapat rakan sebilik yang pengotor, sekarang pun kena hadap lagi," katanya ketika dihubungi mStar.


Periuk nasi yang ditinggalkan hingga berkulat oleh rakan rumahnya.

Lebih mesra disapa sebagai Ain, dia menjelaskan penting sebenarnya untuk memastikan persekitaran rumah dalam keadaan yang bersih malah kebersihan itulah yang melambangkan identiti seseorang terutamanya wanita.

"Itu common sense kot, bukan tinggal sorang-sorang. Lepas guna tandas tu pam! Ini tak biar je tahi tu, bukan sekali tapi dah tiga kali saya kena. Lepas tu pinggan, mangkuk, kuali semualah lepas masak tak basuh, masak pula tak pernah nak kemas balik," luah gadis berusia 21 tahun ini.

Jelas Ain yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Elektronik di sebuah universiti tempatan, dia sering menegur sikap pengotor rakan serumahnya itu namun tidak diendahkan mereka.

    Lepas tu kalau kemas rumah tu pun, jenis nak menunjuk. Ambil gambar hantar dalam grup rumah, bengang sebab saya selalu tegur.
    AIN NATASHA
    MAHASISWA

"Selalu saya tegur, kadang-kadang secara umum, dalam grup WhatsApp rumah. Selalu pesan, lepas makan basuh. Tapi mereka langsung tak ambil peduli, macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sakit hati betul.

"Mereka cakap saya jenis suka mencarut. Yelah salah saya. Tapi kalau tegur cara baik baik pun tak jalan, dia orang nak macam mana lagi? Masing-masing dah besar, takkan benda macam ni pun tak boleh nak buat, nak kemas. Dah degree pun masing-masing," katanya dengan kesal.

Tambah anak kelahiran Melaka ini, dia dan rakan serumahnya juga sering mengadakan perjumpaan untuk meluahkan rasa atau menegur tentang hal-hal berkaitan kebersihan rumah.

Namun tetap tiada apa-apa perubahan, ia seolah-olah sudah sebati dalam diri masing-masing selain tidak boleh terima teguran.

Tidak hanya itu, Ain juga turut dikeluarkan daripada grup WhatsApp rumahnya.

"Ada juga mereka kemas tapi itulah lepas sehari, pinggan tak pandai basuh juga. Lepas tu kalau kemas rumah tu pun, jenis nak menunjuk. Ambil gambar hantar dalam grup rumah, bengang sebab saya selalu tegur.

"Walaupun saya marah-marah, tegur-tegur pun saya tolong kemaskan. Cuci apa yang mereka sepahkan, tak ada pula nak menunjuk-nunjuk. Saya pun mengaku ada buat sepah, tapi tak ada sampai ganggu ruang orang," katanya.

Kongsi Ain lagi, dia sedikit terkilan dengan tindakan rakannya yang memuatnaik gambar bilik tidurnya yang bersepah di media sosial sebagai tanda tidak puas hati.

Kata gadis ini, itu merupakan ruangan privasinya dan tidak sepatutnya rakan rumahnya berbuat demikian.

Komen netizen menerusi posting yang dimuatnaik rakannya sebelum posting tersebut dipadam.

"Mungkin dia terlalu marahkan saya sebab itu dia buat macam tu nak balas balik. Tapi kena ingat saya tak ada pula beritahu nama dia, letak gambar privasi ke apa. Dalam posting tu saya hanya letak gambar periuk nasi yang berkulat sahaja. Tak ada sampai nak buka aib dia.

"Tapi dia sendiri yang buka aibnya, sampaikan semua orang kecam dia. Itu salah dia, bukan saya," ujarnya.

Walaupun begitu, Ain bersyukur kerana rata-rata netizen memberi respon yang positif serta memihak kepadanya.

Respons netizen.

"Girl, kalau berak tak reti flush jangan la sambung degree. Menyusahkan orang pula nak cuci berak kau. Even adik saya umur tiga tahun pun tahu uruskan dari awak! Sangat memalukan!

"Mungkin lepas ini dia patut cedukkan tahi tu dan tempek ke muka awak! Ini untuk orang pemalas, pengotor, bod*h!" komen netizen menerusi posting tersebut.

Tambah gadis ini, dia juga dikeluarkan daripada grup WhatsApp rumahnya dan ingin sahaja dia keluar meninggalkan kediaman berkenaan tetapi apabila mengenangkan keluarganya telah membayar penuh sewa kediaman itu dia terpaksa pasrah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dia kata katil bersepah, aku yakin yg ain ni pun jenis pemalas dan pengotor..

btw, nama natasha ni ramai pondan ambik sebagai nama samaran..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la wanita2 yg berkualiti tinggi tu kan yg sebok kata laki berkualiti dh pupus
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 04:33 PM | Show all posts
berak pun xreti flush
memang spesis sial
mesti kua rumah mekap berkati
tp pengotor macam gampang
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia maksudkan ruang peribadi tak apa bersepah jangan ruang umum yang digunakan bersama seperti dapur dan tandas. Dia pun pemalas mungkin sibuk belajar tapi rakan2 serumahnya berganda2 lebih malas dari dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 04:39 PM | Show all posts
dik lain kali viralkan muka rakan serumah ko

biar padam muka dorang

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2019 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana fb dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I dah baca tweet gadis tu. Ayoo babi sial bodohh bangsat mesti ada dalam each tweet. Tp betul ke wey buang air besar x reti flush. Dasyat. Anak gadis pmpuan x flush, yekk. Ke lepas flush terus keluar toilet x double check bersih ke tak lubang tandas. Kot la air yg flush tu x mampu tolak bahan buangan maybe sbb terlampau solid haha uwek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 05:00 PM | Show all posts
duduk ramai2 tu, memang banyak kerenah. lagi2 among gurls..

iols dlu sampai final year duduk berdua je ngan akak senior.

mahal sikit la tapi puas hati. sama2 jaga rumah.
sebab dua2 pun jenis nak privacy and pernah ade experience dapat housemate hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:01 PM | Show all posts
Aku dulu masa start keje lepas grad company yang offer kerja tu ada sediakan hostel.. rumah flat.. siang2 lagi aku dah cakap ngan admin, aku tak nak geng dari certain 2 negeri sebab dah ada pengalaman masa duduk hostel kat kolej.. geng2 yang aku  maksudkan itu memang pengotor ya amat.. meludah bawah tilam pastu kat tingkap sampai berkeladak..

Pastu bila kitaorang duduk hostel company aku ada ler ke rumah spesis yang aku cakap tu.. mak aii sebab kitorang akan buat tahlil rotation so sampai giliran umah diorang.. toilet siap berlumut.. bila ko nak ambik wuduk air yang mencurah tu terkene kat area berlumut siap tertanggal.. aku punya cengkam kaki.. mati la nak...  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 skrg mmg pemalas luar biasa. Degil pun luar biasa gak. My fren citer anak dia pun camtu gak, puas diajar taknak ikut. Benda simple pun hari2 nak kena jerit. Tau nak melawa je
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi yah gadis2 sundal seperti ni. Pemalas pengotor lepastu kena carut tau pulak meroyan. Dah perangai cam setan hanat gundik babi, kau nak org tegur kau baik2 smbil belai2 tetek kau tu ke sundal?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:06 PM | Show all posts
sebagai ibu yg ada anak lelaki, takut nya aku klu bermenantu pompuan mcmni.
bukan nak suruh masak hari2 ke apa tapi bab kebersihan tu kenala jaga
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 15-11-2019 04:33 PM
berak pun xreti flush
memang spesis sial
mesti kua rumah mekap berkati

Mmg kan tak tau kategori apa dah kalau lagu tu. hari tah apa sue tah, baru sat ni singgah kat rnr sg perak. Ada mahkluk berperangai haiwan ni. Saya tutup mata, tekan butang flush tu 2x dan keluar. Nak tggl gitu tak boleh plak rasanya niaya org lain. Pas tu cari toilet lain. Mmg babi betul...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 15-11-2019 04:21 PM
bila dia kata katil bersepah, aku yakin yg ain ni pun jenis pemalas dan pengotor..

btw, nama nat ...

Dek kurex, kau cuba tayang gmbar burung kau ke tu utk pancing undi? Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 15-11-2019 05:01 PM
Aku dulu masa start keje lepas grad company yang offer kerja tu ada sediakan hostel.. rumah flat.. s ...

Mesti ummah serombi dan kepok lekor kan? Jujur jah sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 05:14 PM | Show all posts
arasham replied at 15-11-2019 05:06 PM
Mmg kan tak tau kategori apa dah kalau lagu tu. hari tah apa sue tah, baru sat ni singgah kat rnr  ...

macam celaka perangai
berak sendiri pun xreti urus
harap mampos je manusia hanat cmni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:15 PM | Show all posts
perangai pengotor ni sejak zaman aku belajar lagi..hahhaa...

mmg bersepah mahasiswa begini...klu keluar dressing ngalah aku lah org yang paling bersih n menjag a penampilan....

takk yaaa....
ruper kat luar cantik makeup sekati blm tentu rumah bersih and pembersih orgnya...


ahh mmg meloyakan klu masuk rumah2 species ini...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu berak pun xreti flush, i saspek period berdarah pun main buang je dlm bakul sampah. Bernasib baiklah klu pompuan pengotor tu jenis period 4tahun sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah kena housemate pengotor lps tu aku balik cuti.. Selamba bewak je masuk bilik aku dan tido dlm bilik aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.083076 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list