View: 1814|Reply: 13
|
[Dunia]
5.4 juta akaun palsu Facebook dan Instagram akan dibuang. Yang beli fake LIKES,
[Copy link]
|
|
Facebook dan Instagram hapus jutaan akaun palsu dan pengisian kontroversi
Diterbitkan pada November 15, 2019 14:42 MYT
CALIFORNIA: Syarikat media sosial gergasi, Facebook bertindak menghapuskan sebanyak 5.4 juta akaun palsu sejak Januari sehingga September 2019.
Menurut laporan Facebook, semua akaun palsu ini sudah dikenalpasti dan tidak direkodkan sebagai pengguna pada setiap bulan.
Facebook menyatakan sekitar lima peratus daripada keseluruhan pengguna bersamaan dengan 2.45 juta akaun adalah palsu.
Tidak hanya terhenti setakat itu, Facebook turut memadamkan 18.5 juta pengisian yang mengandungi foto kanak-kanak bogel serta eksploitasi seksual dalam tempoh April hingga September.
Selain itu, Facebook turut menghapuskan 11.4 juta pengisian berbaur kebencian dalam enam bulan terakhir.
Usaha-usaha memadamkan pengisian itu dilakukan secara proaktif, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti ekstrimis dan eksploitasi kanak-kanak.
Pada masa sama, Facebook turut memperluaskan jaringan pengisian yang berkaitan dengan propaganda pengganas yang mana sebelum ini hanya terhad kepada data Al-Qaeda, ISIS dan sekutunya.
Dalam laporan terkini, Facebook turut menunjukkan bahawa mereka juga berupaya mengesan posting oleh kelompok-kelompok ekstremis lain.
Selain Facebook, Instagram turut melakukan perkara sama dengan memadam posting daripada akaun pengguna.
Begitupun, pengisian yang berpotensi mengundang kontroversi secara proaktif di Instagram masih berada pada tahap rendah dalam semua kategori berbanding di Facebook.
Walaupun menggunakan sistem pengesan yang sama, metrik yang dipakai di kedua-dua platform media sosial itu berbeza, jelas Facebook.
Sebagai contoh fungsi aplikasi dan bagaimana aplikasi digunakan.
Dalam suku ketiga 2019 pula, lebih daripada 11.6 juta pengisian yang menunjukkan kanak-kanak tanpa pakaian dipadamkan di Facebook manakala di Instagram pula sebanyak 754,000.
Buat julung kalinya, laporan transparansi Facebook turut mendedahkan data tentang pengisian berhubung tindakan mencederakan diri sendiri.
Dilaporkan sekitar 2.5 juta posting dengan pengisian yang memperlihatkan atau mendorong kepada tindakan membunuh diri atau untuk mencederakan diri sendiri berjaya dihapuskan dalam suku ketiga 2019.
Selain itu, 4.4 juta pengisian pula dikaitkan dengan penjualan ubat-ubatan terlarang dalam tempoh April hingga September. |
|
|
|
|
|
|
|
Facebook aky baru 2 hari lepas kena buang. Buka akaun sekadar nak join group bbm, rtj n perodua. Mmg fake akaun. |
|
|
|
|
|
|
|
hak kamilah nak buat akaun berapa banyak pun
ada ke syarat 1 org 1 akaun sahaja? |
|
|
|
|
|
|
|
Good.fake akaun semak...harap cari pon buat cmtu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
MN cari.com ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap fb pengikut2 Najib x terkesan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya bagus buat spring cleaning camtuh |
|
|
|
|
|
|
|
Bgs la.. Ramai sgt bt fake akaun lps tu jd scammer lps tu fefiling such murni... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana MLM nk cari mkn
satu lagi sosial media tak meriah 21 Nov ni
sebab lps parents upload result UPSR 6A
kalau LIKES, Views kurang dari 10
tak boleh beli yg fake
tak meriah la sosial media mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Fb byk2 utk utk stalk sana sini Dan baca sana sini, bukan pos apa pun. Cam Haram jah diorg hapus |
|
|
|
|
|
|
|
habislah merudum pengikut di instagram
kalau yag jenis beli followers tu |
|
|
|
|
|
|
|
IBM AIX Administration V1. The need ought to be to purchase a house. In such a IBM C9010-022 Exam Questions case that you will have a house then you will have the option to have the most loved and the agreeable time for you. At that point, you ought to go for going for delight and happiness.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|