CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 6

[Tempatan] workload, stress antara punca 53 peratus pekerja di Malaysia tak cukup tidur

[Copy link]
Post time 15-11-2019 05:31 PM | Show all posts |Read mode
53 peratus pekerja negara ini tidak cukup tidur - Kajian Rand Europe
November 15, 2019 14:04 MYT

KUALA LUMPUR: 51 peratus pekerja di negara ini mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan membabitkan pekerjaan mereka termasuk tidur tidak mencukupi, beban kerja yang berat dan masalah kewangan.

Itu dapatan dari Pusat Kajian Rand Europe dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan sektor pekerjaan di Malaysia sepanjang tahun 2019.

Menurut Naib Presiden Rand Europe Dr Christian Van Stolk, kajian melibatkan 17,595 pekerja sebagai responden dari 230 organisasi seluruh negara.

Antara kesannya adalah:
Kehilangan Produktiviti

Kajian juga mendapati dalam tempoh setahun, sebanyak 28 peratus daripada pekerja di negara ini tidak hadir bekerja kerana masalah kesihatan ataupun hadir bekerja dalam keadaan tidak sihat.
Ini menyebabkan mereka kehilangan produktiviti.

Daripada jumlah itu, tiga peratus ketidakhadiran dicatatkan, bersamaan lapan hari bekerja bagi setiap pekerja di negara ini.

Manakala 25 peratus lagi bersamaan 65 hari bekerja , pekerja menghadapi "presenteeism" iaitu hadir bekerja dalam keadaan tidak sepenuhnya produktif.

Selain itu, kesihatan mental juga dikaitkan dengan tahap produktiviti kerja.

Kajian menunjukkan, 53 peratus pekerja di negara ini tidak mendapat tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya selama tujuh jam setiap hari.

Manakala 17 peratus daripada pekerja berasa penat setiap hari sekaligus merencatkan produktiviti mereka.

Lebih membimbangkan, masalah ini membawa kepada purata kerugian sebanyak RM1.46 juta yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah organisasi setiap tahun.

Tekanan kerja

Di sudut kesihatan mental pula, sebanyak 51 peratus pekerja di negara ini menghadapi tekanan kerja.

Ia membabitkan 29 peratus akibat dikawal oleh majikan, 14 peratus berkaitan hubungan diantara majikan dan pekerja, 11 peratus permintaan menyelesaikan tugasan, 10 peratus perubahan di tempat kerja atau pekerjaan manakala lapan peratus sokongan pengurusan yang kurang dan lima peratus membabitkan kurang sokongan rakan sekerja serta lima peratus lagi akibat tugasan.

22 peratus pekerja turut mengalami tekanan atas faktor masalah kewangan.

Masalah Kesihatan

Pekerja di negara ini juga didapati kurang mengamalkan gaya hidup sihat menyebabkan mereka 'tua sebelum waktunya'.

Ini dibuktikan apabila 98 peratus pekerja mengikut 'ujian usia' oleh AIA Vitality Age, menunjukkan keputusan usia responden adalah lebih tua daripada usia sebenar mereka.

Kajian juga menunjukkan 90 peratus pekerja tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

42 peratus daripadanya direkodkan mengalami masalah berat badan atau obesiti.

Akibat diet tidak seimbang, 32 peratus pekerja mengalami penyakit kronik seperti masalah buah pinggang, darah tinggi, kolestrol tinggi, diabetes, sakit jantung, strok serta kanser.

Lebih membimbangkan, 45 peratus organisasi di negara ini tidak campur tangan soal kesihatan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja.

Justeru, kajian mencadangkan beberapa langkah menang-menang yang perlu diambil oleh majikan dan pekerja.

Bagi majikan, ruang rehat perlu diwujudkan di tempat kerja bagi kemudahan pekerja berehat.

Selain itu, majikan juga diminta menyediakan pakar kaunseling buat pekerja yang menghadapi masalah di tempat kerja.

Manakala pekerja pula perlu mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan seimbang dalam menjaga kesihatan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dah bos pun mcm sial lahanat
mana le staf tak stress
lps tu ms evaluation appraisal, kemain lg aniaya staf mcm si bos tu x ingat mati

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja semua nak cepat, tiptop, efisyen. Client bising sikit, mula lah mengamuk, melenting. Typical boss.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Zikir hari2 bos pergi mati berjuta,  nescaya bos mendpt cash sakit terseksa Dan ninggal
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Meeting 7 Hari direct tapi tak ada outcome macam mana tak stress...majikan semua bodoh2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2019 11:45 AM | Show all posts
Pekerja tidak cukup tidur: Tempoh bekerja bukan punca tetapi... - MEF
November 16, 2019 15:18 MYT

KUALA LUMPUR: Tempoh bekerja tidak harus dijadikan faktor penyumbang kekurangan tidur kerana mengikut peruntukan undang-undang, seseorang pekerja itu tidak boleh bekerja lebih 12 jam sehari, kata Pengarah Eksekutif Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.

Menurut Shamsuddin, seseorang pekerja itu mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan aktiviti di luar selepas waktu bekerja sehingga mereka dapat pulang cepat dan mendapatkan tidur yang secukupnya.
Beliau berkata, kebanyakan syarikat sudah menyediakan tempat riadah di premis masing-masing dan pekerja digalakkan untuk melakukan aktiviti riadah di ruang tersebut.

"Memang syarikat sudah menyediakan tempat riadah di tempat kerja. Dan terpulang kepada pekerja untuk menggunakan tempat riadah itu sepenuhnya, sama ada untuk bersenam dan sebagainya.
"Kami menggalakkan pekerja untuk beriadah daripada tidur kerana tidur itu harus dilakukan di tempat yang lebih selesa seperti di rumah mereka.

"Dan mungkin mereka perlu kurangkan aktiviti di luar di mana mereka tidak akan balik ke rumah dengan cepat dan tidak dapat tidur dengan sempurna," katanya.

Katanya lagi, pekerja perlu diberikan penerangan mengenai tempoh tidur yang diperlukan supaya mereka berada dalam keadaan optimum untuk melaksanakan tugasan di tempat kerja.

Sementara itu, beliau juga menyarankan kerajaan supaya memberikan insentif kepada semua majikan kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk untuk menyediakan dan menyelenggara ruang beriadah tersebut.

"Kami boleh mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya perkara dapat diperhalusi dan bagaimana kerajaan harus membantu syarikat dan pekerja dalam menangani isu ini.

"Kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan mengenai cadangan pemberian insentif ini," katanya.

Pada Jumaat, Kajian Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 mendedahkan 53 peratus pekerja di negara ini tidak mendapat tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya selama tujuh jam setiap hari sekaligus menjejaskan produktiviti mereka di tempat kerja.


Oleh itu, kajian tersebut mencadangkan supaya majikan menyediakan ruang rehat di tempat kerja bagi kemudahan pekerja berehat.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit klu cukup lebat...stress pun hilang. Ada brudder johor jadi technician GlaxoSmithKline Tuas  kat SG,  cerita kerja penat, stress, tapi gaji mak oii...Kerja dekat 10 tahun. Nak ikut kan tiap tahun boleh beli BMW dengan gaji dia. Gaji dia dpt cover tu stress.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069236 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list