CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2186|Reply: 13

[Tempatan] Aplikasi penjejak bas Rapid KL . Tunggu hentian bila bas otw. Bukan lagi tunggu

  [Copy link]
Post time 15-11-2019 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Aplikasi penjejak bas Rapid KL akan sedia digunakan awal tahun depan
15 November 2019

Pengguna bas RapidKL boleh menarik nafas lega dengan pengumuman ini. Aplikasi untuk mengesan kedudukan bas Rapid KL sedang dalam pembangunan di mana ia akan banyak membantu orang ramai mengatur perjalanan dengan lebih efisyen.

Perkara ini dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan di laman web Parlimen, sebagai menjawab soalan ahli parlimen Batu, P. Prabakaran yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan bagaimana kementerian ingin memastikan pengangkutan awam seperti Bas Rapid KL memberi perkhidmatan mengikut jadual ditetapkan.

Maklumat tentang aplikasi ini kemudiannya dijelaskan lagi oleh Rapid KL sendiri. Menerusi Facebook Rapid KL, aplikasi perancang perjalanan ini akan memberikan maklumat masa nyata kepada pengguna. Mereka bekerjasama dengan Google dan Moovit serta beberapa pihak lain untuk membangunkannya. Ia dijangka siap dan sedia digunakan pada Januari 2020 akan datang.

Sebenarnya Rapid KL telah sedia memiliki alat penjejak di bas milik mereka. Beberapa stesen bas terutama di stesen LRT, memiliki papan tanda yang memberitahu berapa lama bas yang ditunggu akan tiba. Apa yang tinggal ialah menerapkan peralatan tersebut ke dalam aplikasi yang boleh dirujuk oleh orang ramai. Jadi ia bukanlah satu perkara yang sukar untuk Rapid KL melaksanakannya.

Dengan adanya akses ke masa nyata perjalanan bas, sudah pasti ia dapat menyelesaikan masalah hubungan akhir pengguna pengangkutan awam selepas menaiki tren. Ini kerana sistem tren iaitu LRT, MRT, Monorel dan Komuter sangat mudah digunakan kerana boleh mengetahui waktu pergerakan tren. Perkara yang membuatkan ramai orang tidak gemar menaiki bas ialah waktu menunggu yang tidak menentu dan perkara ini sudah pasti dapat menyelesaikan isu tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 05:42 PM | Show all posts
bila tak ditunggu, bas 'macam banyak' jer lalu lalang. tapi bila menunggu, letih laa tercongos kat bas stand (melalui pengalaman sendiri). so apps ni memang sangat membantu pengguna perkhidmatan awam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjejak ni mcm bas Smart Selangor..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
gps ke weyh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:23 PM | Show all posts
joyahglam replied at 15-11-2019 05:42 PM
bila tak ditunggu, bas 'macam banyak' jer lalu lalang. tapi bila menunggu, letih laa tercongos kat b ...

petua: lain kali, kalau nak naik bas, buat2 la tunggu teksi ke..grab ke.. banyak la bas lalu nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:45 PM | Show all posts
antara penyebab bas lambat datang adalah kerana kebabian orang kita yang park kereta di bus stop atau parkir bas.

Sudahnya, bukan sahaja penumpang kena turun jauh dari bus stop, malah terdedah dengan ancaman kena rodok dengan motosikal, kena hujan dll.

babi2 yang park di bus stop adalah babi yang selfish
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2019 11:33 PM | Show all posts
satu lagi masalah bas lambat bila bas nk buat pusingan di hentian akhir
byk pulak kereta parking kiri kanan
jadinya body bas yg pjg ni memang susah la nk reverse, nk celah laluan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni aplikasi grab ada 'trip planner'. Dalam app tu memang dia kasi time tepat bas nak tiba pukul berapa. Tapi sekarang tengok grab dah buang trip planner tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg papan tanda tunjuk berapa lama bas akan tiba tu selalu tak betul pon... kat signage tunjuk 2 minit lagi bas sampai... kadang2 dah 5-10 minit bas tak sampai2 jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
joyahglam replied at 15-11-2019 05:42 PM
bila tak ditunggu, bas 'macam banyak' jer lalu lalang. tapi bila menunggu, letih laa tercongos kat b ...

Hidup mmg mcm tu. Kalu menanti mmg terasa lama. Cth kat trafik light, 99saat pun terasa lama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:20 AM | Show all posts
Kalau leisure boleh la, kalau nak pergi Kerja, sekolah, business appointment, connecting train flight bus etc need punctuality. Selagi tak punctual tak yah Sembang la...efficient yg dimaksudkan ialah tak Tunggu lama di bus stop, engkau pergi bus stop when the bus is approaching. Tapi travel time still uncertain. Cuba faham betul2 market research findings voc tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:40 AM | Show all posts
itik_magic replied at 17-11-2019 09:56 AM
Hidup mmg mcm tu. Kalu menanti mmg terasa lama. Cth kat trafik light, 99saat pun terasa lama tu.

aah. asal kena menunggu, memang terasa lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:42 AM | Show all posts
najib888 replied at 15-11-2019 08:23 PM
petua: lain kali, kalau nak naik bas, buat2 la tunggu teksi ke..grab ke.. banyak la bas lalu nanti ...

hahaha.. boleh eh buat gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:17 AM | Show all posts
tapi bas kat malaysia ni lama menunggu

kadang sesetengah tempat dalam kl pun bas tak masuk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.088815 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list